N….
Satu masa dulu aku pernah merasa kagum akan dirimu…
Tak sangka keberanian aku menghubungimu ternyata berbaloi.tali persahatan yang aku hulurkan kau sambut penuh keikhlasan. Mungkin kau terkejut tapi itulah aku….Padaku sekiranya aku tidak memulakan langkah mengenalimu aduhai kecewalah hati…masih aku ingat ketika di sungai lembing segala gerak gerimu dalam intipanku…pantang ada terluang masa pasti ku cari jalan agar mudah memerhatikanmu…kedudukan rumah sebelah menyebelah memudahkan operasiku…dan kau memang tidak menyedari kelakuan diperhati makin memudahkan aku mengamati dan seterusnya mengagumi peribadimu…
N…,
Apabila tiba masa untuk aku kembali ke daerah kelahiranku betapa sayunya hati ini…justeru itu aku ketahui betapa hati ini sudah mula jatuh suka padamu…apabila ibuku meminta no telephone rumahmu hem aku tidak melepaskan peluang untuk menghafalnya…agak lama juga aku mengambil masa untuk menghubungi dirimu rasanya setelah lepas 2 minggu aku kembali ke pekan barulah aku menghubungimu…masih ku ingat betapa kau begitu terkejut sekali menerima panggilan telephone dariku…pelbagai pertanyaan yang wujud dalam fikiranmu itu…aku tahu kau tak tersangka yang dirimu menjadi perhatiaaan….pasti riak wajahmu cukup menggambarkan perasaanmu tika itu sayangnya aku tak berkesempatan untuk melihatnya…setelah itu perhubungan kita semakin bercambah benih kemesraan…saling berjauhan mengajar aku erti kerinduan…rindu untuk mengusikmu..kerna berbanding aku kau lebih pendiam justeru itulah aku amat meminati mu…apatah lagi aku dapat peluang untuk menang dalam setiap perbalahan kita…hehheee..he.
N..,
Ketika aku belajar di MRSM kuantan tak tersangka aku mengenali kawan rapatmu Zaidi..(di mana dia sekarang ye?)semakin dekat aku padamu ketika itu…terkilan kerana kau tidak dapat berlajar bersama aku di MRSM. N…di situ jugalah aku belajar erti cemburu…ingat lagi karmila….hem mengingati dia betapa aku sangat membencinya ketika itu….mendengar yang dia seolah-olah rapat dgn kamu membuat hati ini sakit dan mengurangkan keinginan aku untuk bertemu dan berbual denganmu…walau waktu itu sudah terdetik di hati ini untuk menemuimu…
N…,
Setelah tamat belajar hubungan kita teputus sebentar…aku cukup marah bila kau tidak melanjutkan pelajaranmu ketika itu lantas mengambil keputusan untuk tidak menghubungi dirimu lagi…tapi ah…rindu itu mengalahkan niat dan azamku…kembali aku menghubungimu dan khabar kau kepada aku..bahawa kau bekerja di sektor perbankan agak melegakan hati ini…sekurang-kurangnya terjamin masa depanmu…N…ketika itulah aku mahu bertemu denganmu untuk kali pertama setelah sekian lama tidak berjumpa…sebabnya kau tidak mengenali paras rupa ku…hanya aku sahaja…saat pertama kali bertemu begitu kuat degup jantung ini kau tahu….kiranya rupamu sudah berubah dan mirip pelakon rashdan baba…hem hensem tu….!
N…,
Apa pun satu peristiwa menyebabkan aku merajuk panjang denganmu dan perkhabaran bahawa kau akan bertukar tempat kerja membuat aku dlm ragu kerna no telepon tak berubah membuat aku merasakan kau seolah-olah mahu melarikan diri dari aku…jadi aku tanpa berfikir panjang mengambil keputusan untuk mengundur diri…N…aku sudah cukup letih untuk berusaha memenangi hatimu…selama 7 tahun aku berusaha ternyata aku kira aku kalah jua….tidak memilikimu sebagai insan tersayang adalah kekecewaanku paling dalam tika itu…aku sedar siapa aku kerna hubungan kita yang cukup ikhlas dan suci aku tetap abadikan memori indah bersamamu di sini…andai kiranya kau masih menganggap diriku temanmu…,terimalah tali silaturrahim yang ku hulurkan kembali…kali ini dengan keadaan yang cukup berbeza….kerna kau dan aku telahpun dimiliki insan lain…namun persahatan kita yang ikhlas aku yakin akan menceriakan hidup kita…seperti waktu dulu tetap terbatas dan tahu serta sedar siapa kita…
N…
Untuk kesekian kalinya sebelum ku tutup catatan ini mengenai memori indah kita…maafkan aku andai aku menyinggung hatimu selama persahabatan kita selama ini…ketahuilah aku cukup bahagia apabila mengetahui aku pernah menceriakan hidupmu satu tika dahulu…walaupun kau tidak sudi aku hadir sebagai permaisuri hatimu..namun kau tetap sudi memahatkan namaku sebagai sahabatmu…terima kasih yang tak terhingga….
P/s..N tak sangka lak kita kahwin dlm jangka waktu yang sama malah bergelar ibu bapa pun dlm bulan yang sama namun macam biasa aku tetap mendahulimu walupun sehari!aku tetap menang N!
No comments:
Post a Comment