Sabtu – Hanya duduk di rumah melayan karenah Muqrish dan Amir. Petang bawa Muqrish jalan2 ke taman..seronok benar dia bermain. Macam budak besar. Paling meggelikan hati melihat dia berlari…alahai anak ibu…comelnya! Lagak bagaikan sudah besor sedangkan hakikatnya baru 20 bulan…sesiapa yang memandang memang tercuit dengan telatahmu sayang…bangganya aku menjadi yang terpilih untuk menjadi ibumu…
Kau begitu seronok bermain sehinggakan tidak mahu pulang ke rumah nasib baik pengasuhmu ada kau dengar juga katanya…(takut barangkali) memang seringkali ku tahu anak memang lebih dengar kata pengasuh dari ibunya kerana dengan ibunya dia rasa bak kata pepatah tak menjadi kudis.
Ahad – Aku membawa Muqrish keluar ke Ibu kota. Tempat dituju Pudu raya kerana menghantar Fizah balik Taiping dan seterusnya berjalan tanpa hala tuju sekadar memberi peluang kepada Muqrish melihat persekitaran luar. Tak la terperap dlm rumah sahaja. Dari pukul 11.30 pagi sehinggalah pukul 4.00 petang kami meronda di Bandar. Balik umah Muqrish masih tidak lelapkan mata kerana ada tetamu..tapi akhirnya dia kalah jua apabila tido dlm dakapan aku sambil aku membaca surah 5 Qul dan Al-Fatihah di telinganya. Memang aku amalkan membaca surah ini agar dia beroleh ketenangan ketika tido dan terang hatinya nanti. Insya Allah.. Malam aku bermimpi suami tersayang hem…kerinduanku padanya sudah menampakkan diri…jeng…jeng…jeng…33 hari lagi abang tersayang akan pulang ke pangkuan kami keluarganya..sehingga itu semoga Allah melindungi dan memelihara keselamatan dirinya di rantau orang Insya Allah…Amin..
Isnin – Aku masuk keje seperti biasa . Petang nanti aku kena bagi penerangan pendidikan pengguna pada pelawat. So today melaram la sikit…imej jabatan kena jaga..dan ini semua sebagai pengalaman aku…al-maklum la nanti aku nak sambung belajar ambik komunikasi massa – perhubungan awam so the avaibility to speak in front of audience adalah perlukan..tul tak?
Wish me luck my friend.!
No comments:
Post a Comment