my passion

my passion

Friday, August 06, 2004

Hari ke 24

Sejak dua menjak ni aku sudah berubah sikit makin suka mengemas rumah dan memastikan keadaan rumah sentiasa bersih...lebih bersih lebih kemas dari dulu..kenapa yek..?mungkinkah hatiku senang maka aku jadi semakin rajin...?sebenarnya aku tak perlu sebegitu rajin sebab Muqrish dan Amir akan menyepah dan membuat keadaan rumah macam tongkang terbalik sepanjang masa jadi sepatutnya bila mereka tido je la aku mengemas.Entah la rasa macam aku tak boleh duduk diam tanpa buat kerja dan bergerak...kenapa yek...?
Aku juga sekarang makin kurus mungkin kerana penangan kena berjalan kaki selama hampir 40 minit setiap hari (cik abang tak adakan). Itulah hikmahnya kot...mudah-mudah ini akan menggembirakan suami tercinta balik nanti...bukan aku tak kurus sebelum ni cuma ada bahagian tertentu yang degil nak turun...so bila selulit seme dah hilang....maka ada surprise untuk abang nanti... :)

No comments: