hujung minggu dihabiskan dengan melayan karenah sikecil yang nampaknya suka sangat semua kehendaknya dilayan.
Al-maklumlah ibu memang tiada masa untuk melayan apabila balik dari kerja.Hari Ahad jalan2 ke Jusco Wangsa Maju.Sengaja aku lepaskan dia berjalan seorang diri kemana sahaja..
Hem apa lagi habis semuanya diusik dan disentuh.Aku tidak melarangnya..memang aku sengaja memberi sepenuh kebebasan kepada dirinya untuk melakukan apa sahaja...biar hatinya puas..
Ku perhatikan ramai yang memberi perhatian kepada anakku...yelah sikecil yang begitu berani menyapa dan bermurah hati memberi senyuman kepada sesiapa sahaja...
Pengarang hati ibu semoga kau akan disenangi oleh sesiapa sahaja bila dewasa kelak..Insya Allah..
No comments:
Post a Comment