my passion

my passion

Thursday, June 16, 2005

Ntah la

Lately hubby acuk sangat bz...kejap2 kena kerja luar. Kejap2 kena duty (meaning tak balik umah la-tido kat kem)kemarin acuk pergi check up...biasa rutin 1 bulan 1x utk ibu mengandung...kenyataan misi tu bahawa baby acuk tak naik2 (berada di jln kuar) menyebabkan acuk heran...sbb tak ada pulak bleeding ke apa ke kan...aktif je semacam si comel kat dlm nih....hehehe

Tapi atas nasihat misi tu acuk tak la boleh buat kerja2 berat hatta mendukung Muqrish...ni berat nih...pepagi kena hantar MuQRISH kat pengasuh dia..muqrish tido acuk kena dukung jugak....tapi bila hubby tak ada kat umah...acuk dah dapat jalan utk melekakan muqrish dari memenatkan ibu dia nih...hehehehe

yang acuk buat ialah memasang VCD PoWER rANGERs kegemaran dia sampai berulang2... bukan apa kekadang MuQRISH tu aktif sangat...agaknya kalau Hi-Fi acuk tu boleh bercakap mesti dia dah sound acuk awal2 yang dia penat asyik putar VCD yang sama jerk...

acuk jugak ajar muqrish mewarna..buku mewarna dia mengandungi gambar Power Rangers jugak....kemain asyik lagi dia mewarna...yalah fanatik kat Power Rangers..tapi at least dia boleh tumpukan perhatian dia kat situ...kekadang dia suka tgk gambar monkey lama ditenungnya...ntah apa yang spesel kat monkey tu acuk tak tahulah...

oklah chow...sambung dilain masa

No comments: