my passion

my passion

Friday, April 01, 2005

Kisah Acheh

Ok acuk akan cerita serba sedikit pasal acheh yang hubby acuk ceritakan pada acuk...masih belum habis kisahnyer sbb kesihatan acuk tak mengizinkan dier bercerita....sebenarnyer acuk alami alahan teruk apabila berdekatan ngan hubby...so ckp jauh2 tak syok kan...heheheh

okay acuk ringkaskan cerita ikut kategori senang skit jot

Perubatan :-

Kerajaan Malaysia telah membuka khemah perubatan dan perkhidmatan yang diberikan adalah percuma. Seawal pukul 5 pagi penduduk acheh sudah menunggu di hadapan khemah untuk mendapatkan perkhidmatan...malah ader yang bermalam di situ semata-mata kerana mereka terpaksa beratur panjang untuk mendapat rawatan.kenapa hal begini berlaku? kerana di sana di klinik mereka berdaftar kena bayar malah untuk ubat pun kena bayar...sebab itu mereka tertumpu kat khemah perubatan kerajaan Malaysia kerana perkhidmatan yang diberikan percuma.

Hasil sumbangan :-

Hasil sumbangan dari kerajaan Malaysia atas sikap prihatin kerajaan Malaysia dan rakyat kiter maka hasilnya malaysia merupakan penyumbang terbesar...banyak sungguh barang yang ader di gudang Malaysia...malah berlebihan...tapi apabila ianya diberi kepada T*I maka barang tersebut tidak diagihkan...kesiankan kat penduduk situ tak dapat sepenuhnya....

Laporan surat khabar :-

Semasa isu perebutan minyak malah gambar pemimpin kiter di bakar...surat khabar di sana menyiarkan berita berat sebelah...teruk betul...hati tentera malaysia sungguh terbakar rasa macam tak dihargai kedatangan mereka tetapi penduduk acheh berkata mereka tidak berpihak dgn laporan akhbar mereka..malah boleh menyuruh tentera tinggal lebih lama lagi kerana mereka tahu akibatnyer apabila T*I yang ambil alih.....

Keadaaan sosio dan ekonomi :-

Gerai2 jualan dibuka umpama gerai jual nasi lemak di M'sia...bangunan memang tinggal rangka sahaja...orang dewasa terpaksa berhempas pulas mencari rezeki untuk keluarga..bank yang berfungsi hanya satu...kenderaan yang digunakan hanyalah kenderaan dari negara Jepun..perh ok gak tu kan...kanak-kanak berkeliaran tanpa hala tuju...kesian sangat...

ok nanti acuk upload gambar sebab gambar tak siap lagi....sori erk...ok acuk akan bercuti panjang mungkin kiter akan bertemu another next week till then gonna miss u all...daaaa

p/s kali ni akan keliling kampung betul2 agar tak dilabel lupa daratan bak kater abg *d*a*perh memang sah anak ****hahaha jarang balik kampung tak tahu perkembangan sana...hehehe

No comments: