Selepas sahaja aku menerima lukisan itu secara tiba-tiba aku rasakan semacam satu perasaan wujud dalam diri ini bangga, heran dan terkejutpun ada sebab adakah selama ini Zul memerhatikan diri ini dan mengetahui perasaanku terhadapnya tanpa aku sedari…? Entahla tapi apa yang pasti hubungan kami makin mesra dan rapat semenjak itu…perkara itu hanya kami berdua sahaja yang mengetahuinya. Jika ada kesempatan kami akan berbalas pandang yang hanya kami berdua tahu apa maksudnya. Usik mengusik kata-kata ungkapan semangat dan saling mengutusi surat adalah pemangkin hubungan kami sampailah suatu hari hubungan kami berdua menjadi renggang dan dingin kerana Zul memang ramai peminat dan antaranya kawan baikku sendiri dan gurauan kami yang terakhir yang aku ingat ialah sewaktu kami membuat preparation untuk hari jamuan perpisahan pelajar darjah enam merangkap hari penyampaian hadiah sekolah kami. Waktu tu aku tengah cuci lantai pentas dan tak perasan Zul ada kat sebelah oleh sebab waktu tu hubungan kami dah dingin so aku buat dek ajalah kat Zul tapi mungkin Zul tak mahu hubungan kami dingin ke akhirnya maka dia telah menyimbah air kotor itu kepada aku kerna dia tahu aku pasti balas..perbuatannya itu hah memang pun terjadilah adegan simbah menyimbah antara kami dan guess what seme budak terlopong tgk kami termasuk lah cikgu kami masa tu….sambil gelak sambil ngutuk aku dan Zul tak hiraukan keadaan sekeliling dan Zul berjaya membuat aku menyimpan peristiwa itu sebagai kenangan manis aku semasa sekolah rendah.
Kami terpisah apabila memasuki sekolah menengah kerana Zul melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Agama dan aku ke Sekolah Menengah Kebangsaan dan ditawarkan ke Kelas Rancangan Khas sebab result UPSR aku cemerlang dan Zul Cuma lulus dengan baik sahaja. Namun begitu kami masih terserempak kerana masih sekampung dan aku selalu ke kedainya untuk melihat dia dalam diam2. Tapi adik dia pulak yang over. .pada hari terakhir kami di sekolah rendah aku telah memberi kata putus kepada Zul akan hubungan kami ini…Kata putus itu berbunyi begini yang mana aku masih ingat sehingga hari ini…
“ Zul tunggulah sehingga umur kita 18 tahun adakah aku dan kau masih mempunyai perasaan yang sama seperti hari ini sekiranya sama maka sememangnya kita ditakdirkan bersama dan aku akan utusi kau”.memang aku mahu utusi kau semasa umur aku 18 tahun Zul dan waktu kau datang bersama abang aku mengambil aku semasa aku dalam persediaan untuk ke luar negara di kolej MARA Bangi aku teringat ayat ini tapi adakah kau ingat jugak Zul? Ramai kawan aku yang nampak kau masa tu menyatakan yang hati mereka cair melihat kau…aku sendiri ketika itu tak menyangka kau datang bersamanya pun bagaikan terhenti degup jantung hati! Ya memang kau telah dianugerahkan rupa yang mampu membuat hati perempuan cair…sedangkan masa kecil pun kau dah ada peminat inikan pula apabila dah dewasa itulah sebab yang paling utama Zul..membuat aku tak mahu menghubungimu aku malu bergandingan denganmu aku sedar siapalah aku..
Tapi ada satu gossip aku dengar pasal Zul yang membantutkan perasaan dan melenyapkan keinginan aku untuk menghubunginya…apakah itu…? So tunggu esoklah yek…!
No comments:
Post a Comment