my passion

my passion

Friday, September 10, 2004

FISHA IN LOVE dalam kenangan

Hem hari ini rasanya nak menyambung cerita yang terbengkalai sebelum ini…,

Pada tahun 1999 tanpa di duga aku berjaya menghubungi semula Abang S setelah perpisahan kami pada tahun 1997. Secara sengaja dan mengikut gerak hati aku mendail no telephone Abang S yang lama suara operator yang menjawab memberitahu no h/p Abang S yang terbaru.Lantas mencuba nasib aku hubungi no telephone yang baru itu dan ternyata mendengar sahaja suara yang menyambutnya aku tahu aku rindu tuan empunya suara itu…
Kali ini Abang S bukannya berada di selatan tanahair tapi berada di utara tanahair. Abang S rupa-rupanya menjalani latihan ketenteraan dan bakal ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera. Angkatan Tentera Udara pastinya. Aku tidak terkejut kerna ku tahu minatnya dalam bidang itu. Dan pada saat itu bermulalah kembali bertautnya hubungan kami yang terputus selama ini…Hem aku rasanya hidup kembali berisi kali ini takkan aku ulangi kesilapan buat kali kedua.
Setiap saat dan setiap minggu aku titipkan surat buat tatapan Abang S aku mahu Abang S tahu kali ini aku sudah cukup matang dan serius dengan hubungan kami. Tanpa pengetahuan Abang S aku telah panjangkan hubungan kami ini kepada pengetahuan ibuku. Menandakan bahawa sesungguhnya tiada yang lain di hati ini. Akhirnya tanggal 21/8/1999 kami bertemu di sini di ibu kota Kuala Lumpur. Kerana Abang S terlibat dengan pembarisan hari kemerdekaan. Seminggu itu amat manis bagi ku untuk dikenangkan. Layanan Abang S terhadap aku masih tak berubah…Masih mesra dan penuh perhatian seperti satu waktu dulu…Tanggal 31/8/1999 Abang S kembali semula ke utara tanahair untuk meneruskan latihannya yang masib berbaki. Dan pada perpisahan itu airmataku mengalir sedih kerna berpisah setelah seminggu kami berpeluang menghabiskan masa bersama-sama.
Selepas itu hubungan kami berpadu erat pada pendapat akulah masa itu sehinggalah pada suatu hari Abang S turun ke KL untuk bertemu denganku…aku telah kemukakan satu soalan yang rasanya memang biasa tapi membawa perubahan besar pada airmuka Abang S. Ketika itu kami berbual mengenai LIMA Langkawai yang Abang S pergi melihatnya dalam gambar yang di tunjukkan ada gambar pegawai wanita so aku bertanyakan soalan lebih kurang beginilah “Abang ngapa tak ajak Fir?” ni ada orang perempuan nih! Abang S tersentak dan menyatakan “Ala kebetulan je tu kami semua lelaki” Aku tak mengambil kira perubahan itu sedangkan apabila kami berpisah baru aku tahu ketika itu ada seseorang yang lebih istimewa dariku menemaninya…!Betulkan Abang S!
Hem pada masa aku bercerita mengenai mimpiku sehari sebelum aku bertemunya. Dalam mimpi tersebut aku bermimpi Abang S meminta maaf padaku kerna dia sudah ada yang punya sambil memegang erat tangan seorang gadis yang tidak dapat kulihat wajahnya dengan jelas dalam mimpi itu. Dalam mimpi aku juga Abang S menyebut nama gadis itu ialah INA. Bila ku ceritakan mimpi ini pada Abang S sambil gelak dia kata itu mainan tido…Abang S , itu bukan mainan tido itu adalah klu kepada aku bahawa memang sidia pilihanmu bukan aku. Buktinya isterimu kini bernama INA kan!
Tuhan itu Maha Adil dan Penyayang dalam kegairahan aku menyampaikan salam kasih padamu melalui salam untuk yang tersayang rancangan Radio ERA secara kebetulan INA mu mendengarnya di radio pada masa yang sama…aku tak tahu situasi itu sehingga 1 minggu berlalu kau menephoneku menayakan kepadaku benarkah aku menuju lagu padamu…?Ku ingatkan kau mendengarnya rupa-rupanya INA yang dengar dan aku pasti kau telah dipaksa untuk memilih antara dua dan pilihanmu adalah INA kerna selepas itu tidak ku dengar lagi khabar berita darimu sedangkan sebelum bulan puasa bermula pada tahun 2000 kau mengirim warkah padaku..Warkah itu cukup romantis seperti biasa dengan lukisan gambar kita berpegangan tangan. Namamu dan namaku digandingan. Aku sangat gembira ketika itu tapi tak tersangka rupa-rupanya itulah warkah dan khabar terakhir darimu…Aku tertanya-tanya mengapakah kau tidak mengirimkan kad raya kepadaku…tapi akhirnya aku terima itupun melalui alamat rumah sewaku yang lama dengan nama singkatanku sahaja. Kad itu begitu simple bukan kad untuk kekasih hati…Aku tertanya-tanya mengapa kau sunyi sepi tanpa mengirim atau menelephone aku…Akhirnya setelah sekian lama tertanya-tanya aku dapat berita kau telahpun bertunang. Hancur hati aku….walaupun ketika itu aku di pejabat tapi aku tidak dapat menahan airmata dari mengalir…sampai hati kau…kau bertunang dengan INA tanpa sebarang penjelasan untukku…bukankah senang kau berterus – terang denganku dulu semasa ku khabarkan cerita mimpiku…? Bukankah aku ini jenis yang boleh menerima..tapi aku tak mampu menahan rasa hati apabila kau menyepi begitu…
Sehingga kini aku tertanya-tanya ngapa kau tidak berterus terang padaku situasi yang sebenarnya? Mengapa harus aku tahu berita itu dari insan lain? Mengapa Abang S?
Tidakkah kau tahu aku insan yang dapat menghadapi perpisahan kiranya kau pinta dengan cara yang berhemah bukannya dengan cara berdiam diri…Apakah kau tidak mahu hatiku terluka atau kau mahu membalas perbuatanku meninggalkanmu dulu?
Apapun aku bersyukur berpisah denganmu menemukan aku dengan Cinta Sejati…Apapun terima kasih kerna pernah hadir dalam hidupku…ketahuilah aku tidak pernah berdendam denganmu malah berterima kasih atas layananmu terhadapku dahulu…Hingga kini tali persahabatan antara kau dan aku amat aku hargai kerna kau pernah singgah di hati…Oh ya Warkah terakhir itu masih dalam simpananku juga gambar familymu ketika sambutan hariraya…izinkan aku menyimpannya sebagai kenangan manisku…Usah bimbang suami ku mengizinkan aku menyimpannya kerna dia tahu dirimu hanya masa silamku dan aku hanya milik dia kini dan selamanya Insya Allah!!

No comments: