my passion

my passion

Monday, May 09, 2005

Rindu mula membuak-buak

Assalamualaikum..

Terima kasih atas prihatin kawan-kawan blogger semua....
Sejak hilang rasa mual dan morning sickness acuk dapat satu lagi 'penyakit'
iaitu Pening kepala yang berterusan....ini adalah disebabkan tekanan darah yang rendah dan acuk biasalah kalau bangun dari tidur ataupun duduk bukan nak rest 5 minit macam yang disarankan doktor...bukan tak mahu tapi Muqrish tu kalau acuk lambat bangun pasti diterkamnya perut acuk....dier tahu ada baby...nak peluk cium...bukannya tahu slow2...anak 'Jantan' katakan....daripada sakit diterkam MuQRISH acuk bangun cepat2 dan akibatnya akan pening kepala berpanjangan...

Buat abang Zino...,kak zar..,semut...,kak sri...,Zetty...,kak Juita...Kak Ateh..selamat Hari Ibu...

Baby dalam perut ni makin ligatla...acuk dah dapat rasakan penggerakan aktifnya yang menyemputkan nafas acuk...sedangkan umurnya baru 14 minggu nak masuk 15 minggu...hebatkan...Muqrish...alhamdulillah tidak meragam pulak...MuQRISH memang contoh abang yang baik....boleh diharap dan dah terserlah sifat2 seorang abang...
minta tolong la apapun...memang dia buat...tapi ngan Abah dier tak joinlah...mungkin dia kesian tengok ibu dia kot...:)..kalau acuk mengadu sikit jerk..pasti dier cepat2 pujuk...alahai mudah-mudahan sifat penyayang dan caring MuQRISH akan berkekalan hingga dier dewasa...InsyaAllah...

p/s Buat Hubby...time kasih masakkan yang special untuk ibu....sayang abah...hehehe hadiah untuk abah bulan November nanti erk...

No comments: