my passion

my passion

Saturday, July 31, 2004


with muqrish Posted by Hello

Hari ke18

hari ni dressing cam ala-ala Wardina gitu...masa gi keje tadi dalam kontrol comel gitu ada jugak perangai yang spoil kan imej Wardina aku...apa tak ye seberang jalan mengalahkan Azmi bukan pecut 100M dah tapi lebih dari itu. hehehe nak jaga keselamatam diri katakan...tapi jalan lengang je...camne tu...?

Friday, July 30, 2004

Hari ke17

Semalam migrainku menyerang lagi. Balik keje mahu rehatkan tubuh tapi sikecil minta perhatian...ku gagahi diri ini. Ku tidurkan dirinya sebentar dan ku ambil kesempatan ini mecuci pakaian yang kotor. selesai aku merehatkan diri and then muqrish bangun...mintak dilayan la..merajuk sebab ambil dia dari umah pengasuh...lain sikit budak ni kalau dah berkawan tak kisahla balik umah ke idak...
then ija balik..suruh dia layan muqrish aku nak tido sakit dah tak tertahan tapi muqrish...ibu dia jugak yang dia nak...manja tul sejak abah dia tak ada ni...hem anak....
bawak muqrish masuk bilik then bagi dia puting serta bantal bucuk dia suruh tido marah la dia...aku ambik hp bawah katil bersekali ngan majalah pa&ma..nampak buku nak baca la pulak sikenit ni...disuruh aku baca sekali...ish budak ni kepala ni dah berdenyut sangat ...aku tinggungkan kepala kat peha dia....kena marah pulak..dia nak aku angkat kepala anggukan aje...aku pun angguk sampai terlena..sedar2 si kecil dah memeluk aku ibunya...sian pulak sebab tak layan dia...tapi moga dia faham..
ku bangun..ku tutup lampu...ku kucup kening dan pip...duhai anak moga kau menjadi anak yang soleh...Amin!

Thursday, July 29, 2004

Hari Ke16

tgh malam muqrish menangis...ku biarkan 5 minit namun tangisannya makin yaring...aduh tercabar kesabaran...ku dukung dan ku bawa ketingkap sekejap sahaja tangisannya berhenti.lalu kubawa pula ke ruang tamu , ku masukkannya ke dalam buaian agar dia tertidur namun semua itu tidak berhasil...ah mengakah sayangku muqrish..?
apakah yang menggganggu tidurmu...?
puas ku berfikir mungkin selsemamu mengganggu tidur lalu kau berasa tidak selesa dan melepaskan amarahmu di tgh malam begini...?
aku mencapai vick lalu kusapu keseluruh dada depan dan belakangmu...sekitar hidung jua ditekak mu agar keselesaan mengusai dirimu sayang..
masih tidak berhasil...akhirnya aku bersusah payah membancuh susu untukmu ku bawa ke dlm kamar dan memberikannya kepadamu.dengan tenang kau menghisapnya dan ianya ternyata berhasil meredakan tangisanmu mungkin kerana susu kubancuh sedikit panas agar melegakan bahagian dalaman mu itu..
kau akhirnya tidur dengan rengekan tapi agak perlahan mungkin perasaan selesa sudah menyelimutimu...lega akhirnya aku...akhirnya ibumu berjaya juga mengawal kesabaran dan melayanmu penuh prihatin..terima kasih sayang kerana menyedarkan ibu akan tanggungjawab ibu ketika abahmu jauh diperantauan.ketika bangun pagi tadi kurasakan suhu badanmu agak tinggi..ah mungkinkah kau demam sayang? demam rindu pada abahmu..?Tuhan...ujianmu sudah bermula..!

Wednesday, July 28, 2004

Hari ke15

Kawan YM mintak tolong...tolong atau tak tolong...?
tolong ka risiko ambik je...
baby dpt kawan jugak...bukan lama 1 bln je..
boleh la...abang sori tak dpt contact la..

Tuesday, July 27, 2004

Hari ke14

Sblm tidur Muqrish buat perangai...Mengamuk tak mahu tido sedangkan hari sudah lewat malam..ini kerana ija masih belum tido.bengang jugak aku kat ija aku peluk kuat-kuat Muqrish. Apalagi menjerit la si kenit tu.Then bila aku dah hilang sabar aku kuatkan suara aku lebih kurang begini "Muqrish ngapa ni...? Ibu nak tido..janganlah buat ibu camni...Abah dah la jauh...!" sampai je ayat itu airmata aku begitu laju turun membasahi pipi....aduhai hati...rindunya pada yang tersayang...Bila melihat aku mengangis Muqrish terus berhenti mengamuk dan memeluk aku...faham agaknya ibunya tgh bersedih...terkebil-kebil mata dia...gelihati gak tapi sisa merajuk pada diri aku masih ada so aku buat dono je kat Muqrish...
sian baby lastly aku cium pipi dia...biasanya ibu merajuk ngan abah kini ibu merajuk kat baby pulak..but then pandai pulak baby ibu memujuk...dipeluknya aku sampai tertido...Hem muqrish ibu sangat sayangkan kamu....Love u baby..!

Monday, July 26, 2004

Hari Ke12 dan 13

hujung minggu dihabiskan dengan melayan karenah sikecil yang nampaknya suka sangat semua kehendaknya dilayan.
Al-maklumlah ibu memang tiada masa untuk melayan apabila balik dari kerja.Hari Ahad jalan2 ke Jusco Wangsa Maju.Sengaja aku lepaskan dia berjalan seorang diri kemana sahaja..
Hem apa lagi habis semuanya diusik dan disentuh.Aku tidak melarangnya..memang aku sengaja memberi sepenuh kebebasan kepada dirinya untuk melakukan apa sahaja...biar hatinya puas..
Ku perhatikan ramai yang memberi perhatian kepada anakku...yelah sikecil yang begitu berani menyapa dan bermurah hati memberi senyuman kepada sesiapa sahaja...
Pengarang hati ibu semoga kau akan disenangi oleh sesiapa sahaja bila dewasa kelak..Insya Allah..

Saturday, July 24, 2004

Hari Kesebelas

Sekarang cuaca tak mengizinkan aku bergerak bebas..
Rahmat Allah melimpahi buminya.....
Titisan air hujan yang turun seolah-olah cuba membasuh segalanya...
Aku teringat noltasgia lama....semasa kanak2..
Saat hujan turun amat disukai...boleh mandi hujan...
kalau kena marah boleh tido berselimut tebal...masa itu tak terfikir
akan kesusahan orang lain akibat hujan...
ah kanak2 manalah tau erti itu semua..

Bila terkenang ...duhai hati...mengapa merindu insan yang terpisah...?
di mana mereka semua...kawan ketika gelak dan menangis zaman kecil dulu....?
aku rindukan mereka...

Friday, July 23, 2004

Hari kesembilan dan kesepuluh

Hari ini aku agak kepenatan kerana semalam terlbat dgn aktiviti bahagian yang menganjurkan pertandingan pementasan hikayat sastera melayu tradisional untuk sekolah menengah.
Pagi tadi disapa rakan lama satu mrsm tahun 93/94.
Teringat kenangan lama ketika berada di MRSM KUANTAN. Rindu rasanya.
Tak sabar menunggu hari minggu untuk melelapkan mata agak lama di pagi hari...
Aku memang amat memerlukan tidur yang cukup untuk mengembalikan tenaga yang banyak dikeluarkan dalam minggu ini...
Sayang kau sentiasa di ingatan...

Wednesday, July 21, 2004

Hari Kelapan

Mlm semalam ketika aku memberi baju yang tersayang kepada sikecil untuk dijadikan penghilang rindu...aku yang tertewas...
tertewas dengan kerinduan yang menyerang secara tiba-tiba...
Abang aku amat merindui belaianmu...
Tatkala menatap bening wajah anakmu....
Terbayang wajahmu....
Ku tahu dia merinduimu jua kalau tidak takkan la baju dipegang erat..
Malah mahu kupakaikan walaupun tenggelam seluruh badannya
janji dia seolah-olah memelukmu...
Sayang....
apakah khabar kau di sana ketika in...?
Isterimu ini amat merinduimu....

Tuesday, July 20, 2004

Hari Ketujuh

Genap seminggu pemergian yang tersayang ke bumi di bawah bayu...
semalam migrain ku menyerang...ah...rindunye kat abang...
Muqrish anak yang memahami...
diriku dipeluk sambil menepuk belakangku..
buah hati ibu kaulah peneman kala sunyi...

Monday, July 19, 2004

Hari Keempat, Kelima dan Keenam

Hujung minggu berlalu sunyi dan sepi...
Sikecil makin manja mungkin menyedari diri ditinggalkan
sementara oleh abahnya..
Ibu...?
Hem ibu menyibukkan diri dengan kerja rumah...
habis satu rumah dikemas....

dan hari ini masuk hari keenam...
Ibu mula merasa impaknya kerinduaan pada yang tersayang...
Abah ketiadaan mu mulai dirasai..
I MISS YOU SO MUCH...

Friday, July 16, 2004

Hari Ketiga

Abah...
Abah...
Assalamualaikum....
sambil ketuk pintu Muqrish panggil abah..
alamak hati ibu....hanya tuhan yang tahu...

Smlm ku bermimpi hai yahg tersayang
apakah rindu sudah tak dpt kunafikan..?

Thursday, July 15, 2004

Hari Kedua

Kecuaian....
kealpaan...
nyaris mengakibatkan kecelakaan terhadap diri ini...

Tuhan...
Alhamdulillah KAU merahmati diri ini...
KAU pelihara diri ini..
Syukur ku ucapkan padaMu...

Muqrish...,
Hari pertama abah bertugas di Sabah kau melangkah setapak kehadapan dgn membilang SA....TU..!
Ibu bangga denganmu Sayang..

Wednesday, July 14, 2004

hari pertama

sayu....
sepi....
sunyi...
syahdu....

ku rindu kamu....

Tuesday, July 13, 2004

Abang...,

Sayang...,
Mlm ini tepat pkl 12 tgh mlm kau akan berangkat menuju ke Sabah negeri di bawah bayu demi menjalankan tuntutan tugas yang diamanahkan..
aku isterimu akan merasai peritnya perpisahan sementara ini...
akan sepilah ranjang kita
akan sunyilah hati ini
dan akan kerinduan isterimu ini...
dan aku juga pasti sikecil kita muhammad adam muqrish akan merasai kehilangan mu dlm tempoh 2 bulan ini...

namun begitu sayang
permergianmu aku iringi dengan doa tulus ikhlas
agar kedamaian mengiringimu , agar keselamatanmu terpelihara dan agar kasih sayang kita semakin bertambah erat....

sayang..,
semoga kau dan aku tabah dengan perpisahan sementara ini..
akan ku jaga rumahtangga kita sebaik mungkin...
anakmu akan kujaga dengan penuh kasih sayang..
demimu suamiku...aku redha atas ujian-Nya...
Moga kau selamat pergi dan kembali...Insya Allah...

Monday, July 12, 2004

Berfikir Sejenak

Ilmu tidak akan berkembang tanpa berfikir

Sastera itu berfikir
saya inginn berfikir dengan karya saya
(Prof. Dr. Muhammad Hj Salleh)

Penulis adalah pemerhati...

ilmu yang sedikit ku perolehi melalui wancana yang dihadiri yang dianjurkan ditempat kerjaku...
hem kurenung ke dalam diri...
ia memang aku dapati aku bersetuju dengan mereka sasterawan negara tersentak dengan kenyataan tapi mampukah aku menjadi seperti mereka...?

Friday, July 09, 2004

Sikecilku Muhammad Adam Muqrish

hem tgh enak mencuci pinggan...
prang...bunyi pinggan pecah dibelakangku..
ku toleh rupanya sikecilku mahu memasukkan pinggan sup yang kotor ke dalam sinki...
tapi tangannya yang licin menyebabkan pinggan yang dipegang terlepas..
mulanya mahu marah tapi bila memandang wajahnya...
ah apalah yang sikecilku tahu..
dalam umur baru 18 bulan niatnya cuma satu nak menolong ibu...

ku raih sikecilku ku bawa ke ruang tamu...
sisa kaca yang bertaburan ku bersihkan...
bimbang.takut yang tersayang terpijak..
ku cium sikecil tanda menghargai pertolongannya...
moga niatnya mahu menolong ibu sampai ke dewasa..

sebenarnya ini bukan kali pertama..
ketika sikecil berumur 6 bulan habis satu rak pinggan tumbang
diangkat sikecil kerana mahu ambil cawan minum air...
Alhamdulillah tiada kaca yang mengenainya..sikapnya yang berdikari kadang-kala menakutkan aku...dalam berpada kadang-kala terkena jua...

Muhammad Adam Muqrish....ibu bangga kerna mempunyai anak sepertimu..

Hatiku

Mengapa mudah benar tersinggung wahai hati?
Mengapa mudah benar pula memaafkan?
Kiranya semua itu hanya ujian mengapa merasa kecewa?
Hati tabahlah dikau....!

Kau dalam diam telah membuat hati ini menangis...
Bila dibidas kau merendah diri...
Bagaimana lagi aku harus lakukan...?
Menjaga hatimu atau hatiku...?

ketahuilah hati ini telah dilukai....

Thursday, July 08, 2004

Put people first

There is no joy, except in human relation - Saint Exupery

Relationships are work. Whether we're dealing with family members, friends and acquaintances, or business associates, developing and sustaining relationships takes time and effort. Yet those same relationships can be the greatest source of joy and inspiration in our lives. It just makes sense to put people at the top of our priority lists.

Determine to write a note, place a phone call, or arrange for a visit with someone in your life. Imagine what a difference you can make in the world by investing in their lives of those around you. That won't happen unless you make it happen. Begin today to put people first in your life.

The effort we put into our relationships is equal to the measure of joy we receive from them....

biarkan ia berlalu

kadang-kadang kaki tersadung
kadang-kadang jari termasuk selumbar
kadang-kadang kepala terhantuk
apa pun kesakitannya seketika cuma
jadi sahabat kelukaan hatimu pasti kan terubat jua....
insya Allah...

Attitude

Attitude is paramount in assimilating the tragedies of life, sorting the significant from the trivial, and bouncing back when your heart is breaking