my passion

my passion

Thursday, August 26, 2004

Ciri-ciri lelaki idaman(Hari ke 44)

Ramai kawan yang membaca luahan hati saya di sini menanyakan kepada saya apakah ciri2 lelaki idaman yang saya tetapkan. Oklah untuk tidak menghampakan saya akan bagitau kawan2 semua.

semasa bersekolah dulu pertama sekali saya tetapkan lelaki idaman saya mestilah mempunyai rupa yang sedap mata memandang, kedua mempunyai otak yang bagus maksudnya tidak lemah dalam pelajaran, ketiga aktif dalam bersukan dan akhir sekali orangnya mestilah ceria!

Apabila saya meninggalkan bangku sekolah,ciri2nya masih lagi yang pertama rupa yang sedap mata memandang, kedua ceria , ketiga pandai mengambil hati saya dan keempat sentiasa ada di sisi saya ketika saya perlukan dia.

Setelah dewasa saya telah menukar ciri yang utama iaitu Pertama dia mestilah seorang yang beragama, kedua matang, ketiga rapat dengan keluarga, keempat menghormati saya sebagai seorang wanita, kelima stabil dan cerah masa depannya, dan paling saya tak tersangka saya sukakan lelaki yang pendiam apabila dewasa tiada lagi lelaki yang peramah yang saya minati dan idami…Hasilnya saya jumpa suami saya sekarang yang menepati 98% cirri-ciri lelaki idaman saya…

Semakin dewasa dan matang semakin berubah kehendakkan...?! rasanya semuapun begitu juga.

No comments: