my passion

my passion

Tuesday, October 19, 2004

Menu berbuka

Hem semenjak hari pertama berpuasa sampailah sekarang ni belum lagi kamu sekeluarga berbuka dengan lauk tunjuk-tunjuk...aku masih sempat memasak di umah..Entah la tahun ini aku begitu ghairah untuk memasak.Terasa begitu puas melihat masakan yang dimasak dihabiskan. Berbaloi rasanya...Dan secara tidak langsung ini menyebabkan aku semakin maju dalam bidang memasak ni...al-maklumlah aku nih tak pernah memasak semasa bujang dulu...hehehe...
Tengoklah kalau boleh aku nak memasak sampai ke akhir Ramadhan...Insya Allah...Menu yang aku masak biasanya bersangkut paut bahannya antara satu sama lain...Untuk menjimatkan belanja. Tapi aku pastikan ianya berlainan cara agar tiada riak bosan di wajah insan tersayang...
Adik Ipar cakap blh jadi chef ni sebab mencipta menu sendiri...ye ke...?Mudah-mudahan..

No comments: