Entri hari ni agak panjang skit untuk dikongsi bersama sempena esok hari 10 Muharram
SEJARAH 10 MUHARRAM
1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain di Karbala’
2. Diterima taubat Nabi Adam a.s
3. Dicipta Adam a.s
4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga
5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s
7. Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud
8. Selamat Musa dan pengikutnya
9. Lemas Firaun
10. Dilahirkan Nabi Isa a.s
11. Diangkat Nabi Isa ke langit
12. Diangkat Nabi Idris ke langit
13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy
14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar
15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun
16. Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas menjadi buta
17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta
18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya
19. Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
14 PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA(10 MUHARRAM)
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri
Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini
2. Memuliakan fakit miskin
Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya
6. Bersedekah
Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
8. Mandi sunat
Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala
9. Bercelak
Fadhilat – Tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah 11 kali.
12. Membaca “hasbiallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru”
Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali Umrah dan seribu kali syahid serta diharamkannya daripada neraka.
No comments:
Post a Comment