my passion

my passion

Monday, August 30, 2004

Keluargaku Yang Tercinta

Hujung minggu yang lalu rumahku meriah sekali.Ini adalah kerana kakakku baru saja melangsungkan perkahwinannya minggu lepas dan minggu ini merupakan giliran majlis di rumah pihak pengantin lelaki di subang jaya. Oleh sebab itulah umahku menjadi tempat persinggahan…betapa meriahnya hujung mingguku kali ini…yang paling seronok tentulah si kecilku Muqrish kerana dikerumuni sepupu2 nya yang ramai itu juga menjadi perhatian yelah satu2nya cucu jauh…

Balik dari majlis di Subang Jaya kami sepakat untuk ke Zoo Negara kerana anak saudaraku yang ramai tu mahu pergi…Gamat sungguh….Paling tak tersangka si kecilku begitu takut dengan Lion dan Tiger…entah la mungkin dia tgk binatang tu besor dan nampak garang. Tapi memanglah Muqrish seorang yang peramah ! habis seme orang disapa dan kalu dia tgk kanak2 lain sedang berlari atau bermain dia tanpa segan silu join sekali…penat aku melayannya…takpelah sekali sekala …..layan aje…

Emak ku lihat walaupun tidak begitu sihat tapi cerah je mukanya…mungkin hatinya gembira melihat anak2 dan cucu2 di depan mata. Walaupun ada jugak perkara yang tak diingini berlaku tapi itu biasalah sebab sudah jadi adatlah majlis perkahwinan mestilah kecoh dan kelam kabut walau teratur macam mana teratur sekalipun perancangannya… sayang sungguh yang tersayang tidak ada kalau tidak rasanya suasana pasti lebih meriah..

Saturday, August 28, 2004

Lagu puisi

Menyebut namamu....
ku rasa rindu ini mengalir...
Mengingati wajahmu....
ku rasa drbar di hati...
Sentuhanmu...
ku rasa hangat di kalbu...
kasihmu...
ku rasa kesyahduan...

Sayang.....,
kau aku abadikan...
kau aku dambakan...
mengapa ada duka...
mengapa ada tangisan...
antara kita...

Kasih...
aku kau rindukan
aku kau impikan
tak tergambar....semua yang berlaku
itu dugaan dalam perkasihanku
aku rindu kamu...
aku perlukanmu...
kembalilah sayang...
ku di sini menunggu....mu....
untuk kita bersatu...dlm dunia yang satu...

Abang...kasih kita abadi!

Friday, August 27, 2004

Satu kebetulan atau suratan...?

Adakah ini satu kebetulan atau suratan yang tak disangkakan...?
Berkongsi semua perkara yang menggembirakan pada masa yang sama...ini seolah-olah mendekatkan kita tanpa kita sedari....takdir tuhan dulu menemukan kita takdir tuhan jua atas apa yang berlaku kini...teman lihatlah keajaiban ini walau tidak berkongsi kasih tapi masih kita berkongsi saat2 bermakna dalam hidup dalam detik yang sama...

Jumaat yang menceriakan

hem pagi tgk phone ada 3 miss call.no tiada dlm senarai. then baru tahu rupanya yang tersayang call dari Sabah...hu la la...so aku call balik...bergayut ngan abang hampir 1 jam...almaklumlah kena bagi laporan lengkap...heheee...anyway rindu sangat kat abang dan today rasa happy sangat.yang tersayang rasa amat ceria mendengar gelagat si kenit...tak sabar nak balik katanya...tapi harapan tu terkilan la skit sebab eden pulak gi kursus...kwang..kwang...kwang...
Tappi abang idham kata utamakan keluarga...hah camne tu...?tgk la rasanya kalau tolak rugi gak...ala bukan lama 3 hari je...
Abang ku tunggu kepulanganmu....

Thursday, August 26, 2004

Catatan buat N

N….
Satu masa dulu aku pernah merasa kagum akan dirimu…
Tak sangka keberanian aku menghubungimu ternyata berbaloi.tali persahatan yang aku hulurkan kau sambut penuh keikhlasan. Mungkin kau terkejut tapi itulah aku….Padaku sekiranya aku tidak memulakan langkah mengenalimu aduhai kecewalah hati…masih aku ingat ketika di sungai lembing segala gerak gerimu dalam intipanku…pantang ada terluang masa pasti ku cari jalan agar mudah memerhatikanmu…kedudukan rumah sebelah menyebelah memudahkan operasiku…dan kau memang tidak menyedari kelakuan diperhati makin memudahkan aku mengamati dan seterusnya mengagumi peribadimu…

N…,

Apabila tiba masa untuk aku kembali ke daerah kelahiranku betapa sayunya hati ini…justeru itu aku ketahui betapa hati ini sudah mula jatuh suka padamu…apabila ibuku meminta no telephone rumahmu hem aku tidak melepaskan peluang untuk menghafalnya…agak lama juga aku mengambil masa untuk menghubungi dirimu rasanya setelah lepas 2 minggu aku kembali ke pekan barulah aku menghubungimu…masih ku ingat betapa kau begitu terkejut sekali menerima panggilan telephone dariku…pelbagai pertanyaan yang wujud dalam fikiranmu itu…aku tahu kau tak tersangka yang dirimu menjadi perhatiaaan….pasti riak wajahmu cukup menggambarkan perasaanmu tika itu sayangnya aku tak berkesempatan untuk melihatnya…setelah itu perhubungan kita semakin bercambah benih kemesraan…saling berjauhan mengajar aku erti kerinduan…rindu untuk mengusikmu..kerna berbanding aku kau lebih pendiam justeru itulah aku amat meminati mu…apatah lagi aku dapat peluang untuk menang dalam setiap perbalahan kita…hehheee..he.

N..,
Ketika aku belajar di MRSM kuantan tak tersangka aku mengenali kawan rapatmu Zaidi..(di mana dia sekarang ye?)semakin dekat aku padamu ketika itu…terkilan kerana kau tidak dapat berlajar bersama aku di MRSM. N…di situ jugalah aku belajar erti cemburu…ingat lagi karmila….hem mengingati dia betapa aku sangat membencinya ketika itu….mendengar yang dia seolah-olah rapat dgn kamu membuat hati ini sakit dan mengurangkan keinginan aku untuk bertemu dan berbual denganmu…walau waktu itu sudah terdetik di hati ini untuk menemuimu…

N…,
Setelah tamat belajar hubungan kita teputus sebentar…aku cukup marah bila kau tidak melanjutkan pelajaranmu ketika itu lantas mengambil keputusan untuk tidak menghubungi dirimu lagi…tapi ah…rindu itu mengalahkan niat dan azamku…kembali aku menghubungimu dan khabar kau kepada aku..bahawa kau bekerja di sektor perbankan agak melegakan hati ini…sekurang-kurangnya terjamin masa depanmu…N…ketika itulah aku mahu bertemu denganmu untuk kali pertama setelah sekian lama tidak berjumpa…sebabnya kau tidak mengenali paras rupa ku…hanya aku sahaja…saat pertama kali bertemu begitu kuat degup jantung ini kau tahu….kiranya rupamu sudah berubah dan mirip pelakon rashdan baba…hem hensem tu….!

N…,
Apa pun satu peristiwa menyebabkan aku merajuk panjang denganmu dan perkhabaran bahawa kau akan bertukar tempat kerja membuat aku dlm ragu kerna no telepon tak berubah membuat aku merasakan kau seolah-olah mahu melarikan diri dari aku…jadi aku tanpa berfikir panjang mengambil keputusan untuk mengundur diri…N…aku sudah cukup letih untuk berusaha memenangi hatimu…selama 7 tahun aku berusaha ternyata aku kira aku kalah jua….tidak memilikimu sebagai insan tersayang adalah kekecewaanku paling dalam tika itu…aku sedar siapa aku kerna hubungan kita yang cukup ikhlas dan suci aku tetap abadikan memori indah bersamamu di sini…andai kiranya kau masih menganggap diriku temanmu…,terimalah tali silaturrahim yang ku hulurkan kembali…kali ini dengan keadaan yang cukup berbeza….kerna kau dan aku telahpun dimiliki insan lain…namun persahatan kita yang ikhlas aku yakin akan menceriakan hidup kita…seperti waktu dulu tetap terbatas dan tahu serta sedar siapa kita…

N…
Untuk kesekian kalinya sebelum ku tutup catatan ini mengenai memori indah kita…maafkan aku andai aku menyinggung hatimu selama persahabatan kita selama ini…ketahuilah aku cukup bahagia apabila mengetahui aku pernah menceriakan hidupmu satu tika dahulu…walaupun kau tidak sudi aku hadir sebagai permaisuri hatimu..namun kau tetap sudi memahatkan namaku sebagai sahabatmu…terima kasih yang tak terhingga….

P/s..N tak sangka lak kita kahwin dlm jangka waktu yang sama malah bergelar ibu bapa pun dlm bulan yang sama namun macam biasa aku tetap mendahulimu walupun sehari!aku tetap menang N!

Ciri-ciri lelaki idaman(Hari ke 44)

Ramai kawan yang membaca luahan hati saya di sini menanyakan kepada saya apakah ciri2 lelaki idaman yang saya tetapkan. Oklah untuk tidak menghampakan saya akan bagitau kawan2 semua.

semasa bersekolah dulu pertama sekali saya tetapkan lelaki idaman saya mestilah mempunyai rupa yang sedap mata memandang, kedua mempunyai otak yang bagus maksudnya tidak lemah dalam pelajaran, ketiga aktif dalam bersukan dan akhir sekali orangnya mestilah ceria!

Apabila saya meninggalkan bangku sekolah,ciri2nya masih lagi yang pertama rupa yang sedap mata memandang, kedua ceria , ketiga pandai mengambil hati saya dan keempat sentiasa ada di sisi saya ketika saya perlukan dia.

Setelah dewasa saya telah menukar ciri yang utama iaitu Pertama dia mestilah seorang yang beragama, kedua matang, ketiga rapat dengan keluarga, keempat menghormati saya sebagai seorang wanita, kelima stabil dan cerah masa depannya, dan paling saya tak tersangka saya sukakan lelaki yang pendiam apabila dewasa tiada lagi lelaki yang peramah yang saya minati dan idami…Hasilnya saya jumpa suami saya sekarang yang menepati 98% cirri-ciri lelaki idaman saya…

Semakin dewasa dan matang semakin berubah kehendakkan...?! rasanya semuapun begitu juga.

Wednesday, August 25, 2004

Luahan hati seorang yang bernama kekasih

JANJI PADAMU

Tiada kusangka sejak detik itu
Kau membuka pintu kamar dihatiku
Cinta yang terhampar satu tika dulu
Bersinar kembali
Pandainya dikau mencuri hatiku
Dengan kejujuran dan tingkah lakumu
Memberikan aku satu keyakinan
Mendungkan berlalu

Akan kupertahankan cinta ini
Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

Akan kupertahankan cinta ini
Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini

Cinta Monyet yang menyenangkan(Hari ke 43)

Cinta Zaman persekolahan vs Remaja amat menyeronokan. Ada yang meninggalkan kenangan manis ada yang menyakitkan. Alahai ….. namun semua itu telah mendewasakan aku…cinta monyet yang pertama aku alami ketika berumur 14 tahun. Ada 2 org yang aku minati ketika itu . Si N aku kenali ketika berkunjung ke rumah sepupu di Sungai Lembing. Sebaya denganku…yang kedua Si A aku kenali ketika dlm bas sewaktu pulang dari Bandar Pekan ke rumah…itu pun kerana aku membenci tingkah laku nya yang kononnya gentleman tapi ku lihat seolah hikpokrit. A ketika itu berusia 6 tahun lebih tua dari aku. Hubungan aku dan A agak unik kerana A tidak pernah tahu aku menyukainya namun kami kemudian menjadi agak rapat dan aku akhirnya menjadi anak angkat keluarganya. Sehingga kini kami masih lagi berhubungan kerana status aku sebagai ‘adik bongsunya’…adik beradiknya semua lelaki.. so kira aku ni manjala ngan family dia sebab aku perempuan….J.

Dengan N hubungan kami berlangsung sebagai kawan biasa sahaja. Walaupun aku rasa kekadang kami macam couple namun tidak pernah terucap perkataan yang menggambarkan perasaan kami…jarak yang memisahkan kami kerana berlainan daerah memungkinkan hubungan kami penuh dengan keikhlasan.Kami terputus hubungan ketika aku berumur 21 tahun.. tak tau la kenapa mungkin jarak yang jauh antara kami memudarkan kemesraan antara kami sekian lama…aku pun rasakan perhubungan jarak jauh tidak sesuai untuk aku.

Apapun aku amat menghargai mereka berdua kerana tidak pernah menyakitkan hati aku dan amat ikhlas ketika berkawan..aku doakan mereka berdua menemui kebahagian yang di cari…terutama untuk N yang satu ketika dulu amat aku kagumi.!


Wednesday, August 18, 2004

Tinggal memori indah (hari ke 36)

Semasa aku balik bercuti ke kampung aku ada dengar berita yang sepupuku norizan (merupakan gadis tercantik di kgku) dan Zul ada affair. So memikirkan latar belakang depa berdua sama je (sama2 sek agama) juga family background yang lebih kurang sama maka aku kuburkan niat aku untuk meneruskan hubungan cinta zaman bebudak aku dulu.
Anyway aku dengar Zul akan melanjutkan pelarannya ke Jordan manalah sama ngan aku…elok la ngan ijan adik beradik dia seme gi mesir…aku apa ada?

Bergandingan ngan ustaz? Hem susah jugak tu..sebab masa tu aku ni tomboy skit…jenis lasak sesuai ke couple ngan pak ustaz..?tak sesuai langsung so aku undur diri ngan slow and steady but on the same time I still wish him will find his love..

Sekarang Zul sudah ada seorang anak . Izan pulak bakal menamatkan zaman solonya tidak lama lagi…Zul kawin lebih awal dari aku dan pernah sesekali kami terserempak di kg kalu aku balik bercuti.Zul masih stay di kg. hingga kini kami tetap kawan baik…apalh nak diambil hati kisah zaman bebudak dulu ye dak…? Tapi apapun itulah memori manis semasa zaman bebudak dulu…..after this story cinta zaman remaja lak…stay tune…!


p/s Last weekend yang tersayang telephone hem tak sabar tunggu bulan 9..kepulangan yang dinanti

Friday, August 13, 2004

Zul Dalam Ingatan (Hari ke 31)

Selepas sahaja aku menerima lukisan itu secara tiba-tiba aku rasakan semacam satu perasaan wujud dalam diri ini bangga, heran dan terkejutpun ada sebab adakah selama ini Zul memerhatikan diri ini dan mengetahui perasaanku terhadapnya tanpa aku sedari…? Entahla tapi apa yang pasti hubungan kami makin mesra dan rapat semenjak itu…perkara itu hanya kami berdua sahaja yang mengetahuinya. Jika ada kesempatan kami akan berbalas pandang yang hanya kami berdua tahu apa maksudnya. Usik mengusik kata-kata ungkapan semangat dan saling mengutusi surat adalah pemangkin hubungan kami sampailah suatu hari hubungan kami berdua menjadi renggang dan dingin kerana Zul memang ramai peminat dan antaranya kawan baikku sendiri dan gurauan kami yang terakhir yang aku ingat ialah sewaktu kami membuat preparation untuk hari jamuan perpisahan pelajar darjah enam merangkap hari penyampaian hadiah sekolah kami. Waktu tu aku tengah cuci lantai pentas dan tak perasan Zul ada kat sebelah oleh sebab waktu tu hubungan kami dah dingin so aku buat dek ajalah kat Zul tapi mungkin Zul tak mahu hubungan kami dingin ke akhirnya maka dia telah menyimbah air kotor itu kepada aku kerna dia tahu aku pasti balas..perbuatannya itu hah memang pun terjadilah adegan simbah menyimbah antara kami dan guess what seme budak terlopong tgk kami termasuk lah cikgu kami masa tu….sambil gelak sambil ngutuk aku dan Zul tak hiraukan keadaan sekeliling dan Zul berjaya membuat aku menyimpan peristiwa itu sebagai kenangan manis aku semasa sekolah rendah.

Kami terpisah apabila memasuki sekolah menengah kerana Zul melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Agama dan aku ke Sekolah Menengah Kebangsaan dan ditawarkan ke Kelas Rancangan Khas sebab result UPSR aku cemerlang dan Zul Cuma lulus dengan baik sahaja. Namun begitu kami masih terserempak kerana masih sekampung dan aku selalu ke kedainya untuk melihat dia dalam diam2. Tapi adik dia pulak yang over. .pada hari terakhir kami di sekolah rendah aku telah memberi kata putus kepada Zul akan hubungan kami ini…Kata putus itu berbunyi begini yang mana aku masih ingat sehingga hari ini…
“ Zul tunggulah sehingga umur kita 18 tahun adakah aku dan kau masih mempunyai perasaan yang sama seperti hari ini sekiranya sama maka sememangnya kita ditakdirkan bersama dan aku akan utusi kau”.memang aku mahu utusi kau semasa umur aku 18 tahun Zul dan waktu kau datang bersama abang aku mengambil aku semasa aku dalam persediaan untuk ke luar negara di kolej MARA Bangi aku teringat ayat ini tapi adakah kau ingat jugak Zul? Ramai kawan aku yang nampak kau masa tu menyatakan yang hati mereka cair melihat kau…aku sendiri ketika itu tak menyangka kau datang bersamanya pun bagaikan terhenti degup jantung hati! Ya memang kau telah dianugerahkan rupa yang mampu membuat hati perempuan cair…sedangkan masa kecil pun kau dah ada peminat inikan pula apabila dah dewasa itulah sebab yang paling utama Zul..membuat aku tak mahu menghubungimu aku malu bergandingan denganmu aku sedar siapalah aku..

Tapi ada satu gossip aku dengar pasal Zul yang membantutkan perasaan dan melenyapkan keinginan aku untuk menghubunginya…apakah itu…? So tunggu esoklah yek…!

Thursday, August 12, 2004

Cinta Zaman Bebudak Dulu (Hari ke30)

Indahnya cinta jika bersulam keikhlasan,
Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan,
Dan untungnya cinta jika berkekalan sampai bila-bila


Perungkapan madah di atas aku perolehi dari novel yang aku baca..tajuk novel tersebut aku dah lupa maklumlah banyak sangat aku baca novelnya. Tapi bukan itu yang aku nak perkatakan pada hari ini…aku mahu bercerita dan menulis pengalaman aku yang aku lalui dari zaman kanak2 sampai lah la ni dah jadi mak budak…Cinta banyak tafsirannya begitu juga aku..zaman kanak2 yg penuh keriangan aku tempuhi dengan kenangan cinta budak2…kisah ini akan dimulakan dengan zaman aku berada dalam darjah 5 di mana ianya merupakan cinta budak2 yang pertama bagi aku…

Suatu hari kami bebudak darjah 5 mendapat rakan baru iaitu Zulkifli yang bertukar dr Tanjung Medang (Tempat kelahiran Arwah Tun Abdul Razak) sekolah aku ini sekolah Tun Abdul Razak dan anaknya TPM kita sekarang ini iaitu Datuk Seri Najib. Masa tu tahun 1988. Mula 2 tgk Zul hati aku dah cair….cute sangat budaknya dengan bibir nipisnya dengan warna kulitnya yang putih alahai ku tgk seme bdk perempuan dlm kelas aku tu semenye semedang nganga mulut tgk Zul. Dah start berangan la tu..Namun aku tahu aku tak ada kelebihan utk mendekati Zul. Sebab masa sekolah dulu aku ni paling rendah dan agak tembam sikit so satu2nya kelebihan aku ialah kepintaran aku dalam bahasa Melayu dan Matematik. Aku lihat geng2 yang glamer2 tu dah mula menghulurkan salam perkenalan kat Zul Cuma aku yang masih buat tak tahu…malu lah konon….

Bila aku pegi mengaji petangnya kat surau rupa2nya Zul pun ada sekali ngan adiknya Zakaria. Then nak tahu adiknya yang jatuh hati kat aku bukannya Si Zul tu…bengangnya bkn main hati aku masa tu tapi leh control lagik. Aku hanya rapat ngan Zul selepas aku satu group ngan dia aku kena ajar dia matematik…dlm hati aku dah start pandang rendah kat dia harap muka je cute tapi otak lembab! Masa tu la aku memang bangga diri skit..biasalah bebudak lagi. Nak dijadikan cerita ada satu budak yang satu kelas ngan aku namanya Ezulfadly suka kat aku…(sekarang ni dah jadik Navy kat Labuan)hem dari tak ada pakwe aku dah ada….hahahah janji ada kan…?! Ezulfadly memang ngan aku cam anjing dan kucing asyik nak gaduh je…aku tak ckp kat dia aku suka dia atau aku terima dia jadik pakwe aku Cuma geng2 yang lain yg isytiharkan kami ni couple…hampeh melepas aku nak tackle si Zul tu..tapi entah macam mana naik darjah 6 si Zul berikan aku lukisan gambar yang aku tgk sebijik muka aku sebab ada tahi lalat kat pipi…rasanya aku je yg ada tahi lalat kat pipi…(perasan) and then nak tahu apa jadi after that…? Tunggu…..! to be continue tomorrow…

Wednesday, August 11, 2004

Hari ke 29

Tersenyum…? Hai rasanya hampir ke telinga kot…pasal? Sebab cik abang tersayang kirimkan surat melalui kawannya yang baru pulang…hasilnya? Apalagi termimpi2 dan mood pun dlm keadaan yang amat baik….

Sudah berulang-kali surat itu ku baca namun bukannya menghilangkan rindu ini malah makin menguatkan rasa itu dan menimbulkan rasa tidak sabar menanti kepulangan yang tersayang. Isi kandungan surat yang jelas membayangkan kasih seorang suami berjaya membuat diri ini berasa begitu dihargai..pengorbanan ku terasa begitu berbaloi…sayang kerisauan dan pesananmu agar diri ini menjaga amanah mu sebaik mungkin tidak aku abaikan. Insya Allah. Namun satu sahaja yang tidak kau sangka…kenyataanmu bahawa aku susah nak kemana – mana tanpa mu ternyata meleset sama sekali..sebab? hem aku dan anakmu sentiasa keluar bersiar – siar di hujung minggu. Ke mana? Ke mana sahaja seperti jaya jusco, klcc dan jalan tuanku abdul rahman juga sayang…

Terkejut? Hah sebenarnya aku pun tak sangka aku akan punyai kekuatan untuk kemana-mana sahaja namun demi kasih kepada anak kita maka aku gagahi diri ini untuk keluar bersiar2. Kesian si kecil itu kalau asyik terperap di rumah sahaja…dan aku berjanji kau akan melihat perubahan seperti yang kau lafazkan di dalam surat mu itu…anakmu sudah pandai menyebut Aliff Ba Ta, juga O dan Z serta menyanyi lagu twinkle twinkle little star sambil lagaknya bagaikan The Star…! Mengira? Hem aku sebut 1 dia sebut 5. jadi lah sikit-sikit lama lama jadi bukit kan…nanti pandai la dia…masih kecil lagipun otak pun mesti cekap menangkap apa yang ibu nye ajar…

Sayang ku tunggu kepulanganmu itu…

Tuesday, August 10, 2004

Hari Ke 28

Hari ini adalah merupakan hari perhimpunan jabatan SO ianya merupakan hari yang ditunggu2 oleh warga PNM kerana seramai 31 orang warga baru akan naik ke pentas untuk sessi suai kenal.Time ni la nak tengok bermacam gelagat dan sekaligus mengenakan staff baru. Baru sebentar tadi selesai perhimpunan dan sebagaimana yang dijangka memang auditorium dipenuhi dengan gelak ketawa warga PNM dengan gelagat staff baru..Ada yang tak boleh cakap Melayu tapi cakap Jepunnya begitu fasih pula..tu la bahananya kerja kat Kedutaan Jepun..ada yang hobinya tido…mcm2 lagik. Tak dapat nak dibayangkan betapa meriahnya suasana di pagi Selasa ini. NAMUN harus diingat manusia memang cukup suka melihat gelagat orang lain tetapi bila suasan seperti itu berlaku pada diri sendiri hem….tepuk dada tanya selera…

Aku pun pernah mengalami keadaan begitu..ketika memperkenalkan diri sebagai staff baru…aku pula ketika itu mengandung 37 minggu mean….bila2 masa sahaja akan bersalin tapi tang status disebabkan aku gementar aku sebut jugak “untuk pengetahuan semua status saya sudah berkahwin” apa lagi seme gelak kat aku …rupa2 nya aku lupa yang perut aku yan membosong tu dah bagitau kat depa me yang aku ni memang dah kawin tak yah bagitau dah …bila teringat memang aku senyum sendir..alahai…malu beb! Nasib baik 3 minggu je keje aku dah cuti bersalin so bila aku masuk keje balik ramai yang tak kenal muka aku ni a-maklumlah kerajaan bagi cuti 60 hari dan aku balik pulak ngan badan yang cam anak dara ..memang tak sapa pun kenal aku bila aku masuk keje hari pertama selepas cuti bersalin…siap kena ngurat lagi…kelakar tul…masa tu..banggapun ada sebab nampaknya tak perlu risau cik abang kata gemuk dah…. :)

Monday, August 09, 2004

Hari ke 25, 26 dan 27

Sabtu – Hanya duduk di rumah melayan karenah Muqrish dan Amir. Petang bawa Muqrish jalan2 ke taman..seronok benar dia bermain. Macam budak besar. Paling meggelikan hati melihat dia berlari…alahai anak ibu…comelnya! Lagak bagaikan sudah besor sedangkan hakikatnya baru 20 bulan…sesiapa yang memandang memang tercuit dengan telatahmu sayang…bangganya aku menjadi yang terpilih untuk menjadi ibumu…
Kau begitu seronok bermain sehinggakan tidak mahu pulang ke rumah nasib baik pengasuhmu ada kau dengar juga katanya…(takut barangkali) memang seringkali ku tahu anak memang lebih dengar kata pengasuh dari ibunya kerana dengan ibunya dia rasa bak kata pepatah tak menjadi kudis.

Ahad – Aku membawa Muqrish keluar ke Ibu kota. Tempat dituju Pudu raya kerana menghantar Fizah balik Taiping dan seterusnya berjalan tanpa hala tuju sekadar memberi peluang kepada Muqrish melihat persekitaran luar. Tak la terperap dlm rumah sahaja. Dari pukul 11.30 pagi sehinggalah pukul 4.00 petang kami meronda di Bandar. Balik umah Muqrish masih tidak lelapkan mata kerana ada tetamu..tapi akhirnya dia kalah jua apabila tido dlm dakapan aku sambil aku membaca surah 5 Qul dan Al-Fatihah di telinganya. Memang aku amalkan membaca surah ini agar dia beroleh ketenangan ketika tido dan terang hatinya nanti. Insya Allah.. Malam aku bermimpi suami tersayang hem…kerinduanku padanya sudah menampakkan diri…jeng…jeng…jeng…33 hari lagi abang tersayang akan pulang ke pangkuan kami keluarganya..sehingga itu semoga Allah melindungi dan memelihara keselamatan dirinya di rantau orang Insya Allah…Amin..

Isnin – Aku masuk keje seperti biasa . Petang nanti aku kena bagi penerangan pendidikan pengguna pada pelawat. So today melaram la sikit…imej jabatan kena jaga..dan ini semua sebagai pengalaman aku…al-maklum la nanti aku nak sambung belajar ambik komunikasi massa – perhubungan awam so the avaibility to speak in front of audience adalah perlukan..tul tak?
Wish me luck my friend.!

Friday, August 06, 2004

Hari ke 24

Pagi ini duty kaunter so pegi cari buku kat rak tadi ambil 7 buah buku novel utk di baca sepanjang duty. Tajuk novel merentas kabus oleh hartini hamzah, meterai oleh abd rahim awang, saka by abdul rahim awang, 1515 oleh faisal tehrani(hadiah sastera 2002) , yang tercinta karya Ruslan Ngah, meningkah arus karya azmah Nordin dan last but not least Tunggu Teduh Dulu karya Faisal Tehrani. Ada di antara novel ini yang aku ulang baca...sebabnya biasala best! yang lain-lain tu aku ambil kerna belum baca lagi la...ada yang tebal dan ada yang nipis but apapun bagi kaki novel cam aku ni sehari saja boleh habiskan sebab kat kaunter tak bz..maklumlah jarang orang nak baca manuskrip kat sini. Tak tau la depa tau ke tak yang pusat manuskrip ni wujud ke idak atau mereka tidak pandai membaca jawi lama? dan menganggap manuskrip satu yang membosankan?

Hari ke 24

Sejak dua menjak ni aku sudah berubah sikit makin suka mengemas rumah dan memastikan keadaan rumah sentiasa bersih...lebih bersih lebih kemas dari dulu..kenapa yek..?mungkinkah hatiku senang maka aku jadi semakin rajin...?sebenarnya aku tak perlu sebegitu rajin sebab Muqrish dan Amir akan menyepah dan membuat keadaan rumah macam tongkang terbalik sepanjang masa jadi sepatutnya bila mereka tido je la aku mengemas.Entah la rasa macam aku tak boleh duduk diam tanpa buat kerja dan bergerak...kenapa yek...?
Aku juga sekarang makin kurus mungkin kerana penangan kena berjalan kaki selama hampir 40 minit setiap hari (cik abang tak adakan). Itulah hikmahnya kot...mudah-mudah ini akan menggembirakan suami tercinta balik nanti...bukan aku tak kurus sebelum ni cuma ada bahagian tertentu yang degil nak turun...so bila selulit seme dah hilang....maka ada surprise untuk abang nanti... :)

Thursday, August 05, 2004

Hari ke 22 dan 23

Semalam seharian aku di rumah melayan karenah si kecil...amboi mentang2 la ibu tak keje apa lagi naik lemak la dia..takpe harimu sayangku muqrish...
hari ini aku merasa amat lega kerana masalah yang dihadapi ketika awal minggu hari tu sudah selesai dan kira-Nya aku amat bersyukur kerana ianya tidak berpanjangan..cuma satu saja aku pinta agar pulang ku tidak lagi di dinihari...
buat teman ku yang agak rapat denganku 2 3 menjak ni harapanku agar persahabatan kita ini akan sentiasa mekar mewangi dan tiada badai yang melanda andai itu berlaku aku tidak pasti adakah selepas badai mereda persahabatan kita masih sama harumannya...?
Untuk suamiku yang tersayang...kesetiaanku terhadapmu masih utuh ku pertahankan demi kasih dan amanah yang sama kita rasai dan menggalasnya....aku rindu kamu...

Tuesday, August 03, 2004

Hari ke 21

hem ini kali ke4 aku menulis utk blog hari ni kalu tak boleh publish jugak tak taula...rasanya macam nak sepak je komp...ni tapi kang org kata ganas lak...
anyway bukan harta aku harta kerajaan.... :)
acuk dah la bengang pasal bas intrakota yang sentiasa tak menepati masa...pastu ada pulak hamba Allah yang nyakitkan hati...eeeeeiiii kalu ikutkan hati nak makan banyak2 tapi nanti gemuk pulok...Abang balik Sabah nanti terkejut beruk pulak....kes naya tu....! hah time tu sapa yang susah...? Acuk jugak sebab nanti kena perli ngan Abang sayang...
hem rindu sangat kat abang...tgh buat apa ye...tgh dok ngendap penyu bertelur dak?...hheeeheee ke tgh scuba dive (jeles ye) kang tgh ngurat...(lagi naya)... :) ku tahu kau setia sayang!

Monday, August 02, 2004

Hari ke 19 & 20

Hujung minggu bawa Muqrish jalan2 ke KL. Fuh..penat sungguh dari pagi sampai pukul 3.30 ptg. Akhirnya sampai umah anak beranak pengsan..tido la..bangun bila nak masuk waktu maghrib...nyaris kalu idak tertinggal la solat asar. Then time nak tunggu Kak Yusmi sampai ngan family rendamkan kaki dlm baldi..orang kata blh hilangkan penat...hai..entah la sampaii la hari ni ISNIN penat aku tak hilang lagi.
Kak Yusmi selamat tiba kat umah ngan family dia hari Sabtu dah but tido smlm kat umah mak saudara dia kat cheras..kak Yusmi posting tmpt keje dari penang ke kl mulai Ogos ni. Sian pulak tak dak umah sewa lagi so aku tumpangkan. ngan baby yg berumur 4 bln juga 2 tahun aku faham betapa susahnya nak dapat umah kat kl ni. kebetulan hubby kak Yusmi keje kat penang so hanya kak Yusmi je yang kat kl aku bagi la kak Yusmi tumpang sementara nak dpt umah atau bilik sewa. Walaupun aku tak pernah kenal kak Yusmi sblm ni hanya di alam cyber tapi apa salahnya aku tolong org dlm kesusahan dak..time ni la aku nak tolong.
Semoga kehadiran 2 baby kat umah aku tambah Muqrish akan memeriahkan lagi umah aku tu then hilang la sikit kesepian dek rindu kat orang tersayang..