my passion

my passion

Tuesday, September 28, 2004

"Sebelum balik ke KL kita mandi puas-puas k"itulah Abah and the gang sampai sini semua tukaq warna kulit...sawo matang jadik all black..hehehehe Posted by Hello
Bergambar kenangan di jeti Pulau Langkayan.Kecil je Pulau ni.Tapi airnya jernih kehijauan dan pasir pantainya putih. Posted by Hello
Balik bertugas kita berposing.Cantik tak pantai Pulau Langkayan ni? Posted by Hello
Abah and the gang bersiap utk mengiringi pelancong pulang Posted by Hello
"Amboi dia lagi pandai" Tok Wan cakap.Adik gelak je..dlm hati baru tau... Posted by Hello
Anak abah Posted by Hello
Sapa paling cute ibu ke Muqrish? Posted by Hello
Ni bukan menari tau tapi langkah nak silat ngan abah Posted by Hello
Muqrish menunjukan bakat menyanyinya Posted by Hello
Sebahagian anak saudara sebelah keluarga di Pahang Posted by Hello

Satu amanah yang mak mertua kasi!!!!

Ceria , gembira dan bersemangat begitulah aku kini...segalanya kini sudah seperti sedia kala...
ada satu perubahan...adik ipar yang duduk sekali di rumah semakin rajin...? takut kat abang dia kot..!hem zaman bersenang lenang baginya sudah berakhir...tersenyum dan bersyukur di dalam hati...

Memanglah duduk kalau ada adik beradik ipar memang makan hati jugak...tapi aku buat dek aja...malas nak tegur takut tersinggung sebab rasanya aku tak pandai menegur nanti terasa lak...pengalaman duduk sekali dgnnya sebelum kahwin dulu banyak mengajar aku..

Hai bilalah anak dara sorang ni nak kawin..umurnya sebaya aku...tapi calonnya tiada...macam abangnya jugak tidak pandai bergaul dgn kaum berlainan jantina...tapi kalau begitu sampai bila mahu bersendiri?Pada pendapat aku kalau lambat kawin yang rugi diri sendiri...sebab bila lambat kawin anak lambat la dapat so jauh la jarak umur si anak dan ibubapa...tak kesiankah nanti anak baru nak masuk darjah satu ibubapa pulak nak bongkok tiga?Terkejarkah nanti karenah anak2?

Aku berdoa moga2 jodohnya akan ada pada tahun hadapan kemarin masa kat kg mak mertua pun dah suarakan kerisauannya kat aku...aiseh aku tukang cari jodoh...? ada bakatkah...?mungkin kerana anaknya dulu(suamiku kini)aku yang memulakan maka dia beranggapan aku boleh turunkan sikit ilmu kat anak dara dia..kot!?hahaaha nanti lain pulak jadiknya dan akhirnya kang aku pulak yang disalahkan...

Apapun aku dah jlnkan tugas yg mak suruh secara kiasan...langkah pertama aku gantung kalendar kehamilan kat betul2 dpn pintu bilik dia...langkah kedua akan menyusul selepas ini...jeng...jeng...jeng...tunggu...

Friday, September 17, 2004

Cuti

Will be on holiday - 1 week starting tomorrow
Destination - Perak

Thursday, September 16, 2004

Sekadar catatan

Kerinduan - Terlerai sudah
Kasih Sayang - Semakin berkembang
Cinta - Semakin mendalam
Kemesraan - Bertaut kembali
Kesetiaan - Kukuh dipertahan
Hati - Sentiasa berdenyut
Jantung - Bergetar tanpa irama
Fikiran - Semakin matang kini
Perasaan - Bertambah tabah kiranya

Tapi kenapa ayat ini muncul di benakku ....Tak tahu kenapa terasa bagaikan bermimpi....?

Wednesday, September 15, 2004

Kepulangan yang dinanti

Kini Kau Di Sisi
Setelah lama berjauhan
Kini kau kembali padaku
Setelah lama kerinduan
Kini kau di sisiku

Mentari suramnya
Siang tak bercahaya
Ku... rasa kehilanganmu
Sejak kau tiada
Di sisi menemaniku

Dedauan kekeringan
Tiada titis hujan
Oh... lamanya ku menantimu
Kembali padaku sayang
Kembali oh kasih pada diriku

Setelah lama berjauhan
Kini kau kembali padaku
Setelah lama kerinduan
Kini kau di sisiku

Renungan matamu
Menyapakan padaku
Betapa kau merinduiku
Tak sanggup berpisah
Tak mungkin lagi berpisah darimu

Bait lirik lagu CT Nurhaliza menceritakan segalanya .......

