Indahnya cinta jika bersulam keikhlasan,
Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan,
Dan untungnya cinta jika berkekalan sampai bila-bila
Perungkapan madah di atas aku perolehi dari novel yang aku baca..tajuk novel tersebut aku dah lupa maklumlah banyak sangat aku baca novelnya. Tapi bukan itu yang aku nak perkatakan pada hari ini…aku mahu bercerita dan menulis pengalaman aku yang aku lalui dari zaman kanak2 sampai lah la ni dah jadi mak budak…Cinta banyak tafsirannya begitu juga aku..zaman kanak2 yg penuh keriangan aku tempuhi dengan kenangan cinta budak2…kisah ini akan dimulakan dengan zaman aku berada dalam darjah 5 di mana ianya merupakan cinta budak2 yang pertama bagi aku…
Suatu hari kami bebudak darjah 5 mendapat rakan baru iaitu Zulkifli yang bertukar dr Tanjung Medang (Tempat kelahiran Arwah Tun Abdul Razak) sekolah aku ini sekolah Tun Abdul Razak dan anaknya TPM kita sekarang ini iaitu Datuk Seri Najib. Masa tu tahun 1988. Mula 2 tgk Zul hati aku dah cair….cute sangat budaknya dengan bibir nipisnya dengan warna kulitnya yang putih alahai ku tgk seme bdk perempuan dlm kelas aku tu semenye semedang nganga mulut tgk Zul. Dah start berangan la tu..Namun aku tahu aku tak ada kelebihan utk mendekati Zul. Sebab masa sekolah dulu aku ni paling rendah dan agak tembam sikit so satu2nya kelebihan aku ialah kepintaran aku dalam bahasa Melayu dan Matematik. Aku lihat geng2 yang glamer2 tu dah mula menghulurkan salam perkenalan kat Zul Cuma aku yang masih buat tak tahu…malu lah konon….
Bila aku pegi mengaji petangnya kat surau rupa2nya Zul pun ada sekali ngan adiknya Zakaria. Then nak tahu adiknya yang jatuh hati kat aku bukannya Si Zul tu…bengangnya bkn main hati aku masa tu tapi leh control lagik. Aku hanya rapat ngan Zul selepas aku satu group ngan dia aku kena ajar dia matematik…dlm hati aku dah start pandang rendah kat dia harap muka je cute tapi otak lembab! Masa tu la aku memang bangga diri skit..biasalah bebudak lagi. Nak dijadikan cerita ada satu budak yang satu kelas ngan aku namanya Ezulfadly suka kat aku…(sekarang ni dah jadik Navy kat Labuan)hem dari tak ada pakwe aku dah ada….hahahah janji ada kan…?! Ezulfadly memang ngan aku cam anjing dan kucing asyik nak gaduh je…aku tak ckp kat dia aku suka dia atau aku terima dia jadik pakwe aku Cuma geng2 yang lain yg isytiharkan kami ni couple…hampeh melepas aku nak tackle si Zul tu..tapi entah macam mana naik darjah 6 si Zul berikan aku lukisan gambar yang aku tgk sebijik muka aku sebab ada tahi lalat kat pipi…rasanya aku je yg ada tahi lalat kat pipi…(perasan) and then nak tahu apa jadi after that…? Tunggu…..! to be continue tomorrow…
No comments:
Post a Comment