my passion

my passion

Monday, November 29, 2004

Seram la Pulak

Hem weekend memang memenatkan then yesterday Yang Tersayang kena on duty so bermalam hanya with my baby Muqrish. Adik ipar yang tinggal sekali tak ada sebab dah pindah ke umah yang disediakan oleh majikan dia..sebelum tido memastikan semua pintu dan tingkap berkunci dan bermangga bukan apa sebab bimbang ada yang tgh tunggu peluang utk m enceroboh . Lalai sedetik boleh membawa padah.

Lagipun di sini memang sudah ada kes rumah diceroboh dan dirompak...walaupun bukan apartment yang kami duduki kerana mungkin geng2 pecah umah ni takut sebab army yg duduk apartment ni tapi manalah tahukan. Mereka ni kekadang sblm pecah masuk tu dah aim dah umah mana2kan. Aku cuma tawakal pada Allah kerana semua usaha dah aku buat..

Tapi pagi tadi cerita lain pulak yg dengar kat perhentian bas...bukan aje pencuri bermaharajalela bahkan Pontianal jugak...alamak yang nih aku seram sangat...aiseh buatnya time hubby duty si Muqrish ckp ada org dlm umah kan naya ibu dia...si Muqrish takpelah tak tahu apa2 ibu dia yang tahu apa2 nih mesti lah seram sejukkan...aiseh what to do...? sekali lagi usaha utk menghindari semua ni aku buat dan bertawakal kepada Ilahi.

Call kampung ajak anak sedara yg baru lepas SPM dtg KL duduk sekali ngan aku sebab bila hubby on duty ada teman , lelaki pulak tu blh la diharap. Harap semuanya selamat doakan keselamatan acuk ya!!!

Thursday, November 25, 2004

Sibuk memanjang

Sepanjang minggu ni aku sibuk sikit sebab menguruskan kemasukan adik ipar ke Kptm Bangi bagi semester ke-2 nya..bayar yuran dan bla bla bla...Juga tak lupa juga urusan kemasukkan ke Uitm Shah Alam - ni eden sendiri la...bayar itu dan ini....bak kata memang sibuk jugak la...berkejar ke HKL utk X-Ray , kem wardieburn utk medical checkup..penat sangat sampai hari ni masih tak hilang lagi penat nya...tapi takpelah ini untuk masa depan eden dan keluarga jugak..
Oleh itu memang eden cuma memandang blog ini tanpa terniat utk tulis entri baru hari ni baru ada mood...wokey la sampai sini je la...keje pun banyak menanti..

Monday, November 22, 2004

Terima Kasih

Hari sabtu kemarin 20/11/2004, acuk buat open house dan acuk ucakpakn terima kasih pada yang sudi luangkan masa ke umah acuk dan minta maaf andai layanan yang diberikan agak kurang memuaskan. Maaf sangat2.. Kepada yang lain-lain bukan acuk tak jemput tp tak dpt contact almaklumlah memasing masih bercuti lagikan...buatlah open house insya Allah acuk mai..
Kepada Kak Sridiah, Pakcik EP acuk ucapkan terima kasih sesangat no...lain kali acuk belanja lagi kay..kali ni acuk sendiri masak...

Kepad abang Idham alahai hari tu acuk cuba contact abg tak dpt...tak ada jodoh lagi nak jumpa nampak gayanya...

Kepada Yang Tersayang Terima Kasih kerana banyak membantu urusan di dapur memastikan semuanya lengkap dan acuk dapat melayan tetamu terima kasih bang... :)

Monday, November 08, 2004

SALAM AIDILFITRI

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Esok acuk akan mula bercuti....diharapkan semuanya akan bergembira berhari raya bersama keluarga tersayang..
Jangan lupa minta maaf dari Yang Tersayang dan Ibubapa(sekiranya masih ada)adikberadik dan jgn lupa ziarahi pusara mereka yg terdekat..

Makan rendang atau apa sahaja hidangan yang istimewa di pagi raya tu beringatlah kiranya ada pantang larang...Insya Allah acuk akan buat umah terbuka selepas raya nih...Kalian semua akan dijemput hadir...

Pada yang sentiasa sokong acuk tp tak pernah tinggalkan nama namun memberi komen secara direct acuk hargai kesetiaan anda semua tak lupa juga yang mula mesra ngan acuk sebagai rakan blogger acuk ucapkan terima kasih atas komen membina dan huluran silaturrahim yang bersambut....

Akhir kata sekali lagi acuk mengambil kesempatan untuk mengucapkan
selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelma
maaf zahir batin dan
selamat bercuti
semoga anda semua bergembira...

Wednesday, November 03, 2004

Giliran beraya

Buat 3 tahun ini aku dan yang tersayang masih belum dok bertengkar lg nak beraya umah mak sapa dulu...sebab dari awal kahwin mcm dah tradisi giliran beraya jatuh bergilir-gilir...tahun umah mak aku tahun dpn umah mak abg...tak yah rebut2 memang dah faham....tahun pertama aku raya sorang2 walau baru bergelar isteri 2 bln sebab hubby pergi operasi biasalah askar kan..
syawal ke2 pun raya kat umah mak aku sebab aku dlm pantang melahirkan sikenit tuh...masa syawal tu umur Muqrish 3 minggu tp mak dia dah melaram dah...Syawal ke3 baru umah opah kat perak(mak hubby)masa tuh pulak muqrish baru baik demam campak dan baru berlajar bertatih...tahun ni ke umah mak kat pekan....rerasanya tahun ni meriah skit sebab cucu mak dah bertambah 16 org...dan paling bongsu cucu yang ada berumur 4-5 bulan habis la umah mak...

Agak-agak tentu bergegar umah mak...macam biasa tentu privacy utk baby tido di siang hari akan terganggu biasa la seme pakat berlari tak leh berjalan langsung berbudak tuh...umah luas..
Dlm ramai-ramai cucu tu tentulah kepulangan Muqrish yang dinanti semua sebab dialah satu-satunya cucu yang duduk jauh...anak2 mak 1 kat johor 2 kat sel dan 1 kat kl..(eden la tu) tapi yg duduk jauh beranak kecik cuma aku seorang....yang lain insya Allah tahun depan kot...abg dan kakak yg kat sel baru kahwin tahun ni bln 6 dan 8. So baby will come out next year je la..sementara itu saham Muqrish tinggi lagi la...tahun dpn balik perak...belah perak pun Muqrish la satu2 nya cucu jauh...abag ipar duduk kat kedah selalu balik perak anaknya...teman opah dan tok wan...

Aku seronok balik kg sebab aku dpt makan masakan mak dan mak mertua...kalau balik kg perut ni sentiasa minta diisi...lapar sokmo orang pahang cakap...hubby pun heran...kalau balik kg je mesti kuat makan mungkin otak tak stress kot tu yg lapar memanjang...

Monday, November 01, 2004

Minggu ke 3

Ramadhan memasuki minggu ke3 berpuasa. Hujung minggu ini ada agenda yang menjadi keutamaan aku setiap kali bulan November menjelma... Sebabnya anak kesayanganku Muhammad Adam Muqrish akan menyambut hari ulangtahun kelahiran yang Ke-2 pada hujung minggu ini..

Persiapan dibuat dari minggu lepas dan ini menyebabkan aku agak busy tambahan pula yang tersayang dari hari Jumaat tidak berbuka di rumah. Masih menghadiri majlis berbuka puasa di Kem. Terkejar-kejar seorang diri menyiapkan segalanya sambil melayan karenah si kecil kesayangan... di pejabat PC pula meragam...terpaksa masuk wad ICU... hem biasa la...oleh itu memang tiada entry utk beberapa hari...Maaf sesangat kepada yang setia ngan blog ini...

Minggu ini sabtu adalah hari bekerja memandangkan cuti minggu pertama dibawa ke minggu hadapan so minggu hadapan cuti awal skit utk balik kg..persiapan akan dibuat dari minggu ini justeru itu andai blog ini kekadang update kekadang tidak maaf jua dipinta...sengaja buat persiapan awal tak mahu tergesa-gesa...
Minggu ini dalah minggu penentuan saya....penentuan apakah itu..?
Tunggu sahajalah sampai minggu depan kay...untuk itu selamat membuat persiapan raya awas apabila membeli belah pastikan saku anda tidak dicerobohi....