hem tgh enak mencuci pinggan...
prang...bunyi pinggan pecah dibelakangku..
ku toleh rupanya sikecilku mahu memasukkan pinggan sup yang kotor ke dalam sinki...
tapi tangannya yang licin menyebabkan pinggan yang dipegang terlepas..
mulanya mahu marah tapi bila memandang wajahnya...
ah apalah yang sikecilku tahu..
dalam umur baru 18 bulan niatnya cuma satu nak menolong ibu...
ku raih sikecilku ku bawa ke ruang tamu...
sisa kaca yang bertaburan ku bersihkan...
bimbang.takut yang tersayang terpijak..
ku cium sikecil tanda menghargai pertolongannya...
moga niatnya mahu menolong ibu sampai ke dewasa..
sebenarnya ini bukan kali pertama..
ketika sikecil berumur 6 bulan habis satu rak pinggan tumbang
diangkat sikecil kerana mahu ambil cawan minum air...
Alhamdulillah tiada kaca yang mengenainya..sikapnya yang berdikari kadang-kala menakutkan aku...dalam berpada kadang-kala terkena jua...
Muhammad Adam Muqrish....ibu bangga kerna mempunyai anak sepertimu..
No comments:
Post a Comment