Hujung minggu yang lalu rumahku meriah sekali.Ini adalah kerana kakakku baru saja melangsungkan perkahwinannya minggu lepas dan minggu ini merupakan giliran majlis di rumah pihak pengantin lelaki di subang jaya. Oleh sebab itulah umahku menjadi tempat persinggahan…betapa meriahnya hujung mingguku kali ini…yang paling seronok tentulah si kecilku Muqrish kerana dikerumuni sepupu2 nya yang ramai itu juga menjadi perhatian yelah satu2nya cucu jauh…
Balik dari majlis di Subang Jaya kami sepakat untuk ke Zoo Negara kerana anak saudaraku yang ramai tu mahu pergi…Gamat sungguh….Paling tak tersangka si kecilku begitu takut dengan Lion dan Tiger…entah la mungkin dia tgk binatang tu besor dan nampak garang. Tapi memanglah Muqrish seorang yang peramah ! habis seme orang disapa dan kalu dia tgk kanak2 lain sedang berlari atau bermain dia tanpa segan silu join sekali…penat aku melayannya…takpelah sekali sekala …..layan aje…
Emak ku lihat walaupun tidak begitu sihat tapi cerah je mukanya…mungkin hatinya gembira melihat anak2 dan cucu2 di depan mata. Walaupun ada jugak perkara yang tak diingini berlaku tapi itu biasalah sebab sudah jadi adatlah majlis perkahwinan mestilah kecoh dan kelam kabut walau teratur macam mana teratur sekalipun perancangannya… sayang sungguh yang tersayang tidak ada kalau tidak rasanya suasana pasti lebih meriah..
No comments:
Post a Comment