my passion

my passion

Thursday, October 14, 2004

Ramadhan Tiba Lagi

Rasa2nya kat seme blog yang aku pegi tadi semenye mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan...hem meriah sungguh rasanya.
Syukur kerana masih diizinkan Ilahi untuk bernafas lagi di bumi ini dan seterusnya meraikan bulan yang mulia ini...buat menambah bekal ke akhirat sana.

Semoga usia kami sekeluarga berserta mereka yang aku sayangi dipanjangkan olehNya..AMIN...

Kursus yang dihadiri telahpun tamat ilmu yang aku dapat amatlah berguna kini tahulah aku bagaimana mahu membuat kartun animasi dan juga presentation yang canggih....best betul!!!!

Semasa aku ke tempat kerja tadi di jln genting kelang kat setapak berhampiran balai polis setapak jugak deretan rumah kedai kat situ ada kemalangan berlaku...sebuah bas terbabas melanggar tiang elektrik dan memasuki lorong yang menghala ke arah gombak dan setapak serta wangsa maju....malah bas tersebut juga melanggar kereta wira...malang sungguh nasib mereka pagi ini..
laju sangatkah bas itu...?terlihat kenderaan anggota Jabatan Pertahanan Awam tidak dapat lalu sebab sesak teruk sampai terpaksa anggotanya turun mengarahkan kereta2 dihadapan naik ke atas bahu jalan....utk memberi ruang kepada kenderaan JPA lalu...hem selfish sungguh pemandu2 itu...

No comments: