my passion

my passion

Friday, July 01, 2005

Setahun Berlalu

Setahun sudah usia blog acuk nih....cepat sungguh masa berlalu...
rasanya bagaikan semalam acuk diperkenalkan dgn dunia blog ini oleh abang idham...
tak sangka di dunia blogger ini acuk bertemu dan berkenalan dengan mereka2 yg sungguh baik hati...

antara member blogger yang acuk dah jumpa termasuk lah Kak Sri, Kak Zar, Abg Zino, Pakcik EP, Semut, Mely, Zetty.

Masih belum bertemu tapi sentiasa berhubung pula ialah Abang Idham, Kak Melur, Kak Acid, Kak Ateh, Kak Juita, Kak Seri dan kak Ayaka dan Mba.

Adik2 yang sentiasa diingatan Adik Oni, Lan, Azimat, Linda, Tiara, @isyah, dan Noret.

Semakin mengenali semakin mesra...semakin bertambah pun ada jua...


DAN HARI INI jualah bermakna sudah Setengah Tahun kiter melalui tahun 2005 ini..
masih ingat lagi tak azam masing2 di awal tahun dulu...?Acuk ada 3 azam untuk tahun ini...iaitu

1) Nak sambung belajar
2) Nak ambik lesen kereta
3) Nak menambah bilangan ahli keluarga

2 dari 3 perkara di atas telah acuk tunaikan...iaitu no 1 dan 3...no 2 tu terpaksa ditangguhkan dulu sehingga tahun depan...selepas baby kuar...

acuk gembira tahun ini tahun yang begitu bermakna dlm hidup acuk...namun tahun ini juga sebenarnya tahun penuh cabaran....apapun acuk berharap semuga Allah memanjangkan usia acuk di muka bumi ini selagi ianya tidak menyusahkan sesiapa agar acuk dapat menyemai benih impian yang acuk tanam ketika memulakan kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu...acuk mahu bergelar nenek pula...bersama suami tercinta ingin acuk harungi kehidupan ini selagi dibenarkan oleh-Nya sehingga bergelar warga emas....Insya Allah...

No comments: