my passion

my passion

Thursday, October 19, 2006

Tentang DIA,RAYA,SUAMI DAN ANAK-ANAK

Assalamualaikum...,

sebelum acuk bercuti hari esok dan balik ke kg di Pahang di sini acuk ingin memohon kemaafan dari pengunjung blog andai acuk menyakiti hati anda semua tanpa disedari ok...ok back to our entri...

Tentang DIA :-

Sekali lagi tidur acuk dihiasi mimpi bersama dia...kami berbual bergelak ketawa dan bergaduh...semuanya ada seperti mimpi acuk sebelum ini....dan sekali lagi acuk tergamam...kenapa perlu acuk mimpikan org yang sama 2 kali dalam tempoh sebulan??? tidak langsung acuk fikirkan pasal dia kebelakangan ini kerana kami sudah lama tidak bersembang di alam maya ini....aduh pening kepala acuk...kami boleh bersembang pasal keluarga masing masing seperti sebelum ini...rindukah acuk pada seorang kenalan yg acuk tidak bertemu ini????herm mungkin...apa pun acuk doakan kesejahteraan buat DIA walau di mana berada...

TENTANG RAYA :-

Dalam masa tidak sampai seminggu seluruh umat Islam di dunia ini akan menyambut hari raya...dan acuk sendiri tidak sabar utk pulang ke kampung menyambutnya...al-maklumlah tahun lepas acuk dlm keadaan berpantang jd tak dapat la nak sambut raya sehabisnya....Raya sentiasa merupakan hari yang acuk nanti-nantikan.kerana acuk cukup suka berkunjung ke rumah sanak saudara dan kenalan....tgk tv????huh acuk bukan tv maniac...tahun ini pasti acuk akan bawak suami dan anak2 acuk berjalan ke rumah kawan2 lama acuk semasa bersekolah rendah dulu....acuk dah siapkan list nama kawan2 sekolah rendah yg mana acuk tahu di mana letaknya rumah mereka...tak kiralah mereka akan pulang ke rumah ibubapa mereka atau tidak..al-maklumlah pasti ada yang beraya ke rumah mentua masing-masing kan...ok my old friends acuk akan serang umah korang jadi get rready wokeh....!!!!- sure hubby penant driving nanti...heheheheh

TENTANG SUAMI :-

Tahun ini kami beraya di pahang dahulu barulah ke perak kalau diikutkan tak yah balik perak tapi suami acuk dah lama tak balik kg dia sbb sibuk out station...jd sebagai isteri yang understanding (chewah) maka acuk pun bersetuju utk palik ke perak pd hari raya ke2 nanti...huhuhuhu penatlah raya pertama tu nak serang 30 bah umah...hahahahah baju melayu dia tak beli lagi jadi esok kami akan shopping baju raya dia..dia sorang jerk yg tak ader baju raya..anak2 dan ibu dah ada...ketinggalan nmpknya dia tahun ni...Abang, ayang mohon ampun dan maaf atas segala kesalahn ayang pada abang selama ini....sayang abang selamanya...insya Allah..

TENTANG ANAK-ANAK :-

Kedua anak kecil yang ditinggalkan di kg...amat acuk merindui mereka...tak sabar rasanya nak mendakap kedua-dua anak kecil itu...sudah hampir sebulan perpisahan kami...aduh seksa rasa acuk sampaikan berbuka dan bersahur acuk cuma makan ala kadar sahaja...selera makan acuk hilang bila anak tiada di depan mata.semoga perjalanan kami diredhai Allah dan selamat sampai ke kg utk bertemu dgn buah hati acuk ini...tunggu ibu ya sayang...muahhh

TO ALL :-

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL YG BAKAL MENJELMA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN...
SEMOGA SEJAHTERA DALAM PERJALAN PULANG KE KAMPUNG..DAN SEMOGA BEROLAH KEBERKATAN SEPANJANG BULAN YANG MULIA INI - SYAWAL DAN RAMADAN...SALAM KASIH SILATURAHIM UTK SEMUA...

No comments: