tgh malam muqrish menangis...ku biarkan 5 minit namun tangisannya makin yaring...aduh tercabar kesabaran...ku dukung dan ku bawa ketingkap sekejap sahaja tangisannya berhenti.lalu kubawa pula ke ruang tamu , ku masukkannya ke dalam buaian agar dia tertidur namun semua itu tidak berhasil...ah mengakah sayangku muqrish..?
apakah yang menggganggu tidurmu...?
puas ku berfikir mungkin selsemamu mengganggu tidur lalu kau berasa tidak selesa dan melepaskan amarahmu di tgh malam begini...?
aku mencapai vick lalu kusapu keseluruh dada depan dan belakangmu...sekitar hidung jua ditekak mu agar keselesaan mengusai dirimu sayang..
masih tidak berhasil...akhirnya aku bersusah payah membancuh susu untukmu ku bawa ke dlm kamar dan memberikannya kepadamu.dengan tenang kau menghisapnya dan ianya ternyata berhasil meredakan tangisanmu mungkin kerana susu kubancuh sedikit panas agar melegakan bahagian dalaman mu itu..
kau akhirnya tidur dengan rengekan tapi agak perlahan mungkin perasaan selesa sudah menyelimutimu...lega akhirnya aku...akhirnya ibumu berjaya juga mengawal kesabaran dan melayanmu penuh prihatin..terima kasih sayang kerana menyedarkan ibu akan tanggungjawab ibu ketika abahmu jauh diperantauan.ketika bangun pagi tadi kurasakan suhu badanmu agak tinggi..ah mungkinkah kau demam sayang? demam rindu pada abahmu..?Tuhan...ujianmu sudah bermula..!
1 comment:
Lan:
salam!salam!kesian le baca. kena jaga anak sorang-sorang!takpe, dugaan...tima kasih melawat blog Lan. salam perkenalan..
http://lan2003.blogspot.com
Post a Comment