Hem hari ini ketika ini acuk menulis dgn hati yang penuh keresahan dan pelbagai lagi perasaan yang sukar ditafsir. Baru minggu lepas acuk berdepan dgn masalah kini masalah baru pula timbul...Namun masalah yang ini bukan acuk sengaja undang masalah ini mungkin dugaan dari Ilahi. Acuk diduga dengan kesihatan anak acuk Muhammad Adam Muqrish. Semalam semasa acuk memeluk Muqrish dari belakang acuk terasa benjolan di dada kirinya atau lebih tepat lagi acuk katakan di tulang rusuk kirinya.
Hati acuk berdebar yang amat. Acuk takut sangat. Acuk minta suami acuk pula merasa dan memang ada benjolan. Acuk tak melengah acuk bawa ke klinik berhampiran rumah acuk...Doktor menyatakan tulang anak acuk membengkak atau tersembul keluar. Ini kemungkinan adalah disebabkan dia pernah jatuh ataupun disebabkan semasa kelahirannya.. Acuk bersalin normal namun kemungkinan semasa Muqrish keluar jururawat telah menariknya dgn kuat maka tulangnya teralih... Entah la... Apa yang amat melegakan acuk ialah semasa doktor memeriksa benjolan tersebut tiada cecair atau kalenjar yang didapati membengkak bermakna bukanlah satu ketumbuhan...Muqrish pun langsung tidak berasa sakit apabila benjolan tersebut diketuk atau ditekan dgn kuat oleh Doktor tersebut. Malah benjolan tersebut pun sebenarnya tidak langsung kelihatan sebab tiada tanda-tanda seperti lebam. Sebab itu acuk tak perasan langsung sebelum ini.
Semasa bangun tidur pagi tadi pun acuk tekan dengan kuat benjolan tersebut , Muqrish langsung tidak terganggu tidurnya maka memanglah ianya tidak menyakitkan. Namun begitu Doktor memberi tempoh 3 bulan bg acuk memerhati tumbesaran tulang anak acuk. Sekarang benjolan itu dianggarkan sebesar kacang tanah andaikata ianya membesar seperti saiz buah anggur maka Muqrish akan direferkan kepada Doktor Pakar Tulang...Acuk di nasihatkan untuk mengurut benjolan itu manalah tau ia akan surut dan pulih seperti keadaan yang sepatutnya. Oleh itu di sini acuk berharap agar kawan-kawan semua dpt mendoakan kesihatan Muqrish agar tiada apa yang berlaku dan semoga keadaaan tulang Muqrish kembali ke asalnya...Amin... Doakanlah..!
No comments:
Post a Comment