my passion

my passion

Friday, December 24, 2004

25hb Dalam Kenangan

Hem esok hari perayaan krismas...satu dunia menyambutnya...
aku sebagai umat Islam memang tak menyambutnya namun
tarikh ini tarikh keramat bagi diri ini....
di mana tarikh inilah titik tolak kehidupanku....
yang telah mengubah seluruh gaya perwatakanku dan corak penghidupan keluargaku...
Di mana pada tarikh itu 16 tahun yang lalu aku telah ditakdirkan kehilangan orang yang paling
menyayangi diri ini dan yang paling ku sayang iaitu Arwah AYAH yang tercinta..
Hj Mahamad Dali Bin Jusoh...

Dalam umur yang masih begitu mentah aku sudah kehilangannya...
Dalam umur yang masih memerlukan dorongan dan kasih sayang aku kehilangannya...
Dalam umur yang masih kecil aku harus redha dgn ujian Ilahi...

Sesungguhnya sejak tarikh 25 Disember 1988 aku berubah menjadi seorang insan yang keras hati dan begitu keras perwatakannya bukan seperti perempuan malah seperti budak lelaki...
Segala rasa yang terkumpul dipendam suka dan duka tabah ku harungi ...namun satu sahaja
mengingati insan teristimewa ini air mata ini tetap tumpah mengalir lesu di pipi...
Malah ketika aku menulis entry ini pun airmata membasahi pipiku...

Oh Tuhan tabahkan hati ini...
Seringkali aku merasakan alangkah indahnya kiranya arwah dpt melihat cucunya yg lahir dr rahim ini anak kesayangannya...
Alangkah indahnya andai arwah memelukkusambil mengucapkan taniah atas perkahwinanku...
Alangkah indahnya andai arwah tersenyum melihat kejayaanku hari ini tak kiralah dlm apa jua..
Alangkah indahnya andai semua itu adalah kenyataan tapi aku tahu
semua itu cuma impian yg takkan tercapai kerna sudah tersurat begini dan aku pasrah...

Namun esok akan aku bertafakur mengingati arwah menghadiahkan yassin untuknya dan mengingati segala2 kenangan kami bersama biarlah basah pipi ini ....biarlah.....

Ayah mengingatimu dlm kenangan mendekatkan aku dgnmu...
catatan ini harus berhenti di sini kerna airmata ini semakin laju...

No comments: