my passion

my passion

Wednesday, August 25, 2004

Cinta Monyet yang menyenangkan(Hari ke 43)

Cinta Zaman persekolahan vs Remaja amat menyeronokan. Ada yang meninggalkan kenangan manis ada yang menyakitkan. Alahai ….. namun semua itu telah mendewasakan aku…cinta monyet yang pertama aku alami ketika berumur 14 tahun. Ada 2 org yang aku minati ketika itu . Si N aku kenali ketika berkunjung ke rumah sepupu di Sungai Lembing. Sebaya denganku…yang kedua Si A aku kenali ketika dlm bas sewaktu pulang dari Bandar Pekan ke rumah…itu pun kerana aku membenci tingkah laku nya yang kononnya gentleman tapi ku lihat seolah hikpokrit. A ketika itu berusia 6 tahun lebih tua dari aku. Hubungan aku dan A agak unik kerana A tidak pernah tahu aku menyukainya namun kami kemudian menjadi agak rapat dan aku akhirnya menjadi anak angkat keluarganya. Sehingga kini kami masih lagi berhubungan kerana status aku sebagai ‘adik bongsunya’…adik beradiknya semua lelaki.. so kira aku ni manjala ngan family dia sebab aku perempuan….J.

Dengan N hubungan kami berlangsung sebagai kawan biasa sahaja. Walaupun aku rasa kekadang kami macam couple namun tidak pernah terucap perkataan yang menggambarkan perasaan kami…jarak yang memisahkan kami kerana berlainan daerah memungkinkan hubungan kami penuh dengan keikhlasan.Kami terputus hubungan ketika aku berumur 21 tahun.. tak tau la kenapa mungkin jarak yang jauh antara kami memudarkan kemesraan antara kami sekian lama…aku pun rasakan perhubungan jarak jauh tidak sesuai untuk aku.

Apapun aku amat menghargai mereka berdua kerana tidak pernah menyakitkan hati aku dan amat ikhlas ketika berkawan..aku doakan mereka berdua menemui kebahagian yang di cari…terutama untuk N yang satu ketika dulu amat aku kagumi.!


No comments: