my passion

my passion

Saturday, November 25, 2006

Akhiran segalanya

akhiran sebuah persahabatan yang selama ini begitu acuk jaga...
akhiran kesabaran acuk pada segala karenahnya....
kini acuk rasa teramat lega

ya Islam melarang kita memutuskan silaturahim sesama umatnya tapi acuk dah tak mampu bilamana umat yang sorang ni rupa-rupa begitu asyik menebar fitnah di belakang acuk, cukup asyik melemparkan kutukan agar orang di sekeliling acuk memandang serong dan menjauhi acuk...jadi inilah akhirnya...acuk memutuskan persahabatan antara acuk dan dia...acuk dah tak mampu memaafkan dirinya....andai maruah diri acuk dijaja dan biperlekehkan sehingga rumahtangga acuk pun mahu diruntuhkan maka runtuhlah jua belas ihsan acuk terhadapnya...

kemuncak kepada segalanya acuk dan suami ingin bersemuka dgnnya tapi ternyata umat yang sorang ini tak mampu menganggung kesalahannya kerana dia terlalu gementar berhadapan dgn acuk dan suami...kalau tak bersalah kenapa melarikan diri...sungguh enak menyebarkan pelbagai cerita kenapa tidak mahu membela diri atas tindakan sebegitu???nah di sini sudah terbukti dia memang pandai berpura - pura...

sekarang di sini di opis ini...ramai yg memepertikaikan tindakan dia...sekarang sudah ramai yang mengetahui siapa yang bersalah dan siapa yang benar!!!malah dia sudah mula dipulaukan oleh masyarakat opis ini...serba tak kena dirinya ketika ini..mudah acuk mahu ketawa atas pembalasan ini tapi acuk cukuo bersyukur kerana tembelangnya sudah pecah...sekarang dia harus menanggung akibat perbuatannya kepada acuk....

Tuhan...kiranya masih wujud keadilan di muka bumi ini...Alhamdulillah syukur pada-Mu

No comments: