my passion

my passion

Saturday, November 25, 2006

Akhiran segalanya

akhiran sebuah persahabatan yang selama ini begitu acuk jaga...
akhiran kesabaran acuk pada segala karenahnya....
kini acuk rasa teramat lega

ya Islam melarang kita memutuskan silaturahim sesama umatnya tapi acuk dah tak mampu bilamana umat yang sorang ni rupa-rupa begitu asyik menebar fitnah di belakang acuk, cukup asyik melemparkan kutukan agar orang di sekeliling acuk memandang serong dan menjauhi acuk...jadi inilah akhirnya...acuk memutuskan persahabatan antara acuk dan dia...acuk dah tak mampu memaafkan dirinya....andai maruah diri acuk dijaja dan biperlekehkan sehingga rumahtangga acuk pun mahu diruntuhkan maka runtuhlah jua belas ihsan acuk terhadapnya...

kemuncak kepada segalanya acuk dan suami ingin bersemuka dgnnya tapi ternyata umat yang sorang ini tak mampu menganggung kesalahannya kerana dia terlalu gementar berhadapan dgn acuk dan suami...kalau tak bersalah kenapa melarikan diri...sungguh enak menyebarkan pelbagai cerita kenapa tidak mahu membela diri atas tindakan sebegitu???nah di sini sudah terbukti dia memang pandai berpura - pura...

sekarang di sini di opis ini...ramai yg memepertikaikan tindakan dia...sekarang sudah ramai yang mengetahui siapa yang bersalah dan siapa yang benar!!!malah dia sudah mula dipulaukan oleh masyarakat opis ini...serba tak kena dirinya ketika ini..mudah acuk mahu ketawa atas pembalasan ini tapi acuk cukuo bersyukur kerana tembelangnya sudah pecah...sekarang dia harus menanggung akibat perbuatannya kepada acuk....

Tuhan...kiranya masih wujud keadilan di muka bumi ini...Alhamdulillah syukur pada-Mu

Thursday, November 16, 2006

Today nyer pos

gambar2 raya akan diuploadkan utk tatapan semua blogger yg setia ke mari pada hari terakhir bulan sayawal. kenapa? sbb acuk nak kumpul byk2 dan bila dah paparkan dari 1 syawal hingga 30 syawal maka akan ternampakla kemeriahannya...heheheh sabar kay...

sekarang apa ya yang acuk nak tulis???hehehehe tulis rutin acuk lagi ker???

ok la life bg acuk agak stress lately but i try to manage and deal with it...y memula sekali hubby acuk dah 2 mgg tidur di kem dan acuk sama ngan anak2 aja...di umah...setiap hari berulang alik dr umah acuk ke umah pengasuh cukup mencabar tau...umah acuk tngkat 3 umah pengasuh tingkat bawha sekali tp berlainan blog...pagi2 acuk kuar keje kul 6.00 pg. turun sblm anak2 jaga dr tidur, angkat kereta sorong baby, letak kat bawah..naik atas angkut budak2...nasib baik ler muqrish no hal bila disuruh berjalan...dah biasa bangun pagi...tak byk songeh...yg banyak songeh ialah si danish...masa hantar setiap hari dia akan menangis..yang kelakarnya setiap kali hantar nangis2 jugak tpkan bila pengasuh hulur tgn nak dukong..dia pun sambut jugak...heheheh comel tul...balik pun begitu jugak...nmpk ja acuk terus nangis mintak dukong tp sampai umah tidur sampai kul 8...hehehe senang jugak acuk nak uruskan apa yang patut...

penat tul..mgg depan acuk ader final exam from 21 n 22..berturut2 tapi acuk still tak study...acuk tak ingat apa2 pun...aduh cuma acuk curi masa dlm bas utk baca note apa2 yg patut...mintak2 lulus la acuk...tak suka nak repeat sedang result terdahulu cemerlang....hubby sekarang kat melaka...aduh cabaran sungguh jd bini askar ni...

duhai hati tabahlah kau.....

