my passion

my passion

Tuesday, December 19, 2006

Sendu




Pagi ini hujan turun membasahi bumi bagaikan mengerti hati ini yang turut tersentak dan kesayuan mengiringi sepanjang hari....keikhlasan diri bagaikan tak dihargai....

Wednesday, December 13, 2006

Inilah dugaan

Menjadi seorang isteri yang selalu ditinggalkan suami bukan mudah. Hati kekadang selalu merintih...kekadang bagaikan mahu berputus asa...kekadang bagaikan hilang semangat...saat2 memerlukan Yang Tersayang di sisi tapi yg tersayang tiada kekadang cukup membuat hati terasa sebak...lagi bertambah sayu bilamana anak memanggil dan mencari si abah...aduh...namun diri kena kuat...kena tabah...

Friday, December 08, 2006



ini gambar2 yg acuk ambil masa beraya kat kg di Pekan, Pahang....kami terjah umah abg yg sulung serta sedara mara, tak cukup tempat...heheheh semua adik beradik balik umah mak...jadi meriahlah tahun ni....tgklah keluarga acuk yg besar ni...isk terasa rindulah plak....

Thursday, December 07, 2006



ini pic syawal yang berlalu...yang diambil dari kamera hp acuk. esok acuk akan upload pic dari kamera canon pulak..

Wednesday, December 06, 2006

Musim Demam

Sekarang ni dengar2 musim orang kene demam panas...herm acuk dan family tak berkecuali..mula2 acuk yang kena then baru anak2 serentak. sampaikan kedua mentua datang dari kampung. baru inilah kesempatan utk acuk menulis di blog kesayangan acuk ni...memang agak keletihan malah batuk masih bersia lagi, belum mahu menghilangkan diri.

Semalam tanpa dirancang acuk makan tengahari bersama teman blogger yang dikenali sebagai penulis...bukan kak sri tapi kak seri...heheheheh walau masa yg ada hanya tak sampai 1 jam namun puashati la gak sbb dah lama tak jumpa kak seri...

hari ini sekali lagi yang tersayang out station...herm tahun ni kerap sungguh yang tersayang ke luar daerah....tahun ni memang tahun yang mencabar bagi kami sekeluarga...

Bulan Disember ini bulan terakhir bagi tahun ini yang mana acuk amat berharap ada impian yang terlaksana...

p/s acuk rindu acuk yang dulu.......

Saturday, November 25, 2006

Akhiran segalanya

akhiran sebuah persahabatan yang selama ini begitu acuk jaga...
akhiran kesabaran acuk pada segala karenahnya....
kini acuk rasa teramat lega

ya Islam melarang kita memutuskan silaturahim sesama umatnya tapi acuk dah tak mampu bilamana umat yang sorang ni rupa-rupa begitu asyik menebar fitnah di belakang acuk, cukup asyik melemparkan kutukan agar orang di sekeliling acuk memandang serong dan menjauhi acuk...jadi inilah akhirnya...acuk memutuskan persahabatan antara acuk dan dia...acuk dah tak mampu memaafkan dirinya....andai maruah diri acuk dijaja dan biperlekehkan sehingga rumahtangga acuk pun mahu diruntuhkan maka runtuhlah jua belas ihsan acuk terhadapnya...

kemuncak kepada segalanya acuk dan suami ingin bersemuka dgnnya tapi ternyata umat yang sorang ini tak mampu menganggung kesalahannya kerana dia terlalu gementar berhadapan dgn acuk dan suami...kalau tak bersalah kenapa melarikan diri...sungguh enak menyebarkan pelbagai cerita kenapa tidak mahu membela diri atas tindakan sebegitu???nah di sini sudah terbukti dia memang pandai berpura - pura...

sekarang di sini di opis ini...ramai yg memepertikaikan tindakan dia...sekarang sudah ramai yang mengetahui siapa yang bersalah dan siapa yang benar!!!malah dia sudah mula dipulaukan oleh masyarakat opis ini...serba tak kena dirinya ketika ini..mudah acuk mahu ketawa atas pembalasan ini tapi acuk cukuo bersyukur kerana tembelangnya sudah pecah...sekarang dia harus menanggung akibat perbuatannya kepada acuk....

Tuhan...kiranya masih wujud keadilan di muka bumi ini...Alhamdulillah syukur pada-Mu

Thursday, November 16, 2006

Today nyer pos

gambar2 raya akan diuploadkan utk tatapan semua blogger yg setia ke mari pada hari terakhir bulan sayawal. kenapa? sbb acuk nak kumpul byk2 dan bila dah paparkan dari 1 syawal hingga 30 syawal maka akan ternampakla kemeriahannya...heheheh sabar kay...

sekarang apa ya yang acuk nak tulis???hehehehe tulis rutin acuk lagi ker???

ok la life bg acuk agak stress lately but i try to manage and deal with it...y memula sekali hubby acuk dah 2 mgg tidur di kem dan acuk sama ngan anak2 aja...di umah...setiap hari berulang alik dr umah acuk ke umah pengasuh cukup mencabar tau...umah acuk tngkat 3 umah pengasuh tingkat bawha sekali tp berlainan blog...pagi2 acuk kuar keje kul 6.00 pg. turun sblm anak2 jaga dr tidur, angkat kereta sorong baby, letak kat bawah..naik atas angkut budak2...nasib baik ler muqrish no hal bila disuruh berjalan...dah biasa bangun pagi...tak byk songeh...yg banyak songeh ialah si danish...masa hantar setiap hari dia akan menangis..yang kelakarnya setiap kali hantar nangis2 jugak tpkan bila pengasuh hulur tgn nak dukong..dia pun sambut jugak...heheheh comel tul...balik pun begitu jugak...nmpk ja acuk terus nangis mintak dukong tp sampai umah tidur sampai kul 8...hehehe senang jugak acuk nak uruskan apa yang patut...

penat tul..mgg depan acuk ader final exam from 21 n 22..berturut2 tapi acuk still tak study...acuk tak ingat apa2 pun...aduh cuma acuk curi masa dlm bas utk baca note apa2 yg patut...mintak2 lulus la acuk...tak suka nak repeat sedang result terdahulu cemerlang....hubby sekarang kat melaka...aduh cabaran sungguh jd bini askar ni...

duhai hati tabahlah kau.....

Friday, November 10, 2006

Awas Kamu

Apa anda rasa bila difitnah?
apakah tindakan anda?
apakah reaksi anda?

ngapa acuk timbulkan hal ini adalah kerana diri acuk telah difitnah...sungguh...acuk tak percaya...dan atas motif apakah acuk difitnah pun acuk masih tak faham....
situasi ini acuk paparkan di sini dan acuk harap sangat org yang memfitnah acuk ni baca dan insaflah...dah banyak kali acuk bagi peluang untuk dia tapi mengapa dia masih begini...????

kisahnya bermula begini...antara acuk dan dia...berbuka puasa di KLCC...berjumpa kawan kepada sepupunya....dia menyorok atas sebab sebab tertentu....acuk tak ambil pot...bukan hal acuk buat apa acuk nak ambil peduli...

setelah seminggu raya acuk didatangi kawan sepejabat membawa berita...."dia" ini memberitahu si b yang acuk dan "dia" ni berbuka puasa di klcc...terserempak dgn sepupunya dan acuk menyorok...(di sini dah satu fakta yg bercanggah...) acuk menyorok sbb dulu KONONNYA acuk adalah roomate sepupu dia (aduhai bila masa la pulak) "dia" balik kg...sepupu dia bgtau supaya berjaga2 dgn acuk...kerana acuk pernah BOMOHKAN sepupunya itu dan cerita inilah dijajanya di opis acuk ini....

Sekarang lihatlah apakah yang patut acuk buat???????roomate dan housemate acuk tiada yang datang dari N9..tp mengapa cerita sebegini yang timbul...apakah yang "dia" ni mahu???sakit mental kah dia ni..? mengada-adakan cerita tentang sesuatu yang tak wujud...hanya mahu acuk dipandang serong oleh kawan kawan opis...aduhai...

tapi percayakah kawan kawan blogger semua yang sebenarnya acuk tak melenting pun...sikit pun tak ader rasa marah....acuk cuma hairan..hairan kenapa dia jadi begini...sudah biulkah dia ni????dah banyak kali acuk tekankan acuk sayang dia...tp nampak gaya kali ni tiada kemaafan dari acuk utk dia....fitnah ini bukan rakan rakan sejawatan sahaja yang mengetahui malahan peringkat atasan dan ini benar2 menjejaskan nama baik acuk...no more kemaafan dan acuk akan bersihkan nama acuk..sama ada cara baik atau dgn cara sebaliknya...yang pasti acuk akan pastikan perkara ini diselesaikan secara berhadapan...biar semua orang tahu..siapa yang benar siapa yang tak benar...untuk pengetahuan x-housemate acuk pun ada keje di tmpt ini di mana "dia" tak tahu yang pegawai ini dulu housemate acuk...acuk dah ader alibi....

jangan sampai acuk berdoa agar dia dimalukan pulak.......acuk masih waras tp tahap kesabaran ader batasnya....

Friday, November 03, 2006

Kelam Kabut

Something happen B4 raya yang benar2 mencalarkan prestasi kerja acuk dan pandangan rakan sekerja di tempat acuk terhadap acuk...acuk tahu walaupun prob itu dah selesai masih ader yg berbuku di hari mereka yg terlibat...lantak la..as long acuk rasa acuk dah settle di pihak acuk...buat apa nak sesakkan minda pikirkan hati org lain.

Kejam jerk bunyi kan..tak peduli perasaan org lain...ala bukan apa malas la asyik kita jerk jaga hati org lain hati kita sapa nak jaga???kalau la pasal ni sampai umah pulak tempias susah la nak layan anak dan suami...jd acuk let go jerk perasaan berbulu acuk terhadap suku sakat org tak bertamadun ni....lebih baik acuk tumpukan pada kerja, umahtangga acuk dan pelajaran acuk yg acuk tgh dok hadapi FINAL EXAM ni...huhuhuhu tggl 2 lagi subjek tuk exam.

Anak2 tiada org nak jaga sejak acuk tak hantar ke pengasuh yg lama...acuk baru ambil depa dari kg..keletah anak2 memang sentiasa menenangkan acuk...suami yang sentiasa berusaha menjadi suami dan ayah yg terbaik amatlah acuk hargai..jadi anasir2 yg cuba nak menyemak...herm ignorekan aja....my life is my life....

p/s maybe ader berita gembira utk kami sekeluarga....nantikan ya...dan doakan kan ya...

Thursday, October 19, 2006

Tentang DIA,RAYA,SUAMI DAN ANAK-ANAK

Assalamualaikum...,

sebelum acuk bercuti hari esok dan balik ke kg di Pahang di sini acuk ingin memohon kemaafan dari pengunjung blog andai acuk menyakiti hati anda semua tanpa disedari ok...ok back to our entri...

Tentang DIA :-

Sekali lagi tidur acuk dihiasi mimpi bersama dia...kami berbual bergelak ketawa dan bergaduh...semuanya ada seperti mimpi acuk sebelum ini....dan sekali lagi acuk tergamam...kenapa perlu acuk mimpikan org yang sama 2 kali dalam tempoh sebulan??? tidak langsung acuk fikirkan pasal dia kebelakangan ini kerana kami sudah lama tidak bersembang di alam maya ini....aduh pening kepala acuk...kami boleh bersembang pasal keluarga masing masing seperti sebelum ini...rindukah acuk pada seorang kenalan yg acuk tidak bertemu ini????herm mungkin...apa pun acuk doakan kesejahteraan buat DIA walau di mana berada...

TENTANG RAYA :-

Dalam masa tidak sampai seminggu seluruh umat Islam di dunia ini akan menyambut hari raya...dan acuk sendiri tidak sabar utk pulang ke kampung menyambutnya...al-maklumlah tahun lepas acuk dlm keadaan berpantang jd tak dapat la nak sambut raya sehabisnya....Raya sentiasa merupakan hari yang acuk nanti-nantikan.kerana acuk cukup suka berkunjung ke rumah sanak saudara dan kenalan....tgk tv????huh acuk bukan tv maniac...tahun ini pasti acuk akan bawak suami dan anak2 acuk berjalan ke rumah kawan2 lama acuk semasa bersekolah rendah dulu....acuk dah siapkan list nama kawan2 sekolah rendah yg mana acuk tahu di mana letaknya rumah mereka...tak kiralah mereka akan pulang ke rumah ibubapa mereka atau tidak..al-maklumlah pasti ada yang beraya ke rumah mentua masing-masing kan...ok my old friends acuk akan serang umah korang jadi get rready wokeh....!!!!- sure hubby penant driving nanti...heheheheh

TENTANG SUAMI :-

Tahun ini kami beraya di pahang dahulu barulah ke perak kalau diikutkan tak yah balik perak tapi suami acuk dah lama tak balik kg dia sbb sibuk out station...jd sebagai isteri yang understanding (chewah) maka acuk pun bersetuju utk palik ke perak pd hari raya ke2 nanti...huhuhuhu penatlah raya pertama tu nak serang 30 bah umah...hahahahah baju melayu dia tak beli lagi jadi esok kami akan shopping baju raya dia..dia sorang jerk yg tak ader baju raya..anak2 dan ibu dah ada...ketinggalan nmpknya dia tahun ni...Abang, ayang mohon ampun dan maaf atas segala kesalahn ayang pada abang selama ini....sayang abang selamanya...insya Allah..

TENTANG ANAK-ANAK :-

Kedua anak kecil yang ditinggalkan di kg...amat acuk merindui mereka...tak sabar rasanya nak mendakap kedua-dua anak kecil itu...sudah hampir sebulan perpisahan kami...aduh seksa rasa acuk sampaikan berbuka dan bersahur acuk cuma makan ala kadar sahaja...selera makan acuk hilang bila anak tiada di depan mata.semoga perjalanan kami diredhai Allah dan selamat sampai ke kg utk bertemu dgn buah hati acuk ini...tunggu ibu ya sayang...muahhh

TO ALL :-

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL YG BAKAL MENJELMA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN...
SEMOGA SEJAHTERA DALAM PERJALAN PULANG KE KAMPUNG..DAN SEMOGA BEROLAH KEBERKATAN SEPANJANG BULAN YANG MULIA INI - SYAWAL DAN RAMADAN...SALAM KASIH SILATURAHIM UTK SEMUA...

Friday, October 13, 2006

Pic yang ditunggu-tunggu



Salam utk kawan semua...ini adalah pic yg acuk ambil masa majlis berbuka puasa bersama geng msjbox kat sogo hari sabtu kemarin...ok shai puas hati tak????hehehehe
sebenarnya byk pic yg terpaksa di delete sbb blur dan gelap jerk puas dah edit still x memuaskan hati acuk jd yg ini je la ya....hehehehe daaaaa

Thursday, October 12, 2006

Cubit cubit sayang

Situasi :- ruang tamu sebuah umah...suami menonton perlawanan bola..si isteri setia menemani sambil bebaring di atas pangkuan suami...jam 10.45 mlm

dialog :-

isteri : Abang, kalau org tertidur nanti pukul 11.15 mlm kejut tau...org nak tgk Charm...
Suami : ye, nanti abg kejutkan (sambil membelai rambut si isteri) mata tgk tv..

Situasi :- Sebuah pejabat di Jln Tun Razak...isteri menelephone suami...8.45 pg..

dialog :-

isteri : Assalamualaikum abg, err nak tanya skit ni..ngapa tak kejutkan org bgn tgk charm mlm tadi????
Suami : Saja...ayang kalau dah tidur bom meletup pun tak sedar...
Isteri : Habis tu mcm mana bley tido dlm bilik plak?? bila masa org bangun???abg angkat ya???
Suami : Tak lah....hantu yg angkat....(sambil gelak)
Isteri : Abg ni teruklah...org nak tgk charm tau!!!!!eeeeeeee (membebel)
Suami : Hello...abg dah angkat...selimutkan....dodoi tu tak bersyukur ker????charm yg penting dari abg ker????
Isteri : errrrrr yelah....org untung dpt abang...dodoi org, masak utk org...sayang org...tp abg tak untung ker dpt org???
Suami : lagi untung tau...sbb ayang ni kecik ringan senang nak angkat...manja...kuat berleter....lagi satu bonus dpt muncung ikan keli...(gelak beso)
Isteri : AMBOI!!!!!takper balik nanti org tak masak utk abg...
Suami : memang pun sbb abg makan luar hari ni...on duty sori ya...
Isteri : ya ker???huwaaaaaaaaaaa

p/s...Abang....orang sayanggggggg abang...muah muah muahhhhhhh

Wednesday, October 11, 2006

Berbuka bersama geng msjbox

Sabtu lepas acuk memenuhi jemputan berbuka puasa bersama geng msjbox di SOGO. Terima kasih la pada Shai yg tak jemu berkunjung ke mari dan mengingatkan pasal jemputan tu...mula mula "abg" tak mahu pergi sbb tak syok dia kata...'anak2 tak ada'...tp acuk pujuk gak sbb nak celeb dia punya bezday...once again milions thanks buat shai sbb sudi beli kek walaupun last minit acuk bagitau...heheheh sedap tau kek tu shai...semua org puji...

kami dtg awal tp beli baju melayu anak2 dulu sbb shai ckp dia handle evething...jd kami shopping sehingga pukul 6 dan barulah naik ke food court tu...naik2 jerk, tu dia perh ramai betul umat nabi Muhammad berbuka kat situ...calling shai tanya kat mana dia...hehehe pandai shai pilih tempat...ader privacy skit..walaupun jauh kebelakang. bertemu dgn kak ayu, retna, chik, shai, dan jun..yg lain lain acuk tak nmpk lagi..maybe tgh beratur beli makanan dan air...

bila semua dah berkumpul...berkenalan la acuk dgn Qaseh,jidah,carneyz dan yatt...ramai jugak yang dtg erk...tambah plak acuk bawa extra geng...sapa lagi 2 org adik ipar acuk la..hehehe meramaikan lagi geng...sayang acuk duduk ujung sekali kalau acuk duduk tgh2 sure acuk dpt berborak ngan kekawan yg duduk hujung meja sana..takperlah..meriah gak..."abg" potong kek bezday yg acuk sengaja tak bgtau kat dia...senyum lebar dia...wah wah wah...sure "abg" bertambah sayang kat acuk kan bang kan...hahahahahhaha

ok lah gambo gambo akan acuk uploadkan esok sbb lupa nak bawak camera ke opis...nanti bila umah acuk dah masuk internet bley la acuk buat semua ni kat umah..dan harap2 lepas ni korang akan diperkenalkan dgn blog "abg" la pulak...kita tgk apa dia tulis nanti kan...hehehehe

okay...selamat berbuka utk semua..assalamualaikum...

Tuesday, October 10, 2006

Ku bahagia

Teringat pada ungkapan lagu ini...."ku bahagia" beginilah yang acuk rasakan ketika ini...segala-galanya berjalan dgn lancar buat acuk pada ketika ini...malah acuk sentiasa berdoa agar keadaan ini berkekalan hendaknya Amin.....

Tidak sabar rasanya acuk pulang ke kampung...mahu mendakap kembali si comel acuk 2 org tu....kali ni cukup lama acuk tinggalkan mereka di kg. Rindu sungguh acuk pada mereka berdua...terbayang bayang keletah mereka berdua walaupun kadang kala mencabar kesabaran tapi merekalah yang memeriahkan umah...tanpa mereka sunyi sepi umah...

Apa yang acuk impikan telahpun acuk miliki...tiada lagi permintaan dari acuk...hidup acuk sudah lengkap..cuma acuk membina kerjaya...rasanya semua org membina kerjayakan bukan utk diri sendiri tapi utk anak-anak kan....untuk masa depan....

Tuhan aku mohon pada-Mu..kebahagiaan ini kekallah selama hendaknya..Amin...

Thursday, October 05, 2006

Hari Yang Ditunggu

pg td acuk terjaga pukul 4 dan tidur semula...dlm tidur tak sampai 1 jam itu acuk bermimpi....mimpi apa ya????mimpikan tentang seseorang....betapa terkejutnya acuk dan betapa masih terakam di minda apa yang berlaku di dalam mimpi itu...

bagaimana acuk bergelak ketawa, berbual dan berbalah dengannya....DIA yang acuk mimpikan ini tidak pernah acuk ketemui....cuma di alam maya ini sahaja acuk bertemu...malah sejak kebelakangan ini pun tidak berbual dgnnya cuma meninggalkan jejak di jurnalnya....aduh kenapa ya...? memang acuk sentiasa ingat dan rindu padanya...tp sampai termimpi????adeh teruk gak erk rindu acuk ni...hehehehe tapi sekadar rindu pada kawan yang tiba2 tidak dpt berbual dan berkongsi pendapat....
aduhai teman janganlah diri acuk disalah tafsir tidak! bukan sesekali acuk ingin mengganggu hidupmu tapi susah sungguh mencari rakan seikhlasmu di dunia maya ini...lantas dirimu jua ku ingati...

semoga dirimu tabah menjalani ibadah puasa di bumi asing berjauhan dari semua yang kau sayangi...acuk memahami sbb acuk pun begitu walaupun cuma berpisah di pisahkan jarak di bumi m'sia ini tidak sepertimu namun acuk cukup memahami dlm kepayahan melawan rindu pd keluarga dirimu bergolak dgn pelajaran....tabahlah duhai teman acuk doakan dari jauh...kejayaan pasti digenggaman....manis di penghujung menanti...

p/s Hari ini yang tersayang akan pulang....akhirnya acuk tidak keseorangan lagi menjalani ibadah puasa ini....mood yang hilang kembali tiba...
buat tersayang...berhati hati di perjalanan semoga sayang selamat sampai ke umah...acuk menunggu penuh sabar....

Tuesday, October 03, 2006

Selamat Hari Lahir Sayang

Siapa menduga pertemuan kita
yang seketika
mampu memeteraikan sebuah
tali persahabatan yang seterusnya
menjalinkan satu kemesraan
sepertimana yang kita nikmati sekarang
siapa sangka perkenalan kita
membolehkan sebuah percintaan tersimpul
hasil kejujuran dan perasaan saling
memahami antara kita
siapa terfikir bunga - bunga kasih
telah mencorakkan kehidupan
kita dalam cara yang tidak terlintas
pada pemikiranku...
yang pasti aku gembira bersamamu
sempena hari yang istimewa ini kudakap
kesempatan untuk mengucapkan
SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU.....


p/s buat abg selamat hari lahir yang ke 33 dari isterimu ini di kejauhan...rindu abang sayang abang....

Monday, October 02, 2006

Rindu tak terucap

Menjalani ibadah puasa sendirian di sini memang memeritkan.
Yang tersayang berada nun jauh di selatan...si comel berdua berada nun jauh di pantai timur...acuk di sini...sendirian...sepi ditemani kebosanan...

berbuka cukup ala kadar...bersahur pun cukuplah dgn segelas susu anlene..pembekal tenaga....tahun ini kesabaran dan kesetiaan acuk cukup tercabar...

kasih acuk sebagai isteri dan ibu cukup di duga....tidur mlm selalu tidak lena...teringat pelukan si kecil yang selalu mengiring lena tidur acuk...
aduhai rindunya pada si kecil...pada yang tersayang acuk cukup rindukan semangat dan dorongan dari nya..ketiadaan dia harus mencacatkan semangat acuk...walau tampak ceria namun tetap memberi kesan terhadap diri acuk...kekadang acuk hampir tewas..namun keteguhan kasih menyedarkan acuk dari terus tewas...kesabaran tetap acuk pupuk agar tidak mudah menyerah kalah...perpisahan ini hanyalah bersifat sementara...

ya hari khamis yang bakal menjelma ini acuk nantikan penuh sabar...yang tersayang akan pulang menamatkan kursus selama 2 bulan selagigus akan terlerailah segala rindu yang dipendam...semoga kepulangan yang tersayang akan dilindungi ilahi...semuga yang tersayang selamat kembali ke pangkuan acuk...

acuk merasakan cukup hilang daya semangat...bergerak dan bekerja ni pun rasa malas sangat kalau boleh nak terbaring jerk kat atas katil tu...

Tuesday, September 26, 2006

Perubahan Baru

Maaf andai penukaran alamat blog acuk menyusahkan teman teman utk dtg melawat.
Atas sbb sbb keselamatan acuk terpaksa menukarnya sbb ader pelawat blog yg begitu "menyukai" acuk sehingga sanggup membuat fitnah...aduhai kesian kat dia sbb parah benar jiwa dia...hehehehhe

walau acuk boleh mengambil tindakan sama namun malas la acuk nak taburkan tanah dalam periuk nasi dia..yelah kalau kakitangan kerajaan ditangkap sure kene buang keje kan..itu satu sbb satu lg mesti mak bapak dia malu kan...kang tak pasal pasal dia akan tak jadi bertunang....malang pulak jadinya....dia buat fitnah tak pk panjang...dia tak tahu bahawa fitnah dia boleh acuk laporkan kepada pihak polis...
kesian kat dia sbb akal pendek...takper la sempena bulan ramadhan ni acuk ignore je la kata kata dia yg berunsur fitnah tu...

acuk memang kenal dia...rapat sangat rapat...sbb itu acuk dpt tangkap dia yang punya angkara....btw lets forget about it...

kisah lain :- acuk keseorangan di umah...anak anak di kg...hubby di johor....acuk berbuka dan bersahur seorang diri...huhuhu ader sesiapa yang sudi nak temankan acuk...hahhahahhahhahha oklah SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL YANG MULIA....wasalam...

Wednesday, August 30, 2006

Cak

Assalamualaikum,,
lama acuk tak update erk...bukan apa baru balik dr kursus di melaka...1 minggu dan smbg cuti :D...selama berkursus acuk tingalkan anak anak kat kg...sian danish terpaksa cerai susu....tp balik ni boleh pulak dia smbg balik aktiviti dia tu...hehehehe

9 bulan danish dah berjalan...jalan dia pulak bukan calang calang....mcm setengah baby kalau baru berjalan...4 sure akan berjalan secara berhati hati takut jatuh kan...anak acuk si danish ni...kemain lagi...mcm separuh berlari aja...risau sungguh acuk...nak cepat aja dia ni ....semalam acuk bg dia minum air dr mineral pot dia tengok je then bila acuk mengemas meja makan...tgk tgk dia ambil cawan dan tadahkan kat mineral pot...adeh pandainya...maybe si danish ni fast learner kot...very fast dia belajar utk berdikari....bangga gak acuk...abg dier lg tak sabar kot...hari hari ajar danish cara berkungfu...hahahaha siap ler acuk lepas ni...perit la tekak menegah depa berdua...anak jantan katerkan...tapi m uqrish abg yg bagus...selalu mengalah ngan danish...good boy!!!!

tapi ngan abah dia tak mahu plak mengalah...hahahahah org kater muqrish ni copy cat acuk....mula mula acuk tak perasan...then bila tgk tgk banding banding sama la...patut la hensem anak ibu ni...ikut ibu rupanya...ekekekekeke perasan jap...

ok la esok merdeka jadi acuk ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN UTK NEGARA KITER YG KE 49.

p/s Kepada Yang Tersayang Mohd Afendy di Ulu Tiram Johor, Ibu mengucapkan SELAMAT M ENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE 5...SEMOGA IKATAN KASIH SAYANG KITA BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT..MUAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH SAYANG ABANG!!!!SALAM RINDU DARI JAUH

Monday, August 14, 2006

Gelagat Danish - Usia 9 bulan



Sudah lama acuk terniat nak cerita pasal gelagat Danish...baru hari ini acuk berkesempatan...Alhamdulillah...semakin hari Danish membesar dengan sihat dan ceria. Sesuai dgn statusnya sebagai anak bongsu (sementara) hehehehe gelagatnya memang manja..adeh terutama dgn ibu dia ni...sbb masih belum bercerai susu ibu...

Danish sudah pandai berjalan....baru umur dia 9 bulan sudah pandai berjalan...berbeza dgn muqrish danish memang cepat...kekurangan dia gigi belum tumbuh...tapi itu memang adatkan..muqrish tumbuh gigi baru jalan..danish terbalik...yang sama antara dia dua orang ni ialah dua dua merangkak umur 5 bulan.

sekarang umah acuk memang susah nak berkemas...kalau kemas aja danish akan selerakkan...dia paling suka ke dapur dan bilik air...dua dua tempat ini agak bahaya...jadi jalan nak ke dua tempat ini sudah acuk block dan memaksa muqrish memanjar kalau mahu minum air atau ke bilik air...takpe muqrish suka sbb adventure gitu....danish paling suka makan...pantang nmpk kita makan...mesti dia merengek nak jugak...abah dia kater..tak sedar diri tu kecik...



hehehehehe kalau tidur dan terjaga dia mesti nak ader org di sebelah kalau ibu dia tak ada mesti dia peluk abg dia...akibatnya abg dia akan terjaga tapi muqrish bagus dia tak mengamuk dia cuma tanya...ngapa???dan terus peluk adik dia dan tidurrrrrrrr....good boy :D.



sekarang danish paling suka berjalan almaklumla baru dpt kaki kan...kalau suruh duduk pun tak mahu...apatah lagi kalau masukkan ke dalam walker lagi la mengamuk...sure tgn tu dia akan cubit cubit acuk ...mcm tu la dia balas balik kat acuk kalau acuk tak ikut kehendak dia...sakit wooo kene cubit..kalau pepagi hantar ke pengasuh mula la dia buat muka cebik cebik dia tuh...nnati acuk upload pic dia mencebik nak nangis...cute sangat...heheheheh ok la tgk je la aksi dia erk...daaaa

Monday, August 07, 2006

Berakhir sudah AF4

sudah berakhir af4...bagi acuk yg acuk suka dah jadi juara...yg lain lain maleh nak komen...buta seni...nanti kang haru plak kang kalau bg komen...heheheh

nmpknya masih lagi dak sorang tu duk ngutuk ngutuk acuk di sini...tpkan itu tandanya dia pengunjung setia blog acuk kan....heheheheheh terima kasih sudi singgah kat blog acuk....dia kater acuk pakai baju fesyen nenek kebayan...herm...tapikan dia ni buta fesyen kot...kalau fesyen nenek kebayan knpa suami acuk suka...???acuk berfesyen utk diri acuk dan menyenangkan hati suami bukan kamu...so kalau kamu nak kutuk kutuk acuk terpulang lah...kamu cemburu kan...sbb acuk berani berubah kamu tidak...

biasalah manusia mana yg perfect...manusia mana yg tidak kene kutuk...acuk dah lali la...kalau kamu berani kenapa tak kutuk depan depan???hari hari kamu jumpa acuk kat opis ngapa tak berani kata kat acuk...????kenapa????acuk cabar ni...marilah berdepan ngan acuk...ckp la depan depan...org bodoh giler jerk yg cakap kat tmpt tersembunyi ni...mcm kamu...hide id konon...apa ingat acuk tak bley tracekah..???tuan punyer msjbox junaidix tu dah set la kat tepi tu...tarikh time dan ip addrss...aduh bodohnya kamu....

ok...back to my entri...as usual acuk learn more today...di sini acuk temui cabaran hidup...ketika acuk hidup gembira ader yg iri...acuk ader test jpj hari rabu...good luck 2 myself...dpt lesen kereta maka boleh la bawak kereta ke opis..senang skit..tak yah tukar 3 bas dah...:D....alhamdulillah.....mudah mudahan pas la ya...

Tuesday, August 01, 2006

My update!!!!

last friday acuk n family balik kg...pertamanya tujuan balik kg adalah utk tinggalkan bebudak tu kpd kakak acuk utk dijaga sbb acuk kene g kursus...but then kursus dibatalkan dan acuk tak sanggup tinggalkan budak budak tu...so just balik je la...sbb cuti dah approved kan....

dan acuk rasa byk perkara mahu acuk tuliskan dan berkongsi di sini but then acuk on in d right mood...sori frenz....blk kg hari tu jumpa member blogger ztty...terima kasih ya ztty belanja makan keropok lekor dan mee hailam yg sedap tuh!!!!hahahah 2 menu acuk belasah dan keropok tu sampai 3 kali order...huhuhuhuhuhu pepaham je la erk...heheheheh

hari ni di saat acuk menulis entri ini...yang tersayang dlm perjalanan ke JB utk kursus 2 bulan....dan yang tersayang pergi bersama "dia" yang pernah ingin menjadikan acuk suri hidup dia...hehehehe depa ni profesional....hubby ckp lakan...tak pernah nak citer pasal family...ya ker????atau kalau citer ader yg jeles kot...hahahahah (mula la perasan nih)hehehehehe oklah malas nak citer panjang just acuk nak kasi tgk pic muqrish nih...korang mesti tau kan bujang sorang ni kalau bergaya aduh....ader kelassssss...pic ni di ambil di taman tasik inderaputra (tmn cam titiwangsa) depan umah mak acuk....kat kg

Sunday, July 23, 2006

Maaf la ya

Assalamualaikum...,
Kepada pengunjung tetap seme maaf ya...acuk tak update lama sangat after bersantai hujung minggu tu kan....well sekarang acuk bz yang amat sangat...nak melawat blog blog member seme pun agak susah....insya Allah acuk cuba curi masa utk g lawat korang k....utk perjumpaan 9/9 pun belum tentu acuk dpt pergi...why???ader sebabnya...kita go 1 by 1 dulu erk...

after bersantai hujung minggu hari tu di mana hehehe pecah rahsia acuk hahahahaha a day after tempat kerja acuk telah mengadakan Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu dengan kerjasama Arkib Negara selama 2 hari iaitu 10/7 - 11/7 2006. Serentak dengan itu juga Pusat Manuskrip melayu (tmpt keje den la ni) mengadakan PAMERAN MANUSKRIP MELAYU ANTARABANGSA selama sebulan sehingga 31 Julai ini bertempat di ruang pameran Perpustakaan Negara Malaysia...if u all nak tgk dgn lebih dekat manuskrip manuskrip yg amat berharga ini datang la ya...acuk bley entertain korang :D...heheheheh

kelas pengajian acuk utk semester Julai 2006 telahpun bermula malah acuk tak dapat pergi pun utk kelas pertama sbb bz...huhuhuhuhu takpe lah i will catch later ngan my mate...dah 3 minggu acuk keje hujung minggu...herm semakin dekat audit ISO semakin bz kami di sini....oooo pasal ISO rupanya...hahahaha tapi acuk tak la pening sangat sebab acuk bukan pegawai tp bos acuk ckp org bawah ni la nanti yg kene soal...erk..habis nanti acuk goreng je la kan pegawai dari SIRIM tuh...janji nmpk mcm realistik jerk jawapan ok la kot....hahahah mampus acuk kalau bos tau jawapan acuk camni...

kemarin acuk masuk suratkhabar kosmo pasal promosi manuskrip ni...pic tu dah lama la...about 3 yrs before....maintain lakan...hhaha dah kerap kali acuk masuk paper pasal promote manuskrip nih...berita harian, utusan malaysia, kosmo dan malaysia hari ini..heheheheh berlakon kami kat sini...

yang paling buat acuk bz sbb Yang Tersayang akan pergi berkursus pada 1 ogos 2006 hingga 4 oktober 2006...huhuh 2 bulan tu....baru aje hubby balik dr latihan luar selama 2 minggu dah kene g JB plak...baru jerk acuk nak ucpkan taniah sbb naik pangkat dah hubby kene g kursus naik pangkat lg.....alhamdulillah murah reseki acuk sekeluarga....tuk dak sorang yg dengki kat acuk selalu kutuk acuk terima kasih erk...maybe sbb ko tu yang selalu kutuk kutuk dan hina acuk...tgk la acuk tak rugi pun sbb Allah bg rezeki lebih kat acuk berbanding ko....terima kasih erk...sbb Allah sayang mereka yang teraniaya....malah acuk bahagia di sisi suami dan anak anak tp ko apa yang ader erk...apa yg ko lebih dr acuk erk????maybe dari segi ketinggian ko, ko lebih la kan....then hp ko yg canggih tu....hp acuk pun canggih gak apa...sony ericson yg terbaru lagik....dan dari segi yg lain acuk rasa acuk jugak yg lebih...issss nak riak pulak la acuk ni...heheheh marah la tu....walla.....


p/s utk sesiapa yang mahukan link pic pic satay hari tu mail acuk plz...acuk77@yahoo.com ok...sori tak dpt nak kasi sorang sorang..

Tuesday, July 11, 2006

Bersantai di hujung minggu

ok pic yg ditunggu...maleh nak citer pnjng bior gambo nih yg bercerita...saja buat loop sbb space tak cukup...ader masa acuk buat link k bior jelas...ni nmpk mcm blur kan...huhuhuhu

Monday, July 03, 2006

BERCUTI PANJANG

BLOG WILL ON HOLIDAY ....

TILL THEN DAAAAA MUAHHHHHHH

Tuesday, June 27, 2006

WC & AF4 Samb 2

WC - Oleh kerana sabtu acuk on duty maka hari isnin acuk off...so ader citer tertunggak la utk acuk citerkan hari ni...acuk tgk game antara England dan Ecuador..itali vs aus dan portugal vs ned. De best score adalah david beckham...dahsyat sungguh free kick dia kan...yelah kalau dah hari hari train sure berbahaya dia punya kick...mcm pemain kegemaran acuk la si Roberto Carlos tuh...tpi si Beckham ni dah buat hatrik la sbb 3 WC dia ambik free kick masuk dgn cantiknya...memang pakar la dia nih....paling yg kontroversi dan membuat rekod ialah antara portugal dan belanda....perh 14 kad kuning dan 4 kad merah....hebat tuh..sure pengadil tu paling glamer after dis...hehehehe

Tapi sayang la kan...Deco tak bley main lawan ngan England nanti....pemain utama tu...yg kelakar nya kameraman sempat highlight masa deco dok tepi padang...hehehe sebaris ngan pemain belanda yg kene kad merah...siap borak borak mesra gitu...heran gak kan ...la patut la pengulas tak bertauliah acuk habaq depa main satu kelab...patut la pun....suka sangat itali kalahkan australia...bukan apa acuk entah tak suka la kat australia...macam bagus jerk acuk tgk depa....i'm waiting Brazil lawan Ghana....sbb pasukan underdog ni akan bermain mati matian dan brazil tak bermain dgn sepenuhnya lagi...asyik nak simpan jer...hampeh mlm ni mesti depa bermain with de real action...oh carlos ku...hehehe main ker dia???pemain muda lagi bagus apa...hahahahah berpaling tadahkah aku...huhuu

AF4 - Konsert ke 4 Zila out...herm Faizal tidak menghampakan n farhan still a step a head...haziq surprising me...didy enjoy..,lotter herm tetap menghiburkan....velvet not in her best....amirul herm takut tenggelam ker sampai tak hiraukan ITO...salima errr sis u out oftune la...lari habis key berterabur sungguh...alasannya nmpk kawan dia bg sokongan...eeeeeeee tak kuasa aku...as a artis bley ker buat camtu lenkali???

p/s Danish dah boleh stabilkan diri bila berdiri...agak lama jugak...suka sangat buat ibu dan abah cemas...ish tak sabar nak berjalan ker anak ibu nih hah?????

Friday, June 23, 2006

Teringat Padamu...Kus


Ditengah kebingitan suara temanku
aku dapati ada insan baru yang terkedu
ku curi melihat raut wajahmu
aduh comel sekali senyuman secuit mu itu
wajah manis si gadis berusia 12 tahun

Teman - teman menyatakan kau pencabarku
sepantas kilat menyelinap cemburuku
benarkah kau penggugat diriku...?
meluap luap keinginanku mengenalimu..

Hari berganti hari kau di sisi
tanpa disedari kau menjadi teman sejati
kemana saja kita berdua bergembira
sedih juga kita kongsi bersama

dari sekolah rendah ke menengah dunia kita
meningkat remaja sudah pastinya
walau minat dan personaliti cukup berbeza
bukan penyebab kita menyisih

dalam diam kita saling mencemburui
akan kejayaan yang dinikmati
diriku bayangan dirimu begitu jua kamu
kita saling melengkapi diri
dengan keikhlasan yang suci di hati

namun tanpa kita sedari
perpisahan menghampiri....
perlahan persahabatan kita menjadi regang
kau dan aku terpisah jauh...
kekadang warkah saling berbalas
namun akhirnya persahabatan terhenti

betapa ku menyesali tindakan diri
tidak tercuit menghubungi dirimu
aduhai kerinduan yang melanda perit sekali
akhirnya aku terkedu di sini

bertahun lamanya aku merinduimu...
ku kenali sahabat karibmu selepas diriku
tidak ku sangka dpt melihat dirimu
walau hanya sekeping gambar yang kaku

nah!!!dirimu berubah jauh....
semakin dewasa semakin terserlah ayumu
aduh aku semakin cemburu...
pada kawanmu aku mengadu...

dia menjadi tempat ku mencurah rasa
aku ingin ketahui segala gala nya mengenai mu
yang telah lama tidak ku ketahui....
pasti kau tidak sedari..

melangkah ke alam perkerjaan ketika itu
aku ditakdirkan ilahi sekali lagi
mengenali teman sekelasmu yang lain
aduhai takdir apakah ini...?

lebih banyak mengenai mu ku ketahui
kejayaan mu di dalam spm ku kagumi
kau melanjutkan pelajaran di terenggganu
dan terakhir ku ketahui kau telahpun dipunyai

pasti kini kau telah bergelar isteri
bahkan jua bergelar ibu mithali
namun aku masih merindui....
ingin sekali bertemu dengan dirimu...

mengenali mu satu keajaiban bagi diriku
walau terpisah entah di mana dirimu
aku sentiasa mengingati kenangan kita bersama

segalanya yang telah dikongsi
amat pasti menjadi memori abadi
terima kasih atas ukhwah ini KUSMAWATI........


p/s Kusmawati Zahari lahir pada 28 April 1977, menetap di Temerloh Pahang...
merupakan sahabat terbaik yang pernah acuk kenali....Sangat merindui dirimu Kus...i really do........

Thursday, June 22, 2006

WC n AF4

WC sudah hampir memasuki peringkat Suku Akhir…herm, kebanyakkan kuasa dunia bolasepak nih macam Argentina, England, Brazil, dan Jerman memang dah lepas halangan peringkat kumpulan….yang kesiannya Perancis la…kene berusaha dgn semaksimum yang bley agar sampai ke suku akhir atau pun depa akan malu beso…hahahaha bukan apa group depa sekarang yang lead ialah Korea Selatankan…pasukan dari Asia yang dipandang remeh oleh mereka mereka nih…dalam banyak banyak pasukan acuk suka tgk game Argentina dan Jerman….Argetina punya permainann very kemas dan penuh taktikal…manakala Jerman pulak penuh dgn semangat almaklumlah tempat sendiri depan penonton sendiri kan…yg paling patut malu ngan team depa ialah England…ntah apa apa ntah…main kelam kabut menang pun sbb luck…even penyokong pdepa pun tak ada semangat kesukanan langsung…skit skit nak gaduh…tak ada rasa nak respek langsung…dah la numpang tempat org passtu bikin kecoh plak….memang biul…

Ok AF4 sekarang memasuki konsert ke4 dan kebanyakkan pelajar dah dapat lagu yang mencabar krebiliti vokal mereka…dlm diari dah ada certain pelajar menunjukkan personality yg selama ni tak tertunjuk…still thinking y ya meka meka nih mcm kontrol sangat…plzzzzz behave urself la wei….dan Salima at memula acuk suka gak ngan dia dia but aiya now tak suka la…nmpk gedik sangat dan tak natural sangat perangai dia tuh…yang paling suka ialah gabungan lotter, faizal, zila dan velvet…tak suka gak kat Haziq….hubby acuk pun tak suka….dia cakap budak nih buat orang menyampah…manja tak bertempat dan buat malu abang sebagai lelaki jerk…erk…awat bang?????

P/s Danish dah pandai berdiri padahal baru 4 hari pandai merangkak…berani betul dia…

Monday, June 19, 2006

SELAMAT HARI BAPA SAYANG




untuk abang selamat hari bapa...semoga menjadi abah yang paling best untuk anak anak kita....love u so much....muah muah muah....muahhhhhhh

Wednesday, June 14, 2006

2 JENIS DEMAM

ahli umah acuk sekarang dilanda 2 jenis demam...satu demam AF4 satu lagik demam WORLDCUP...heheheheehe

AF4, acuk minat kat Faizal tapi kagum kat Velvet dan Farhan....acuk juga suka tgk Zila dan Lotter....tak suka Salima yang mana Hasben acuk tak tahu langsung nama dia cuma panggil "budak pakai tudung" hahahahahaha sabar je la...muqrish biasalah lagu jerk yang dia minat....

WORLDCUP, Hasben tgk seme game acuk pilih pilih team....muqrish ikut abah...danish???selamat zzzzzzzzzz

semalam game korea selatan lawan togo...seme tahu korea menang...acuk sambil tgk sambil diberi penerangan oleh hasben...almaklumla dia kan pemain bola..jadi latarbelakang seme pemain dia tahu....acuk tambah pengetahuan la kan...acuk cuma minat roberto carlos jerk...dgn nakata....pagi tadi game brazil....kaka sumbat gol...heheheh after gol acuk zzzzzzzzzzz heheheh tak tahan beb...dan pagi tadi lewat masuk keje...walla....penangan WC....

p/s sebenornya tak tahu nak tulis apa...walla....

Tuesday, June 13, 2006

Keputusan peksa dah kuar la

reaksi acuk...????????selamba jerk...hehehe almaklumla kalau ingat b4 dis acuk kan ader tulis masa final acuk giler tgk wayang kan...sampai 5 wayang...then masa tu hasben out station 2 bulan...muqrish kat kampung...maid acuk lari dari umah....jadi tu yang jadi giler tgk wayang dan acuk ingat herm takat lulus ok la kot...

finally result kuar dan keputusannya....alhamdulillah acuk lulus...pointer????heheheh janji rock!!!!!!atas dari 3 sudah cukup bagi acuk...dan ada peningkatan dari semester lepas....yes yes yes!!!!!suka sangat...dan teruja sangat.....huhuhuhu tak sangka tul la....3 point berapa erk????hehehehe boleh la...tak la sampai 4 tetapi miss sikit jerk....lagi utk dpt 4 flat eeeeeetakpe la janji result ok dah membolehkan acuk meneruskan pengajian an membuat hasben senyum bangga dah la kan...alhamdulillah syukur.............

p/s acuk baru balik dr kampung...will paparkan gambo gambo kat sana...daaaaa muahhhhhhhhhhh

Tuesday, June 06, 2006

Terima Kasih

Acuk losing focus sekejap dan membuat acuk hilang semangat but coretan dari kawan mengembalikan semangat. Terima Kasih buatmu kawan.....

Friday, June 02, 2006

Kerinduan

Kepada dia yang mengenalkan acuk pada dunia blog ini......

You may not have ever seen me
But you know that I am here.
You can feel me in your heart
As you enter each new day.
I will always be there for you
I am your friend.
Someone to share the good times
As well as the bad.
I make no judgments by what you say
I just listen with my heart and
Hope to be of help in anyway I can.
I will be there for you now and forever
And always please remember
I am your friend!


If one day you feel like crying...
Call me.
I don't promise that I will make you laugh,
But I can cry with you
If one day you want to run away--
Don't be afraid to call me.
I don't promise to ask you to stop...
But I can run with you


If one day you don't want to listen
to anyone...
Call me.
I promise to be there for you.
And I promise to be very quiet.
But if one day you call...
And there is no answer...
Come fast to see me.
Perhaps I need you.



Usia perkenalan kita sudah menjangkau 3 tahun, namun kita tak pernah bersua...
dekat tapi jauh begitulah jarak antara kita...saling memahami....jalinan ukhwah tak pernah menyimpang dari niat kita yang ikhlas bersaudara...berlainan jantina bukanlah penghalang kemesraan kita...malah status diri juga bukan penghalang...kita memahami antara kita ada batasan...sentiasa saling mengingati, berkongsi masalah dan mencari jalan penyelesaian...kita saling menghormati....namun komunikasi antara kita terhenti seketika kerna perjuanganmu di sana dan semoga kembalinya dirimu ke tanahair akan membuat diriku bangga akan pengorbananmu meninggalkan segalanya di sini...demi cita -cita demi masa depan demi keluarga...tapi kini ketahuilah...acuk amat merindui kamu......amat sangat.....

Wednesday, May 31, 2006

Layan

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati telah letih

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

layan





Tuesday, May 23, 2006

Semangat SETIAKAWAN

early morning setiap hari acuk pasti terserempak dgn 2 orang kanak-kanak sekolah yang menaiki bas yg sama ngan acuk...sentiasa perhatikan budak 2 orang ni...pagi ni mereka terlewat skit...berlari-lari mengejar bas...yg sorang tu lmbt skit berlari tp yg di depan tak la tinggalkan dier...dier berhenti then tarik tgn kawan dier supaya tak la lambat sangat....then masa naik bas budak yang lari laju td book tmpt utk kawan dier...masa turun dier ckp kat kawan dier tu baik jgn lompat nanti jatuh...acuk terpikir mungkinkah budak yg agak lembab tu ader penyakit atau seangkatan dgnnyer??? maybekan sbb perangai budak yg cergas tu mcm Aiman..ala AIMAN tak kisah tu....heheheheeh

sebenarnya acuk nak luahkan pasal perasaan acuk yg bercelaru about my friend...rapat??ya boleh dikatakan agak rapat ngan acuk...acuk sangat mempercayainya tanpa was was...(hehehehehe) tapi suatu hari Allah tu maha Adil kan....DIA tunjukkan pada acuk bukti yang kawan acuk tu sebenarnyer berpura-pura tak ikhlas dlm persahabatan kami....apa yang telah dia buat...?herm biarlah rahsia..(chewah cam SITI pulak)tapi yang acuk herankan kalau org lain mesti benganng giler atau mesti marah atau jauhkan diri dari org yg sebegitukan...tapi acuk tak mcm tu la...acuk cuma terkilan kerana dia tidak ikhlas dlm bersahabat...sedangkan acuk ikhlas sesangat...tanpa prejudis tau!!!sayang lagi adalah. maybe disebabkan rasa sayang tu la acuk tak ambil hati bila tahu yang dia bukannya ikhlas berkawan ngan acuk...

masih lagi bersahabat dgn dia, malah acuk buat mcm tak tahu apa2 pung....cuma acuk tahu lah dlm berbual2 mesra di hadapan di belakang acuk dier kutuk2 acuk....tahu sangat2...tak marah kat dia cuma nak tahu apa sebenarnya yang mengganggu hati dan perasaan dier...? kenapa tak boleh ikhlas dalam bersahabat??? kenapa harus berpura-pura?

buat dia yang acuk maksudkan...acuk tahu kamu membaca blog acuk ni...tahu sangat2...maka ikhlas acuk katakan...acuk sayang kamu...acuk mahu yang terbaik dalam hidup kamu...walau mereka mengata yang bukan2 tentang kamu acuk buat dono jerk...acuk sentiasa doakan yang terbaik buat kamu.....acuk tahu kamu meluat dgn acuk...acuk tahu kamu kutuk2 acuk...acuk tahu malah amat tahu...tapi acuk tak pernah berputus asa...dalam mengharap perubahan dalam hidup kamu....walau kamu tak suka cara acuk.....tapi fikirkanlah kenapa kamu membenci acuk sampai begitu sekali...kekurangan acuk atau kekurangan kamu...? acuk ada segalanya...malah acuk berharap semoga hidup acuk sentiasa bahagia.....harap kamu pun begitu...kalau kamu puas hati dapat kutuk kutuk acuk buruk burukan acuk....silakan lah...tapi ada ke kesannya terhadap acuk...?

tak adakan....acuk tetap begini...tidak sedikitpun acuk rugi...tapi kamu yang rugi sbb kerana perangai kamu yang bermuka-muka itu ramai yang memperkatakannya..ingatlah tak semua manusia sempurna....begitu juga acuk malah kamu pun...

cuba kamu fikirkan kenapa kebahagiaan yang kamu impikan itu tak dapat kamu genggam...?kenapa begitu susah untuk kamu capai...?kerana ianya balasan dari Allah...tuhan itu maha ADIL....bersihkanlah hatimu dik....ingat akak sayang kamu sesungguh dan seikhlas hati akak....semoga kamu bahagia...AMIN

Monday, May 22, 2006

kecemasan

jumaat, si muqrish ditimpa masalah kesihatan...alahai sian anak ibu.
so jumaat acuk cuti kecemasan la....manja tul maybe sbb dier dah lama tak bermanja so bila ibu ader di umah berbagai-bagai kehendak tu..nak dukung la..nak makan bersuap la...nak gosokkan gigi la...amboi amboi sabar je la ibu...takpe agakanyer dier klaim masa 2 bulan di kampung kot...heheheheeh

hujung minggu acuk ceria gak...sabtu berjumpa keluarga abang di bangi- bezday amirul subki 1 tahun...eppy bezday mirul!!! then petang tu ambik adik abah ND kat Danau kota bawak umah (bermalam) petang tu gak kakak acuk sekeluarga yang kat subang dtg bertandang ke umah...so memang meriah umah acuk hari sabtu tu...

hari ahad acuk duduk saja di umah petang baru hantar ija balik umah dia....melayan karenah danish dan muqrish....hujung minggu yang bermakna bagi acuk...

Thursday, May 18, 2006

Makan makan

malam td si junaidix ngan shai dtg umah acuk...makan makan...tak sangka plak si jun tu dok blok A dan acuk blok C. hehehe berjiran eh kiter...

paling besh si Danish berkerut kerut dahi dier...terjungkit2 kening dier ngengok si jun...pelik benor rasanyer...heheheeh maybe he say ntah sapa la budak ni dtg umah aku memalam buto...hehehehe sori jun eh....ngan shai danish ok...shai mengasah bakat jadi babysitter heheheeh jgn serik eh shai...

untuk shai dan jun timer kasih sudi dtg umah acuk mlm tadi...maaf andai tak dpt layan first class dan makanan tak sedap...huhuhuhuhu janji kenyang eh...kalau hujung minggu penuh table tu...hari kerje masak yg senang je kan....rushing...jangan serik tuk bertandang lagik ke umah acuk eh...daaaaa

Wednesday, May 17, 2006

Maleh nak menulis

Maaf acuk maleh nak menulis sehari dua ni...ok
tak tahu ngapa maybe blog blues kot...ekekekeek
tapi acuk tetap ceria...

Tuesday, May 09, 2006

Nostalgia Zaman Bebudak Dolu Dolu

td pagi acuk teringat kisah zmn budak-budak dulu...masa tu arwah ayah masih ader...umur acuk masa tu 11 thn...disebabkan acuk anak manja ayah maka kalau arwah ayah ke paya (sawah padi) acuk tak pernah ditinggalkan....arwah ayah ader bela lembu dalam 10 ekor...pernah dengar org tunggang lembu...? kuda pernah la kan??? hah acuk bab2 tunggang lembu terrer tau....suka sangat...tak takut pung kat lembu2 tu...paling suka tunggang lembu nama putih...kesayangan acuk tuh...geng!!heheheentah la...acuk mcm budak lelaki masa kecik2 dulu mungkin sbb atas acuk ader 2 org abang so lasak la sikit...lagi satu yang acuk masih ingat...masa musim menuai...bukan tolong ayah pung tapi acuk memporak peranda keadaan aderlah..mana tak nyer....siap berenang dlm paya tu lagi...ekekekeek nasib baik tak lintah ke pacat ke tak buat hal kalau idak...hehehehe nasib la....

acuk suka tangkap ikan dlm paya...suka sangat beso beso ikan tuh...kekadang kacau kerbau berkubang...kejar anak depa then bapak kerbau kejar acuk hehehehe....sekolah rendah acuk iaitu sekolah kebangsaan langgar merupakan sekolah tempat Tun Abdul Razak dan anak2nyer belajar dulu...terletak di tepi sungai dan paya tu (sawah padi) kalau balik sekolah kalau tak ke sungai mesti kat paya acuk melepak....arwah ayah selalu nyer tak pernah miss ambil acuk sbb dier tahu acuk mesti melilau....tapi sampai la ni acuk tak tahu berenang....wakakakakaaa...kalau ader pertandingan merentas desa acuk memang selalu menang sbb dah biasa sangat ngan lorong serta jalan kat situ...aci redah je la....kalau air sungai tohor acuk selalu cari kepah dan yang sejenis dengannyer...pernah acuk terpijak lubuk buaya...hehehehe seram beb...masa tu nak belajar berenang....sbb tu sampai la ni tak pandai sbb terbantut keinginan tu...agaknyer buaya tu sumpah acuk kot....hehehehe

kalau pergi sekolah naik basikal selalu kami berlumba...dr umah acuk ke sekolah adalah dlm 7 km atau 3 batu...so suka la berlumba baik lelaki baik perempuan..siap berenti tepi jalan ambil biji buah getah atau ader sejenis pokok tu warna warni buah dia...kitaorang buat peluru...rejam kat member2 supaya terganggu tumpuan so bley la menang...pernah acuk jatuh dlm longkang beso tepi jln tu...pitam n pengsan dlm beberapa minit...blur kejap...hehehe kene kejar ngan mawas la...kelakar sungguh masa kecik2 dulu...acuk suka gak masuk hutan masa kecik2 dulu adventure la konon last2 dpt laki memang yg kerje dia masuk hutan...hahahahaah ambik kau...

herm nak citer panjang2 tapi masa tak mengizinkan so next time sambung lg nostalgia ini ok...daaaa muahsssss

p/s hubby dpt cabutan bertuah set hi-fi mlm td masa Barbq kat kem...herm best...bley simpan dlm bilik anak bujang tuh...selalu dpt cabutan bertuah...bertuah sungguh hubby acuk tuh...jeles den...

Monday, May 08, 2006

Akhirnya penantianku berakhir

Walla....Yang Tersayang selamat sampai ke pangkuan kami sekeluarga pada hari jumaat pukul 11.30 mlm...syukur alhamdulillah...

pagi esoknyer bila danish bangun pagi (cam biasa kul 5 pg) terkejut cipan kenit tuh...heheheh yelah bukak mata bukan ibu yang di sebelah but org lain...yg tengah tersengih lebor...terkebil-kebil mata kenit tuh...then mencemik-cemik nak nangis...hehehehe acuk dah nyuruk dah masa tu...nak tgk reaksi danish...tp sian plak tgk danish nak nangis...ambil la dia n dukung. suka hati danish terus sengih...sampai pagi tadi masih danish tak berapa ngam ngan abah dia...sian abah!! kejap2 dia mahu la tp itupun kene ada ibu dok sebelah...takpe la take time...

banyak laporan yg acuk bg kat abah ND...sian abah ND nak jumpa muqrish..tak ader muqrish sunyi umah, abah ND ckp....rindu dia pada muqrish...sabarnyer sayang...ibu pun rindu gak kat anak kiter tu...

p/s: cuti di tangguh sehingga selasa...rabu baru acuk start cuti...

Wednesday, May 03, 2006

Salam Sejahtera

Tau tak semalam betul2 membuat tahap kebengangan acuk sampai bley membunuh seekor cipan atau membantu gaban mengalahkan musuh dunia….

Sbb aper eh…? Sebab smlm acuk sampai umah pukul 8.25 mlm….ni RAPIDKL la punyer pasal….tensen tul tau!!!!!nasib baik Danish baik jerk semalam kalau idak…mahu acuk bakar bas baru tu yg menyusahkan acuk…dan pagi ni sampai opis kol 8.15 pagi….bengong betul2 bengong pemandu dan org yang bagi idea cara system baru ni…eeeeeeeeeeeeee

Kay another story plak….dlm bas td ader sorang kakak tu duduk sebelah acuk…kami bercerita la…then tetiba dier mencurahkan masalah umahtangga dier kat acuk….errrrr no choice acuk dgr dan sesekali mencelah….ekekeek mcm kaunselor la plak….then bila nak turun tu dier suruh acuk teka umur dier…acuk ckp la 30-an kan…tapi nyata jawapan acuk meleset jauh tau!!!!umur kakak tu 53 tahun la….53 tuuuuuu dah separuh abad tu tapi cun wooooo…dier bagi acuk pegang lengan dier…acuk pegang la…ooooooooooooooiiiiiiiiiiiiiiiii halus nyer……….malu la acuk yang muda ni…hehehe then dier kasi la tip2 untuk awet muda…WALLA…!!!!!!jangan mare…dpt petua lagi….heheheeheh tak sia-sia acuk jadi pendengar yang baik…ekekeke (acuk tgk ic kakak tu tau!!!memang dieer tak tipu…)

P/s hari ni last keje..esok lusa minggu depan monday dan selasa acuk bercuti…hubby balik jumaat, esok acuk mahu ke spa..dan mengemas umah…semoga Yang Tersayang happy bila balik nanti…mahu bagi yang terbaik bagi menyambut kepulangan Yang Tersayang…daaaa

Tuesday, May 02, 2006

Pagi-pagi sudah pening

ooooohhhh rapidkl...mengapa kau buat kepala ku pening hah...?
starting today acuk akan pergi kerja menaiki 3 buah bas....banyakkan...
ni rapidkl puneyr pasal la...bukan mempercepatkan malah melambatkan acuk lg ader la...
ni gara-gara sistem baru mereka la kononnya lagi cekap..hampeh tul!!!
3 bijik bas...bayangkan...acuk turun naik 3 bijik bas....hey....pening kepala acuk pagi td...tp mujurla ader bas dr keramat ke titiwangsa melalui national library...
acuk memang ader 2 pilihan dr giant taman permata tu...samaada nak naik bas ke titiwangsa dr situ then tukar bas ke keramat/klcc dari situ atau naik bas ke keramat dari giant tu then tukar bas ke titiwangsa...hahah pening kan....acuk prefer dari umah ke giant ke keramat ke titiwangsa...lagi senang..bukan apa kan jln genting kelang tu teruk jem nyer...biul biul...

today jadi perhatian becoz' of my fesyen...hehehehe sekali sekala acuk suka buat stail camni..pakai tudung stail bienda...baju ikut cutting...heheehee saja jerk..

p/s lagi 2 hari yang tersayang akan balik...counting the days...herm..walla

Friday, April 28, 2006

Utusan Melayu Tulisan Jawi

Utusan Melayu Tulisan Jawi akhirnya akan ditebitkan semula pada bulan Mei...
Pada hari ini majlis menandatangani MOU antara KeKKWa dan Utusan Melayu Berhad telah diadakan...my unit adalah urusetia majlis...tapi herankan mcm tak bz jerk acuk ni...hehehehe pandai cilok tau!!!!

dan pada hari ini jika tak ader aral melintang, acuk akan bertemu dgn Kak Seriadriani setelah sekian lama janji dibuat dan dibatal...herm hope hari ni jadi la erk...akak....hehehehe

apa lagi ya...herm next week kalau tak ader aral acuk akan publishkan kat sini video danish berceloteh sorang2..besh tahu buat candid ni...dan next week acuk cuma bekerja 2 hari off 3 hari...besh ooooo....yahoooooo...(sebenarnyer dah malas tahap cipan dah ni)sbb hati ni dah terdera ngan perpisahan yg lama dgn yang tersayang..with out hear his voice...herm miss him so much...apatah lagi exam dah habis so tak bz jd otak ni makin mereng la...wawawawawa...nasib baik ader danish..huhuhu

p/s hari ni merepek sbb tak ader mood...nak jejalan umah member blogger la...

Thursday, April 27, 2006

Merdeka

Yahoooo....dah merdeka...herm ala final tak final acuk sama jerk rasanyer...dlm tempoh 2 minggu before exam...acuk dah menonton 5 movie di tgv...klcc...hahahah enjoyed beb...jadi tak ader maknenyer acuk say merdeka pun...hehehehe
senarai movie yang acuk tgk ialah :

1. ice aged 2 --- teringat ice aged 1..ingat ader baby tu dah besar rupanyer tak ader...
2. 8 below --- sian tahu anjing tu kene tinggal...ok la citer ni...
3. bujang senang ---- tak suka audio dier...suara pelakon tak kene ngan mimik mulut depa...susahnyer la nak buat...tapi citer very nice
4. ultraviolet --- action movie yang acuk tgk sampai habis tak berkelip mata tuh...besih betul...kagum tul ngan badan actress tuh...hehehe bentuk dah sama cuma tinggi acuk ketinggalan la...ahahaha sampai kiamat tak boley sama tinggi ngan dier..

5. the wild --- walla pecah perut tuh...


so kekawan...exam acuk dah habis dan itulah cara acuk menghadapinyer...jangan tiru sbb acuk memang suka relaxkan mind..dan tak pernah gagal lagi..masing2 lain cara..nanti kiter tgk acuk dpt aper result nyer nanti k...tunggu!!!!!

p/s : danish dah pandai make action utk merangkak...cuma not moving yet...suka sanngat dier mengemas umah sekarang ni...huhuhu minggu depan yang tersayang balik...best nyer.....zasssssssssssss

Thursday, April 20, 2006

Di pagi yang hening

tepat pukul 5.15 pagi si "alarm clock" acuk berbunyi....hehehe Danish la ssapa lagi...

Tgh syok syok acuk mandi tetiba di pagi yang hening kedengaran bunyi "gedebuk" then di susuli bunyi tangisan seorang bayi....perh cukup nyaring sekali....hah itulah si Danish alarm clock acuk...dengan keadaan ####(sensor)...acuk bergegas kuar dari bilik air...alahai sian anak ibu...jatuh katil...musykil musykil macam mana boleh jatuh eh...danish cuma pandai ke depan dan kebelakang....guling2 tak pandai...tp berdasarkan situasi pagi td rerasanya dia dah tambah skil dia la tu..tulah time ibu depan mata tak nak tunjuk skill tu...kan dah jatuh...hehehehe

Danish apa lagi manja teramatlah sangat pagi tadi...lewat acuk pagi tadi tapi masih sempat sampai opis on time...alahai anak ibu...sian pipi anak ibu merah erk...pandai plak dia jatuh mengiring...kalau jatuh menelentang bahayakan...masa hantar ke pengasuh muka tu mencebik cebik...mintak simpati la tuh...hehehehe acuk dah pesan kat pengasuh supaya tgk any different kat danish...manalah tahu ader kesan apa-apa kan...bimbang gak..

ok pasal exam semalam..herm b4 exam meet member2 tgk depa punyer nota...perh mcm nota nak bagi lecture jerk....acuk punyer nota..?ekekeke kaler2 gitu..ader warna merah, kuning, hijau, coklat...hahahah warna warni dan meriah gitu..bukan apa bagi acuk senang nak ader mood kalau nota meriah gitu...itu masing2 punyer gayakan...3 jam masanya dm 1 jam acuk dah siap...mula la tercongok2 nak kuar segan..tunggu after 2 jam baru acuk kuar tu pun sebab member sebelah kuar...baru berani ader member..puas hati? herm ya acuk puas hati..soklan esei memang acuk confident tapi soklan ibjektif biul biul skit...hahahaha masa ni la guna logik jerk...ekeke sori a..bab ibjektif memang lemah skit..

ok la after this hingga 26 april acuk tidak akan membuat sebarang entri..ini adalah disebabkan paper final minggu depan adalah subjek kegemaran acuk dan acuk nak score at least grade A untuk paper tu...so acuk akan lebih menumpukan perhatian pada paper ini...smlm punyer paper acuk target B..so tak ader la concern sangat paper semalam...hehehe boleh gitu????walla...daaaa

Friday, April 14, 2006

Final Exam just around the corner



Inilah tukang riuh, kaki bising, si membebel, pengacara, dsb...


Final Exam akan bermula 17 April hingga 8 Mei 2006...acuk punyer subjek hari Rabu ni 19/4/06 dan 26/04/2006...sekarang tgh study...study budak yang dlm gambar tu la...study subjek???ooo bukan my behavior la....acuk ingat apa yg diajar dlm kelas jerk...tips2 yang dibagi...dah right on my mind cuma akan refresh 1 dan 2 hari b4 exam..

p/s so acuk big luck 4 u...walla....ya ya jerk acuk ni...hehehehe (jgn gabrakan diri..yakin pd diri maka berjayalah nanti...)ini pegangan acuk kalau nak exam...setakat ni alhamdulillah berjaya...

Monday, April 10, 2006

Muqrish Yang Ibu Rindui...



Ni la gambar pengubat rindu acuk pada muqrish

minggu lepas acuk berkursus...bengkel pembacaan...memula pergi kursus tu terpk gak...utk apa kursus ni? rupa2nyer utk ajar kiter cara membaca dgn cepat..speed reading....setiap sessi ader ujian kecepatan membaca...kami dibekalkan dgn graf utk tgk prestasi kami...acuk tak bley buat graf...sbb over the graff...hahahahahah cepat sangat membaca....acuk tak tipu tau...sbb lepas membaca ader soklan kene jawab...jadi acuk bley jawab meaning...acuk membaca la...tak cilok tau!!!bagus gak kursus ni bley tajamkan skill membaca sblum exam...dlm bengkel ni acuk asyik kene attack jerk ngan fassi...pantang tgk acuk borak ker...baca sms ker...mesti dia sebut nama acuk...eeee sabar je la...kekadang tu bila jawab soklan jerk mesti dia ckp hah budak yg nak ambik exam tu sila sila la jawab...tak kuasa!!!!!kiter mak budak tau bukan budak....

danish pulak tgh menajamkan skill reverse dia...hahaha meniarap then mengundur...ke depan? lupakan la...perut boroi camtu...susah nak ke depan...tp setengah budak memang camtukan...undur dulu baru maju...then guling guling...

acuk call kg cakap ngan muqrish rindu la plak...after 1 week baru call dier...tu pun sbb tak tahan menanggung rindu...tp dia...herm besh jerk gi camping....whua ahuaahuuuu jeles la ni....

p/s dpt cikgu pompuan ajar memandu yg tersangat la bodoh sombong...geram acuk tp dah tukar org lain...dia ingat kiter tak pandai komplen???siut jerk....

Monday, April 03, 2006

Tuhan Terima Kasih!!!

Its my bezday…..walla
Eppy bezday acuk…hehehe

Last week bad thing happen….menilai jauh ke dalam diri…Tuhan kau telah menyentak ku dari kealpaan….terima kasih kerna menyayangi ku…..

Terima Kasih yang tak terhingga pada Ztty (member blogger) yang telah memberi moral support ketika acuk perlukan somebody...
Terima Kasih jugak pada dia (member chating) yang sentiasa cuba menceriakan acuk...

sebenarnyer acuk tak teruk sangat bab terpisah ngan anak2 tu yg feel bad...tp alhamdulillah danish masih menemani....muqrish...sayang maafkan ibu...terpaksa tinggalkan muqrish di kg...maaf sayang...truly i am...

Today ader good news….perang dingin antara acuk ngan opismate baru telah bertitik…noktah…everything settle. Acuk tak tahan menyimpan dan mendengar cerita pihak ketiga…maybe lebih byk yg tak betul dr yang betul…so acuk face to face ngan that girl dan tanpa berkata apa2 cukup la ngan one hug kami dah berbaik…acuk tak pandai menyusun kata2 sbb tu acuk peluk je dia…air mata automatik turun…alhamdulillah…dia bley berkata2…dia minta maaf…acuk harap tiada lagi sengketa antara kami….

Another good news….my hubby akan balik bercuti selama 3 hari….3 hari jerk..? cukup laa utk pengubat rindu kami anak beranak…dan ketika acuk memerlukan sokongan suami tersayang b4 final exam minggu dpn...sayang aku menunggu kepulangan mu penuh harapan...

Thursday, March 30, 2006

PTD

Dia: u bley mintak jadi PTD

Aku: err...boleh ker #? Saya ni dulu ambik finance then ambik mass comm then keje plak kat library...(library science tu)...lain tu

Dia: itu yang bagus...awak multi tasking....orang macam awak la senang nak dpt jadi PTD...awak tahu banyak bidang..mulut tu pun...boleh tahan...(sambil angkat kening)

Aku : gelak beso...hahahaah # ni...ke situ plak ..org tak tahan dgr saya membebel nanti...

Dia: la....saya cakap betul la melalui pengalaman saya...kerje tu memang sesuai tuk orang macam awak...percayalah...

Aku : akan saya pk kan...kat opis pun depa pun suruh saya apply jadik PTD...tapi susah la sbb kene exam....

Dia : eh dia ni...cubalah ambik exam tu...tp lepas awak abis mass comm la....sblum tu jumpa saya...saya baca skit...2 utk awak...(passtu gelak beso)

Aku : pun gelak beso....insya Allah Prof....

Begitulah citer seorang aku ngan seorang dia yg aku jadikan idola...herm PTD? Akan ku fikirkan......

Monday, March 27, 2006

Itu..Ini..Begitu..Begini...

Happening / good mood n tersangat la happy kerana :

1. Dpt highest mark utk mid term.
masa ni terasa sgt ketiadaan hubby sbb tak dpt nak kongsi ngan dia (feel bad)

2. BEING CLOSED WITH SOMEONE
jgn salah fhm taau!dia ni kira mcm kaaunselor la(kekdng kene release tensen gak)

3. Jejalan window shopping sepuas hati
kuasa di tangan ku...huhuaaahhhh

4. Gaya baru
masa duty kaunter hari sabtu...melaram skit ubah stail dressing..tiru stail bienda(seme tegur said wow cantik....)tak sia-sia ubah imej you...


Tensen / mereng dan biul kerana

1. Tak dpt jumpa kak seriadriani
masa kak seri dtg acuk cuti...(rasa cam nak nangis jerk)

2. buat assigment utk mass comm
lecturer kasi bln Jan hari 26 kener hantar 24 terhegeh2 buat!!! movie critic - film yg kener critic Long Khong...huhuhuhuh brutal tul lecturer acuk tuh..wahwahwah
(buat kerje last minute memang stail acuk study- susah weh nak ubah)

3. tak dpt buat presentation utk subjek bahasa Melayu Komunikasi
One of our member tetiba nak drop paper...kene buat overrall balik..
(Geram siut)

4. naik teksi yang adjust meter (mehel giler)baca ikut loghat PAHANG kay!

Tuesday, March 21, 2006

Rutin yang biasa

mcm ni la everyday...nothing interesting happen...kecuali Danish jatuh dr buai... jatuh sbb tali spring putus dan spring tu pun putus 2...hehehehe nasib baik la bawah buai tu memang ader letak tilam ngan bantal..sbb dulu muqrish pun pernah jatuh buai gak...agaknyer seme anak2 acuk akan ade pengalaman jatuh buai kot...hahahah
hey acuk tak buai laju pun kaay....taapi dah takdir agaknyer...ala baby dah tambah kilo kot...ahakssss (alasan)

muqrish pun dah tak pakai pampers...1 hari jerk training dah pandai....herm memang anak yg baguih...dr dulu lagi acuk berbangga ngan muqrish...danish...? masih awal utk dinilai...muqrish kan masa adik dia jatuh tu...masih tido pagi lagi masa tu...tp dgr aje adik dier menangis (terkejut babykan) cepat2 kuar dari bilik tido dan mulut riuh bertanya...ngapa ibu ngapa..? sekali tak jawab...huh...mulut....maka acuk jawab la baby jatuh buai...acuk sibuk peluk pujuk baby...tak mahu diam...then muqrish cepat2 capai mainan baby sambil mulut tu riuh suruh baby diam like dis.."ala ala ala laaa diam erk baby abg sayang baby..." uiks magic u....terus baby diam...mak acuk puji muqrish...pandainyer abang(tercabar ibu)hehehee...muqrish apa lae uiksss kembang kempis hidung tuh...ekekeke apa pun timer kasih ya sayang....ibu sayang muqrish...........

p/s mak ckp memang dier perasan kalau baby nangis...muqrish lalu dpn mata pun baby akan diam....pastu kalau muqrish senyum jerk baby dah mengekek ngekek suka...ajaib sungguh sentuhan kasih sayang antara 2 beradik ni kaan...harap-harap sampai ke besar la ya...(sejuk perut acuk)hey dah aircond sejuk sejuk la kan

Monday, March 13, 2006

Ombak rindu melanda lagi

ekekeke...klasik tajuk kan...hahahah mcam biasa selama 2 bulan acuk akan menjalani kehidupan di kota ini tanpa kehadiran yang tersayang di sisi...kali ini yang tersayang bertugas di sempadan Malaysia Thailand...herm semoga Allaah melindungi Yang Tersayang semasa bertugas...

Tahun ini agak berbeza sikit...life with out him really tough dis year...dengan kehadiran Sikecil Danish, kenakalan Muqrish dan kesibukkan acuk belajar herm memang penat...tapi alhamdulillah masih ada jalan utk mengatasi semua itu...pertama acuk ambik maid...temporary maid. then emak acuk ada di sini...lega la sikit...sbb sepanjang minggu acuk tak lekat kaat umah...jgn salah faham bukan pergi merewang tau tapi belajar...baik belajar memandu mahupun belajar pjj. study group hujung minggu jugak memenuhi jadual acuk..sian sikecilku...acuk cuma ada masa yang sikit utk dia..inilah pengorbanan acuk...

harap selepas yang tersayang kembali bulan 5 nanti semuanya dah settledown..lagipun masa tu dah cuti semester..jadi bolehlah kami sekeluarga pergi holiday...bestnyer.. tak sabar pulak...anyway doakan yang terbaik for me okay...

Monday, February 13, 2006

what happen...?

Alhamdulillah…, akhirnya acuk dapat jugak curik sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu di blog ini…Che wah puitis la pulak bahasa acuk nih…heheheeh..

Lamakan acuk tak write something kat sini…sibuk, sungguh sibuk la..windu betui…disebabkan kesibukkan yang menyerabutkan kepala otak acuk nih maka acuk telah menukar sekali lagi setting blog acuk nih…fuhhhh biar plain jerk…tak nak makin serabut kepala. Dats y maka tak ada tagboard sebab acuk memang tak akan ader masa nak menjawab di tag board…sori guy…L.

What ever it is ader maklumat yang acuk nak kongsi ngan member blogger seme iaitu kepada sesiapa yang berminat boleh la menyertai program opis acuk nih…hubungi acuk kay apa ke benda tu…? Jeng…jeng jeng…baca bawah nih :

SEMINAR TULISAN JAWI PERINGKAT KEBANGSAAN AKAN DI ADAKAN PADA 6-7 MAC 2006 BERTEMPAT DI AUDITORIUM JABATAN MUZIUM DAN ANTIKUITI. SATU PAMERAN MENGENAI TULISAN JAWI JUGA AKAN DIADAKAN SELAMA SEBULAN BERMULA 1 MAC SEHINGGA 31 MAC BERTEMPAT DI GALERI 2 DI JABATAN MUZIUM DAN ANTIKUITI.

SEMINAR INI ADALAH ANJURAN BERSAMA PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA DAN JABATAN MUZIUM DAN ANTIKUITI. SEMINAR TULISAN JAWI INI MERUPAKAN PROJEK KHAS PUSAT MANUSKRIP MELAYU.
(opis acuk la tuh tu yang bz tuh...huhuhuhu)

P/S Danish dah pandai melaju…huhuhu hebat anak ibu tuh…

Tuesday, January 24, 2006

Wednesday, January 18, 2006

Maaf

Uikssss...ungkapan maaf laagik...heheee

minggu ni acuk bz sesangat...so nak uploaad gambar dan jejalan blog kekawan memang tak dpt...nak touch up umah ni pun tak sempat...mana yang tak kemas tu ...buat-buat rabun ayam je la ya...

till then chow........

p/s sebenornya kami akan adakan seminar & pameran tulisan jawi peringkat kebangsaan Bulan Februari ni thats y bz bebenor...errr ader sesiapa yang mahu hadir...? acuk boleh jemput...

Monday, January 16, 2006

Bz la Today

so sorry today i'm bz so gambar tak dpt diupload...
harap bersabar...

Friday, January 13, 2006

Belum Terlewat

BELUM TERLEWAT

Semalam acuk cuti kecemasan Sikecil Danish tak sihat...tapi alhamdulillah tak meragam sangat.

Tajuk di atas sebenarnya berkaitan dengan azam tahun baru 2006 acuk...Tahun lepas azam acuk ader 3. 2 sudah tertunai 1 jerk belum iaitu Lesen Memandu..Dis year acuk kena ambik la...Lagi satu azam acuk ialah untuk jadi Surirumah tangga yang cekap...Ngapa acuk cakap acuk tak cekap? sebab baru ader 2 anak dddah kelam kabut uruskan segala urusan...rasanyer belum terlambat lagikan untuk acuk berusaha jadi ibu dan isteri yang baguss...hehehe tu la bahana jaadi anak bongsu...dulu2 tak ambik peduli pasal masak memasak jaga anak buah...hah sekarang mulalah bengong2 skit..yang pakar cuma menghias umaah basuh pinggan mangkuk dan kain baju...pakaar pun sebab tulah tugas acuk masa di kampung dulu sampai la sekarang kalau berkumpul adik beradik...

yelah acuk ader 4 org kakak..seme terrer memasak so bila ader depa acuk memang tak jejak dapur...hehehe tugas acuk di depan umah..kemas umah...masa nak kahwin dulu pun acuk aci redah jerk...yakin yang acuk boleh handle urusan umah tangga nih...lagipun boleh belajarkaaan...so sampai sekarang la acuk belajar...belajar jadi pakar memasak...hehehe

Wednesday, January 11, 2006

Sunyi Sepi

Todak melanda....? eh dak la...bukan toddak tapi sbb seme opismate bercuti so tinggal la acuk sorang2 kat opis ni...yelah kan kiter dah bercuti 2 bln kasi can kat depa pulak bercuti kan....ala lgpun raya korban ni acuk beraya di kl jerk...

anyway ngadap pc dpt member2 baru si duck and si mrshai111...thanks kerna menceeriakan acuk kat opis nih...hehehee

semalam acuk masak nasi tomato...beraya bersama Yang Tersayang dan adik ipar..buah hati 2 orang tuh.meriuhkan suasana..sorang melalak soranng lagi menjerit kiranya meriah gak umaah acuk tuh...penat jugak acuk smlm melayan tetamu dan dilayan oraang (gi beraya la)al-maklumla masa raya puasa hari tu acukkan baru 3 hari lepas bersalin so kali ni acuk melaram sakan la...raya korban pun raya korban la....

ngadaap pc tak dak keje lain la mengodam pc but masih blum ada mood utk tukar cat dan kain langsir umah acuk nih....bila la agaknyer erk...heheheee

Sikecil Danish sudah pandai meniarap. Mlm tidur lena sampai pg tadi kul 5...maybe penat melalak siang hari kut...bagus...acuk blh rest...hari senin nanti tgk la acuk uploadkan gambar2 terbaru kami sekeluarga...sekarang acuk nak khatam novel Norhayati Berahim...almaklumlaa tak dak orang kan....

Friday, January 06, 2006

Citer terbaru next week kay...

Maih blum boleh bercerita panjang di blog...malah byk lagi blog kekawan yg masih blm di jenguk...sbbnya bz sesangat...baru keje 1 hari dah cuti balik...eh eh bukan cuti raya tau tapi cuti sbb bawak Danish cucuk 2 bulan...demam...dak tak demam pun...cuma Danish ni kurang ketinggian...hehehe ikut ibu dia kot...????habis la

Anyway after seme kerje dah sttle down baru acuk akan menulis panjang lebar di sini...wokeh...gambar Danish pun akan diuploadkan...dont worri akan ader gambar Danis menghiasi blog ini malah acuk pun teringin nak tukar warna blog acuk ni...boring la plak asyik yg ni jerk...but take time la kan...skrip meskrip (bahasa PC)ni pening skit kene ngadap dier jerk dan tak bleh ader kerje lain mengganggu...till then chow...assalamualaikum n jaga diri..

Tuesday, January 03, 2006

KINI KU KEMBALI....

uihks.....rindunya acuk kat blog ni....rindu rindu kat kekawan seme....cup cup cup (cium pc) heheeee....

Ok...pertama sekali acuk dah selamat melahirkan baby boy (AGAIN!!!) pada 1 Nov 2005...tatkala mereka yang beragama hindu menyambut thaipussam....acuk sambut baby baru...pukul 7.33 pagi di hospital taiping, Perak...namanya???? Muhammad Adam Danish seberat 3.1 kg..dah 2 bulan dah...kojap jerk rasanya...ni tgh merindui Danish ni...baby dah pandai sembang...gelak-gelak...herm...

hari pertama bekerja ....kecoh gak opis ni acuk buat...hehehehee n i miss my opismate yg sambung study...tak sempat jumpa...now tgh pk2 samaada nak apply kursus kat Jepun tak...herm jeles gak kat kak Zar yg pi sana hari tu...but tak sanggup rasanya nak tinggalkan baby...

lagi apa citer erk...terkedu ni hilang kata-kata...herm nak round2 blog2 member...ta da...muahssssszzzz