Tuesday, September 14, 2004

Rakan karibku!!!!

Sekali air sungai melimpah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah... yang jadi ikutan...
Dan juga bualan

Tapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma... adalah pasir saja...
Penghujungnya muara

Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai... nikmat cinta
Yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada Terlaksana

Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya

Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan... jasad atau pun nyawa
Aku tetap setia

Pertama kali mendengar lagu ini berkumandang di radio sinar fm aku teringat kenangan semasa di tingkatan 2 di SMDMM Pekan Pahang. Teringat akan 2 orang kawan baikku iaitu Aryani dan juga Syarifah Razlina..Di manakah mereka berdua ketika ini…? Kami terpisah selepas SRP. Aku melanjutkan pelajaran ke MRSM KTN manakal Ina stay kat SMDMM dan Aryani ke SMA Pekan. Perkhabaran terakhir aku dengar ialah Ina melanjutkan pelajaran ke UITM Dungun dan Aryani menjadi Setiausaha di Bandar Kuantan. Rindu sungguh ! Aku rindu pada mereka berdua…banyak pengalaman pahit manis yang aku tempohi dengan mereka berdua…

Mereka berdua mempunyai personaliti yang amat menarik. Cukup menarik. Ina mempunyai iras Julia Rais manakala Aryani mempunyai wajah yang matang dan ketinggian yang menjadi idaman ramai gadis. Aryani cukup segala package sebagai gadis idaman teruna manakal Ina ramai yang tak nampak..mungkin wajah dia lebih keanak-anakan tapi bila aku perhatikan betul-betul INA lah sebenarnya yang paling menarik.Bila meningkat remaja barulah ramai yang perasan. Ina memang cantik. Sudah kahwinkah mereka berdua? Aryani mungkin tapi Ina aku tak pasti…mungkin kerana aku tahu latar belakang keluarga Ina yang tegas dalam menjaga pergaulan Ina.. Dulu aku takut kat mak Ina. Garang! Tapi aku tahu mak Ina sayang kat Ina…

Kami belajar di kelas yang sama kemana-mana pun sama. Macam belangkas! Namun kami bertiga amat berbeza cukup berbeza dari segi fizikal mahupun pencapaian akademik. Ya bukan untuk meninggi diri tapi dalam bidang akademik mahupun bidang sukan aku lebih menonjol dari mereka berdua..kenapa ya? Kerana aku amat berminat dengan kedua-dua bidang ini sedangkan mereka berdua Cuma ambil langkah sekadar tidak mahu ketinggalan. Tapi mereka mempunyai kelompok peminat yang ramai itu aku cemburu sesangat..Memang payah untuk aku kuburkan perasaan cemburu aku itu takut menggugat persahabatan kami sehinggalah suatu hari Ina meluahkan perasaan cemburunya pada aku..Pada segala kelebihan yang aku ada tentang peminat yang admire kat aku semuanya dia luahkan…hai aku ada peminat? Terkejut badak aku…! Ina kata aku matang Ina kata aku pandai membawa diri aku bebas buat keputusan dan aku kelihatan bagaikan ombak yang sentiasa memburu pantai. Dashyat macam tu sekali Ina tafsirkan diri aku?

Perlahan ku renung ke dalam diri ya aku akui aku lebih bebas dari Ina aku juga akui aku sentiasa aktif malah aku juga seorang yang peramah dan berani menerima risiko tapi aku terkureng sikit dari paras rupa dan ketinggian oleh sebab itulah aku berusaha keras untuk membina kenyakinan diri aku…pada aku kalau aku tak yakin pada diri sendiri aku sendiri yang rugi..aku patut bersyukur dengan kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri aku…
Ku pujuk Ina aku nyatakan antara kami memang berbeza dan PERBEZAAN itulah yang merapatkan hubungan kami. Kami saling lengkap melengkapi…Lega hati aku bila Ina bersetuju dengan kata-kataku itu..Tapi sayang persahabatan kami terputus begitu sahaja.
Andai ada antara kalian mengenali Ina tolonglah beritahu aku bahawa aku amat merinduinya..

Bagaimana dengan Aryani? Aku sebenarnya kecewa dengan sikapnya kecewa dengan sikapnya yang mudah berputus asa kerana merasakan dirinya kalah dengan keputusan SRP kami…Ah Ani kekecewaan kamu telah menjarakkan kita sehingga kini….Apapun aku harap kau bertemu sinar bahagia…Kau tetap dalam ingatan aku malah gambarmu masih dalam simpanan aku…Ingat tak Lagu ni dendangan kumpulan WOW – Engkau yang Satu..saat lagu ini pertama kali ke udara kau , ina dan aku di dalam bilikmu sama-sama study(kononnya) pada hari Sabtu…lagu ini kononnya untuk mereka yang meminat dirimu dan khas untuk secret admire aku…hem bila dikenang ada sendu di hati ini….Kalian aku mendoakan yang terbaik untuk kamu berdua..Salam Sayang dariku….
Terimalah lagu ini untuk kalian berdua yang segar dalam ingatanku!

Saatku rindu padamu
Seru ku seru namamu bertalu
Rimbunan rindu yang bertemu
Menjadi lembaran cintaku
Ku serah kepadamu

Bila ku sebut namamu
Damai di ruang hatiku ini
Ku seru namamu bertalu
Menjadi lembaran kasihku
Ku serah kepadamu

Engkaulah yang satu
(Engkaulah dewiku)
Mustika kalbuku
Kasih dan rinduku oh
Hanyalah padamu

Engkaulah kasihku
Tiada duanya
Biar jadi hamparan
Kasihku padamu
Tanpamu siapalah aku

Tanpa kalian berdua siapalah aku ini....miss both of u really i am!

Monday, September 13, 2004

Gelagat Hujung Minggu

Menanti kepulangan yang tersayang….

Hujung minggu – Dihabiskan dengan mengemas rumah

Siang :-

Bilik utama – Susun atur bilik di ubah dan dihias seperti kamar pengantin

Ruang tamu – Susun atur perabot dikemaskinikan agar ruang lebih luas dan teratur.

Dapur - Lantai dimop dan sampah dibuang.

2 bilik tambahan – Pakaian dan permainan si kecil ditelakkan setempat

2 bilik air – Dibersihkan sampai lantai berkilat dan berbau harum. Diletakan pewangi khusus agar sentiasa segar

Keseluruhannya aku berpuas hati harapan agar yang tersayang berpuashati dan terasa gembira balik ke rumah…

Malam :-

Pukul 8.00 mlm :- Bilik utama tidak berubah
Bilik tambahan pun tidak berubah TETAPI Akhirnya ruang tamu berubah….Muhammad Adam Muqrish menjalankan aktivitinya… Tunggang langgang semuanya…adoi….terasa penat sangat secara tiba2. Malas nak berleter biarkan sikecil dengan dunianya…

Pukul 10.00 mlm :- Dalam keasyikan menonton TV tiba-tiba Waaaaaaaaa Muqrish menangis…melihat darah banyak keluar dari mulut…ambil tisu mahu kesatkan tapi aku panik melihat darah sedangkan aku bukanlah jenis yang takut darah….mungkin kerana ianya anakku maka aku jadi panik. Tangan jadi menggeletar aku give up suruh Alang dia bersihkan darah…Sempat memerhati gigi tiada yang patah mungkin gusi terkena bucu tiub pureen lalu berdarah…tutup mata dan aku mengucap panjang .

Pukul 11.30 mlm :- Si kecil bergolek tido di sebelah aku di ruang tamu…tak boleh tido di bilik utama si kecil asyik melompat dan mengusik hiasan yang cantik. Sambil merenung si kecil aku mengutuk diri sendiri…nasib baik tak ada apa-apa kalu tidak menyesal aku nanti…lain kali tak akan biarkan si kecil bermain sendiri…TAPI td memang dpn mata aku Cuma terlindung dek sofa…tergelincir sebab terpijak bola kecilnya…nasib baik tiada apa-apa kalu tidak menjawab la aku ngan cik abang nanti…kanak-kanak tgh membesar memang nakal dan perlukan perhatian lebih…I will take it as a lesson! I WILL..!!!!!!!

Saturday, September 11, 2004

Maskot yang comel

Hem tgh berfikir nak tulis entri apa ari nih...ari nih ada perasmian sukan tiga penjuru antara Jabatan Perpustakaan Negara, Jabatan Arkib Negara dan Jabatan Muzium Negara.

Acara yang paling ku tunggu acara senamrobik...tungu punya tunggu terlepas gak...sebabnya ada lawatan dari Kolej MARA Banting dan Sek.Men Dato' Abdullah N9 dan jugak Sek Men Teknik Teluk Intan Ipoh..
Oleh kerana telah ditugaskan untuk memberi penerangan kepada mereka maka aku kenalah beri penerangan sampai terlepas acara yang ditunggu.

Masa perasmian tadi seme suka tgk 2 maskot TUPAI yang di datangkan khas oleh PNM. Hehehee maskot tuh staff Manuskrip nih....aiseh panas tul depa ckp...sian...berat keje maskot nih tapi org lain dok gelakkan kat depa ber2..sian...termasuk aku la . aku gelarkan depa Chip N Dale cam watak katun kat dlm Tv tuh...apa tak nye ari2 depa berdua mesti dok gaduh last2 kena jadik maskot suka la nyakat..
Nyesal lak tak bawak kamera sedangkan kodak yang ada kat umah tuh blm diabiskan lagi...he rugi sungguh...

Friday, September 10, 2004

FISHA IN LOVE dalam kenangan

Hem hari ini rasanya nak menyambung cerita yang terbengkalai sebelum ini…,

Pada tahun 1999 tanpa di duga aku berjaya menghubungi semula Abang S setelah perpisahan kami pada tahun 1997. Secara sengaja dan mengikut gerak hati aku mendail no telephone Abang S yang lama suara operator yang menjawab memberitahu no h/p Abang S yang terbaru.Lantas mencuba nasib aku hubungi no telephone yang baru itu dan ternyata mendengar sahaja suara yang menyambutnya aku tahu aku rindu tuan empunya suara itu…
Kali ini Abang S bukannya berada di selatan tanahair tapi berada di utara tanahair. Abang S rupa-rupanya menjalani latihan ketenteraan dan bakal ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera. Angkatan Tentera Udara pastinya. Aku tidak terkejut kerna ku tahu minatnya dalam bidang itu. Dan pada saat itu bermulalah kembali bertautnya hubungan kami yang terputus selama ini…Hem aku rasanya hidup kembali berisi kali ini takkan aku ulangi kesilapan buat kali kedua.
Setiap saat dan setiap minggu aku titipkan surat buat tatapan Abang S aku mahu Abang S tahu kali ini aku sudah cukup matang dan serius dengan hubungan kami. Tanpa pengetahuan Abang S aku telah panjangkan hubungan kami ini kepada pengetahuan ibuku. Menandakan bahawa sesungguhnya tiada yang lain di hati ini. Akhirnya tanggal 21/8/1999 kami bertemu di sini di ibu kota Kuala Lumpur. Kerana Abang S terlibat dengan pembarisan hari kemerdekaan. Seminggu itu amat manis bagi ku untuk dikenangkan. Layanan Abang S terhadap aku masih tak berubah…Masih mesra dan penuh perhatian seperti satu waktu dulu…Tanggal 31/8/1999 Abang S kembali semula ke utara tanahair untuk meneruskan latihannya yang masib berbaki. Dan pada perpisahan itu airmataku mengalir sedih kerna berpisah setelah seminggu kami berpeluang menghabiskan masa bersama-sama.
Selepas itu hubungan kami berpadu erat pada pendapat akulah masa itu sehinggalah pada suatu hari Abang S turun ke KL untuk bertemu denganku…aku telah kemukakan satu soalan yang rasanya memang biasa tapi membawa perubahan besar pada airmuka Abang S. Ketika itu kami berbual mengenai LIMA Langkawai yang Abang S pergi melihatnya dalam gambar yang di tunjukkan ada gambar pegawai wanita so aku bertanyakan soalan lebih kurang beginilah “Abang ngapa tak ajak Fir?” ni ada orang perempuan nih! Abang S tersentak dan menyatakan “Ala kebetulan je tu kami semua lelaki” Aku tak mengambil kira perubahan itu sedangkan apabila kami berpisah baru aku tahu ketika itu ada seseorang yang lebih istimewa dariku menemaninya…!Betulkan Abang S!
Hem pada masa aku bercerita mengenai mimpiku sehari sebelum aku bertemunya. Dalam mimpi tersebut aku bermimpi Abang S meminta maaf padaku kerna dia sudah ada yang punya sambil memegang erat tangan seorang gadis yang tidak dapat kulihat wajahnya dengan jelas dalam mimpi itu. Dalam mimpi aku juga Abang S menyebut nama gadis itu ialah INA. Bila ku ceritakan mimpi ini pada Abang S sambil gelak dia kata itu mainan tido…Abang S , itu bukan mainan tido itu adalah klu kepada aku bahawa memang sidia pilihanmu bukan aku. Buktinya isterimu kini bernama INA kan!
Tuhan itu Maha Adil dan Penyayang dalam kegairahan aku menyampaikan salam kasih padamu melalui salam untuk yang tersayang rancangan Radio ERA secara kebetulan INA mu mendengarnya di radio pada masa yang sama…aku tak tahu situasi itu sehingga 1 minggu berlalu kau menephoneku menayakan kepadaku benarkah aku menuju lagu padamu…?Ku ingatkan kau mendengarnya rupa-rupanya INA yang dengar dan aku pasti kau telah dipaksa untuk memilih antara dua dan pilihanmu adalah INA kerna selepas itu tidak ku dengar lagi khabar berita darimu sedangkan sebelum bulan puasa bermula pada tahun 2000 kau mengirim warkah padaku..Warkah itu cukup romantis seperti biasa dengan lukisan gambar kita berpegangan tangan. Namamu dan namaku digandingan. Aku sangat gembira ketika itu tapi tak tersangka rupa-rupanya itulah warkah dan khabar terakhir darimu…Aku tertanya-tanya mengapakah kau tidak mengirimkan kad raya kepadaku…tapi akhirnya aku terima itupun melalui alamat rumah sewaku yang lama dengan nama singkatanku sahaja. Kad itu begitu simple bukan kad untuk kekasih hati…Aku tertanya-tanya mengapa kau sunyi sepi tanpa mengirim atau menelephone aku…Akhirnya setelah sekian lama tertanya-tanya aku dapat berita kau telahpun bertunang. Hancur hati aku….walaupun ketika itu aku di pejabat tapi aku tidak dapat menahan airmata dari mengalir…sampai hati kau…kau bertunang dengan INA tanpa sebarang penjelasan untukku…bukankah senang kau berterus – terang denganku dulu semasa ku khabarkan cerita mimpiku…? Bukankah aku ini jenis yang boleh menerima..tapi aku tak mampu menahan rasa hati apabila kau menyepi begitu…
Sehingga kini aku tertanya-tanya ngapa kau tidak berterus terang padaku situasi yang sebenarnya? Mengapa harus aku tahu berita itu dari insan lain? Mengapa Abang S?
Tidakkah kau tahu aku insan yang dapat menghadapi perpisahan kiranya kau pinta dengan cara yang berhemah bukannya dengan cara berdiam diri…Apakah kau tidak mahu hatiku terluka atau kau mahu membalas perbuatanku meninggalkanmu dulu?
Apapun aku bersyukur berpisah denganmu menemukan aku dengan Cinta Sejati…Apapun terima kasih kerna pernah hadir dalam hidupku…ketahuilah aku tidak pernah berdendam denganmu malah berterima kasih atas layananmu terhadapku dahulu…Hingga kini tali persahabatan antara kau dan aku amat aku hargai kerna kau pernah singgah di hati…Oh ya Warkah terakhir itu masih dalam simpananku juga gambar familymu ketika sambutan hariraya…izinkan aku menyimpannya sebagai kenangan manisku…Usah bimbang suami ku mengizinkan aku menyimpannya kerna dia tahu dirimu hanya masa silamku dan aku hanya milik dia kini dan selamanya Insya Allah!!

Thursday, September 09, 2004

Akan ku sahut cabaran ini....

Hem memegang amanah adalah satu tanggungjawab kita semua.
Lahir ke dunia ini telah tersedia amanah sebagai Khalifah Allah di muka bumi.
Menjadi pekerja untuk mencari rezeki sebagai bekalan hidup di dunia pun adalah amanah..
Amanah yang diibaratkan oleh agama kita sebagai ibadat. Tapi amanah ini semakin hari semakin berat ku rasakan…apatah lagi pekerjaanku ini masih baru bagiku walau bidang ini sudah sebati dengan ku sejak sekian lama…
Menjadi orang kepercayaan bermakna kita harus sentiasa kelihatan sempurna di mata semua…Itu yang tak mampu aku lakukan…Aku tahu Allah apabila sayangkan kita pasti ada dugaan untuk diri kita tapi ah…susah nak cakap…aku pujuk diri …untuk menjadi yang terbaik adalah satu cabaran yang harus aku pikul walaupun sekiranya aku dapat mencapai tahap yang diharapkan oleh mereka pasti akan ada cemuhan mengiringi kejayaan…hati manusia tak sama...
Akan ku anggap itu sebagai cabaran…
Aku harus kuat… sebagaimana kata temanku… carilah kedamaian di celah-celahnya….ye akan ku tabahkan dan ku buktikan aku boleh…walaupun tidak sempurna harapanku menyamai tahap sempurna itupun sudah cukup bagiku…I will Insya Allah!!!!

Wednesday, September 08, 2004

8/9/2001 Hari indah di dalam kenanganku...

Sejak dua menjak ni hatiku ceria je...sangat ceria...di sekeliling aku terdapat mereka yang menceriakan aku....yang membuat aku sentiasa tersenyum apabila mengingati mereka...buat teman2 ku ini jutaan terima kasih aku ucapkan kerna sedikit sebanyak ianya telah meredakan kerinduanku terhadap yang tersayang kalu tidak aku percaya setiap malam aku akan berendam ngan airmata....rindu sesangat tapi tak mengapa masa utk berjumpa semula is just around the corner....

hari ni 3 tahun yang lepas merupakan majlis bertandang ke umah pengantin lelaki (my hubby house) kat perak so hari ni means ari ulangtahun kedua utk umah pengantin...hehehe masa tuh fresh lagik baru 1 minggu sekarang dah 3 tahun tapi maintain la....romantik masih romantik...

Tuesday, September 07, 2004

Resah gelisah

Hem hati ini gelisah sangat
Resah sangat..
Tak mahu menyelami dasar hati ini

Biarlah keresahan dan kegelisahan ini berlalu
sebagaimana masa berlalu...
mudah-mudahan ia surut dan tenang seperti sebelumnya...

Inikah diriku?

Tadi gi kat AKMA buat kuiz yang ada kat situ dan ini jawapan kuiz tu...pikir punya pikir ye ke tu personaliti aku...? muskyil....banyak ni...

Green

You are a very calm and contemplative person. Others are drawn to your peaceful, nurturing nature.

Find out your color at Quiz Me!

Monday, September 06, 2004

Zalimkah aku...?

Okay sambungan cerita hari tu...

Setelah pelbagai rintangan kami lalui sepanjang 1 1/2 tahun berkasih suatu hari aku telah bertekad untuk memutuskan perhubungan kami....
dengan selamba aku menelephone abang S untuk memberitahu keputusan aku itu ingatkan aku tabah tapi luruh jua airmata aku mendengar permintaan abang S agar memberitahu dia sebab munasabab aku ingin memutuskan hubungan kami....mendengar suaranya dan tangisannya aku gagal mengawal perasaan...aku cuma memberi alasan yang cukup tak munasabah iaitu aku tak mahu dia kecewa...andai ditakdirkan suatu hari nanti aku curang....

Abang S di sini ingin aku katakan bahawa sebenarnya ketika itu aku memutuskan perhubungan kita kerana aku tidak mampu untuk menumpukan perhatianku terhadap pelajaran kerana aku terlalu merinduimu....amat sangat!!!! sampai ianya menjejaskan pelajaranku dan aku memutuskan agar perhubungan kita tamat seberapa segera demi memastikan pelajaran aku tidak kecundang di tengah jalan...kejamkah aku abang S?
Tahukah engkau ketika itu lagu UK'S bertajuk Kekasihku Di Menara bagaikan mengejekku dan aku sebenarnya bodoh kerana tidak berterus-terang dengan kau ketika itu...apapun ingin ku nyatakan di sini bahawa perpisahan kita bukanlah disebabkan orang ke 3...bukan tidak sama sekali...Setelah perpisahan kita sebenarnya aku amat sengsara sekali....tapi aku harus kuat kerna ianya sudah berlaku dan kehendakku jua...aku pentingkan diri sendirikah ketika itu abang S? Aku kecewakan dirimu .....Maafkan aku....

Abang S pertemuan kita di ibu kota tahun 2000 amat menggembirakan hati ini setelah sekian lama terpisah kita bertemu kembali....dan paling menggembirakan hati ini ialah perhubungan yang terputus dulu kini bersambung kembali...Aku amat gembira kerana kau menerima diri ini kembali tapi silapku kerna tak bertanya adakah kau memaafkan diri ini kerna akhirnya aku kau tinggalkan pula tapi kau lebih kejam kerna pergi tanpa pesan...Apapun sebelum perpisahan kali kedua banyak peristiwa manis yang kau tinggalkan untuk ku...Akan ku coretkan kenangan itu sebelum tirai cerita dilabuhkan. Harapanku setelah cerita ini ku tamatkan segala penjelasan dan keraguan yang timbul dan masih memerlukan jawapan terjawap sudah...

Akan ku sambung cerita ini dengan cerita perkasihan kita kali ke2 yang mana ianya lebih menyeksakan hati dan perasaanku kerana di sinilah hadirnya insan ketiga bukan di pihakku tapi di pihakmu dan yang paling memeritkan akulah insan ke3 itu....!Dan aku menuntut penjelasan darimu untuk kesekian kalinya Abang S.!

Sikecilku yang tersayang

Hujung minggu dimanfaatkan dgn menumpukan sepenuh perhatian terhadap anak kesayangku Muhammad Adam Muqrish. Sungguh gembira si kecil dengan perhatian yang aku berikan…Semalam aku belek album perkahwinan sikecil yang duduk diribaan terus mencium gambar abahnya….wah tergambar kerinduan sikecil ku…walau tidak pandai berkata-kata tapi melalui perbuatannya itu kufahami kerinduannya terhadap abah. Sabarlah sayang minggu depan Abah balik….

Untuk tidak menyahdukan lagi sikecil aku bukak langkah silat yang simple dan sudah ku duga dengan riang dia mengikut rentak pencak silatku….hem bagus dalam hati aku mengagumi kepantasan minda anakku yang mengingati langkah-langkah simple yang aku tunjukan. Semuanya diingat dan boleh ditunjukkan semula…Macam inilah hero ibu….Boleh jadi bodyguard ibu..aku tersenyum bangga dengan kebolehan anak kecilku. Upah sikecil sudah pasti pelukan kasih sayang dari seorang ibu….meleret je senyuman sikecil.

Aku pasti anakku meminati seni mempertahankan diri dan aku akan berbincang dgn yang tersayang untuk menghantarnya ke kelas seni pertahanan diri tapi biarlah dia besar sikit agar lagi mudah untuk mendisplinnya…anakku semoga kau jadi insan yang berguna

Friday, September 03, 2004

Pagi jumaat yang ceria

Hem masih belum ada kekuatan untuk menyambung cerita yang terbengkai cuma pagi ini asyik tersenyum mengingatkan ada 3 sahabat ku yang melucukan dengan gelagat masing-masing. Malas nak mention nama cuma smlm berbalas sms dgn 2 org tu yang sorang lagi by phone.... dalam pada kenakan orang terkena jugak batang hidung sendiri...
apapun yang pasti mengingati hari smlm cukup membuat aku ceria sepanjang pagi ini Insya Allah.Mereka telah membuat diriku ceria jadi tanggungjawab sebagai rakan telah dijalankan dengan baik...yelah tengah merindu yang jauh ada yang cuba menghiburkan hati ini...terima kasih atas perhatian yang diberi..

Muqrish semalam manja sangat....sebab ibu dia asyik senyum dia pun ambil kesempatan bermanja selama ini dia lebih suka buat hal sendiri seperti menulis dan berkungfu dgn patung spiderman dia.. :) hem esok cuti 2 hari bolehlah ibu tumpukan sepenuh perhatian pada acuk ye...
sayang anak ibu...

Thursday, September 02, 2004

Satu Persoalan di Mindaku

Hem sebenarnya hari ni penat sangat tak ada mood nak sambung cerita smlm cuma nak tangan ni taip something yang ada on my mind time ni...yang difikirkan sangat ini adalah persoalan haruslah tali persahabatan iaitu silaturrahim dijalinkan dengan bekas kekasih atau teman lelaki yang terdahulu....?sebab ikhlas di hati kita membina tali ukhwah tapi kenakah di mata orang?apatah lagi kalu keduanya sudah dipunyai...fahamkah pasangan masing2? pasti timbul curiga apatah lagi sekiranya terselit gurau senda memesrakan keadaan...

Sukar untuk diterangkan perasaan dulu sudah lama berkubur ...sukar juga untuk memahamkan tiada jodoh tidak semestinya menjadi musuh...mengapakah hati manusia sentiasa diamuk curiga...? sukarkah memahamkan persahabatan itu tidak ternilai...? Bagi temanku kisah lama antara kita memang cukup indah untuk dikenang tapi bukanlah niat di hati untuk membuka dan memulakannya kembali hargailah tali persahabatan yang aku hulurkan ini rasanya kita memang lebih serasi bergelar sahabat dari pasangan hidup...! Kau pun tahu sikap ku ini ceria tanpa dendam di hati bukankah kita sudah memahami antara satu sama lain..Ku kira penjelasan ini mampu menjernihkan kekusutan dan kekeliruan yang sedang kau alami...

Maaf andai coretanku menyebabkan kau serba salah apapun yang pasti tiada niat di hati mengganggu sesiapa cuma sekadar renungan dan pedoman juga inginku abadikan kisah ini di sini sebagai tanda kenangan antara kita semua...andai di takdirkan jodoh ada dikalangan keturunan kita nanti semoga tiada dendam hadir diantaranya...

Wednesday, September 01, 2004

Memori Cinta Remaja

Meninggalkan bangku persekolahan aku mencuba nasib di rantau orang..negeri yang dituju Johor Darul Takzim. Di sinilah aku mengenal cinta remajaku yang pertama..amat manis dan pahit juga untuk dikenang…aku mengenal erti kebahagiaan tapi aku juga telah mengajar diri menjadi manusia yang zalim menghancurkan harapan seorang insan yang begitu baik denganku…Abang S aku kenali ketika sama2 mencari rezeki di sebuah kilang di Senai Johor. Ketika itu aku menunggu panggilan ke IPTA manakala Abang S baru saja grad dari ITM Dungun. Perkenalan kami hanyalah secara kebetulan waktu itu rumah yang menjadi asrama kami bersebelahan sahaja…3 minggu kami berkasihan semuanya begitu indah dan amat membahagiakan aku..mempunyai insan yang memahami dan menyayangi malah melindungi ketika berjauhan dari keluarga sesuatu yang amat meruntun perasaan aku namun perpisahan datang melanda secara tidak aku duga…

Ibuku dan keluarga datang mengambil ku di kilang tanpa pamitan…semata-mata kerna aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dan masanya begitu suntuk untuk aku membuat persediaan…aku langsung tidak berkesempatan menemui Abang S untuk meninggalkan pesan Cuma aku sempat meninggalkan pesan pada Housemate aku yang ada di rumah ketika itu…Abang S pada mulanya tidak percaya akan khabar yang disampaikan tapi ketiadaanku menyiakan semuanya…aku tidak tahu apa yang ada di hatinya tapi aku sepanjang perjalanan itu dari Johor ke Pahang sangat sedih dengan perpisahan itu…airmata aku tidak henti-henti mengalir. Pilu sungguh hati aku ketika itu..yelah cinta baru berputik sudah berpisah…keluargaku tidak berani menegur dibiarkan aku melayan perasaan sayu sepanjang perjalanan itu…

Aku melanjutkan pelajaranku di Kolej MARA sebagai persediaan ke luar negara… sepanjang 1 tahun setengah aku berjauhan dengan Abang S hubungan kami berjalan dengan lancar. Kekadang aku turun JB kekadang Abang S turun KL. Tapi yang pasti talian telephone sentiasa menghubung hati kami…aku begitu sayangkan Abang S ketika itu apatah lagi semasa sambutan hari Aidil Adha yang kami sambut di rumah kakaknya di KL. Hadiah hari raya yang diberikan kepadaku amat meruntun perasaan ini…hadiahnya? Hadiahnya hanyalah satu kaset yang merakamkan luahan hatinya dan juga perbualan kami sepanjang berdating…. Pertama kali mendengar kaset itu airmata aku mengalir terasa betapa diri ini amat dikasihi oleh Abang S. Katan pertamanya “ Fir abang tujukan lagu ini khas untuk Fir semoga Fir sentiasa mekar di hati abang selamanya” dan lagunya ialah lagu dendangan kumpulan MAY liriknya “ Kau umpama bunga yang mekar di hatiku…..” syahdukan…tapi mengapa kasih kami tidak berpanjangan…?kerana aku telah menjadi manusia yang zalim pada percintaan kami ketika itu…kisahnya…? Esok la ye…

Hari Ulangtahun Perkahwinanku

Semalam 31 Ogos 2004 adalah merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 3.
Rasanya bagaikan baru semalam kami disatukan denga lafaz ijab dan kabul..walaupun tahun ini kami berjauhan namun panggilan telephone dari yang tersayang tetap menyelitkan perasaan bahagia di hati...ku berdoa semoga ikatan perkahwinan ini dan ikatan kasih sayang antara kami berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat kami berdua...insya Allah...
secebis titipan kasih buatmu...

Abang,
Terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya..aku jua amat mencintaimu tiada insan lain yang bertahta di hati ini walaupun kau bukan yang pertama namun kau adalah yang terakhir dan paling abadi di hati ini sayang.....cinta dan kasihku adalah yang sejati untukmu...kasih dan pengorbanan mu selama ini amat aku hargai aku amat bertuah kerana aku adalah yang pertama untukmu harapanku agar aku jua yang terakhir di hatimu ....


Abang...,

Takdir illahi tak terduga olehku...perkenalan kita yang sesingkat cuma telah menjadi ikatan yang berpanjang. harapan ku impian kita bersama bersatu selamanya...cinta abadi kita ini akan kita bersama pertahankannya..Walaupun badai yang menimpa ku harapkan agar segalanya dapat diatasi dengan penuh keimanan dan kewarasan hati dan akal fikiran...kebahagian yang kau hadiahkan kepadaku akan ku pertahankan agar berkekalan keakhirnya sayang...kematanganmu memang aku kagumi....tiada lain dihati selain dirimu insan yang ku cintai setulus hati....abang Ku mencintaimu.....sebagaimana kau mencintaiku seikhlasnya...

TERIMA KASIH SAYANG!!!!KASIH KITA KASIH ABADI...