Friday, November 10, 2006

Awas Kamu

Apa anda rasa bila difitnah?
apakah tindakan anda?
apakah reaksi anda?

ngapa acuk timbulkan hal ini adalah kerana diri acuk telah difitnah...sungguh...acuk tak percaya...dan atas motif apakah acuk difitnah pun acuk masih tak faham....
situasi ini acuk paparkan di sini dan acuk harap sangat org yang memfitnah acuk ni baca dan insaflah...dah banyak kali acuk bagi peluang untuk dia tapi mengapa dia masih begini...????

kisahnya bermula begini...antara acuk dan dia...berbuka puasa di KLCC...berjumpa kawan kepada sepupunya....dia menyorok atas sebab sebab tertentu....acuk tak ambil pot...bukan hal acuk buat apa acuk nak ambil peduli...

setelah seminggu raya acuk didatangi kawan sepejabat membawa berita...."dia" ini memberitahu si b yang acuk dan "dia" ni berbuka puasa di klcc...terserempak dgn sepupunya dan acuk menyorok...(di sini dah satu fakta yg bercanggah...) acuk menyorok sbb dulu KONONNYA acuk adalah roomate sepupu dia (aduhai bila masa la pulak) "dia" balik kg...sepupu dia bgtau supaya berjaga2 dgn acuk...kerana acuk pernah BOMOHKAN sepupunya itu dan cerita inilah dijajanya di opis acuk ini....

Sekarang lihatlah apakah yang patut acuk buat???????roomate dan housemate acuk tiada yang datang dari N9..tp mengapa cerita sebegini yang timbul...apakah yang "dia" ni mahu???sakit mental kah dia ni..? mengada-adakan cerita tentang sesuatu yang tak wujud...hanya mahu acuk dipandang serong oleh kawan kawan opis...aduhai...

tapi percayakah kawan kawan blogger semua yang sebenarnya acuk tak melenting pun...sikit pun tak ader rasa marah....acuk cuma hairan..hairan kenapa dia jadi begini...sudah biulkah dia ni????dah banyak kali acuk tekankan acuk sayang dia...tp nampak gaya kali ni tiada kemaafan dari acuk utk dia....fitnah ini bukan rakan rakan sejawatan sahaja yang mengetahui malahan peringkat atasan dan ini benar2 menjejaskan nama baik acuk...no more kemaafan dan acuk akan bersihkan nama acuk..sama ada cara baik atau dgn cara sebaliknya...yang pasti acuk akan pastikan perkara ini diselesaikan secara berhadapan...biar semua orang tahu..siapa yang benar siapa yang tak benar...untuk pengetahuan x-housemate acuk pun ada keje di tmpt ini di mana "dia" tak tahu yang pegawai ini dulu housemate acuk...acuk dah ader alibi....

jangan sampai acuk berdoa agar dia dimalukan pulak.......acuk masih waras tp tahap kesabaran ader batasnya....

Friday, November 03, 2006

Kelam Kabut

Something happen B4 raya yang benar2 mencalarkan prestasi kerja acuk dan pandangan rakan sekerja di tempat acuk terhadap acuk...acuk tahu walaupun prob itu dah selesai masih ader yg berbuku di hari mereka yg terlibat...lantak la..as long acuk rasa acuk dah settle di pihak acuk...buat apa nak sesakkan minda pikirkan hati org lain.

Kejam jerk bunyi kan..tak peduli perasaan org lain...ala bukan apa malas la asyik kita jerk jaga hati org lain hati kita sapa nak jaga???kalau la pasal ni sampai umah pulak tempias susah la nak layan anak dan suami...jd acuk let go jerk perasaan berbulu acuk terhadap suku sakat org tak bertamadun ni....lebih baik acuk tumpukan pada kerja, umahtangga acuk dan pelajaran acuk yg acuk tgh dok hadapi FINAL EXAM ni...huhuhuhu tggl 2 lagi subjek tuk exam.

Anak2 tiada org nak jaga sejak acuk tak hantar ke pengasuh yg lama...acuk baru ambil depa dari kg..keletah anak2 memang sentiasa menenangkan acuk...suami yang sentiasa berusaha menjadi suami dan ayah yg terbaik amatlah acuk hargai..jadi anasir2 yg cuba nak menyemak...herm ignorekan aja....my life is my life....

p/s maybe ader berita gembira utk kami sekeluarga....nantikan ya...dan doakan kan ya...