my passion

my passion

Wednesday, August 11, 2004

Hari ke 29

Tersenyum…? Hai rasanya hampir ke telinga kot…pasal? Sebab cik abang tersayang kirimkan surat melalui kawannya yang baru pulang…hasilnya? Apalagi termimpi2 dan mood pun dlm keadaan yang amat baik….

Sudah berulang-kali surat itu ku baca namun bukannya menghilangkan rindu ini malah makin menguatkan rasa itu dan menimbulkan rasa tidak sabar menanti kepulangan yang tersayang. Isi kandungan surat yang jelas membayangkan kasih seorang suami berjaya membuat diri ini berasa begitu dihargai..pengorbanan ku terasa begitu berbaloi…sayang kerisauan dan pesananmu agar diri ini menjaga amanah mu sebaik mungkin tidak aku abaikan. Insya Allah. Namun satu sahaja yang tidak kau sangka…kenyataanmu bahawa aku susah nak kemana – mana tanpa mu ternyata meleset sama sekali..sebab? hem aku dan anakmu sentiasa keluar bersiar – siar di hujung minggu. Ke mana? Ke mana sahaja seperti jaya jusco, klcc dan jalan tuanku abdul rahman juga sayang…

Terkejut? Hah sebenarnya aku pun tak sangka aku akan punyai kekuatan untuk kemana-mana sahaja namun demi kasih kepada anak kita maka aku gagahi diri ini untuk keluar bersiar2. Kesian si kecil itu kalau asyik terperap di rumah sahaja…dan aku berjanji kau akan melihat perubahan seperti yang kau lafazkan di dalam surat mu itu…anakmu sudah pandai menyebut Aliff Ba Ta, juga O dan Z serta menyanyi lagu twinkle twinkle little star sambil lagaknya bagaikan The Star…! Mengira? Hem aku sebut 1 dia sebut 5. jadi lah sikit-sikit lama lama jadi bukit kan…nanti pandai la dia…masih kecil lagipun otak pun mesti cekap menangkap apa yang ibu nye ajar…

Sayang ku tunggu kepulanganmu itu…

No comments: