my passion

my passion

Friday, June 19, 2009

Sudah Separuh Jalan

Alhamdulillah, sudah separuh jalan perniagaan internet ainnur utk menjadi kenyataan.
reka bentuk laman web telah siap cuma nak input produk dan isi - isi penting sahaja lagi.

Really hope by end of this month semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin.
doa-doakan ya

Thursday, June 18, 2009

Pendapatan Sampingan

Assalamualaikum...
Agaka lama tak update blog ini...
bz sesangat tambahan pula ainnur sekarang ni tgh mengandung anak ke4.
hehehe nampak gayanya bertambah lagi la ahli keluarga kami..
insya Allah.

Ramai kawan2 yg bertanyakan apakah jenis perniagan part time yang ainnur jalankan bagi menambahkan pendapatan kami sekeluarga. Sebenarnya ainnur sekarang dlm perancangan untuk memasarkan barangan tersebut ke dalam dunia digital agar lebih luas market yang akan dapat ainnur capai. sekarang ainnur tgh mendalami ilmu bagaimana memasarkan barang secara strategik di laman web, sama ada menggunakan blogspot juga atau membina laman web sendiri. barang yang ainnur niagakan adalah barangan keperluan harian kaum wanita seperti tudung, jubah, baju kurung, kain ela, baju batik, aksesori wanita dan barangan keperluan anak2 seperti stationery, alat bantu mengajar, baby things dan tak lupa jugak barang keperluan dapur serta cenderamata.

sebelum ini ainnur hanya menjalankan perniagaan ini secara promosi mulut ke mulut dan rumah ke rumah. tapi memandangkan selepas ini ainnur akan bercuti panjang - almaklum la cuti bersalin maka agak susah untuk reach customer so melalui internet rasaya masalah tersebut akan dapat diatasi. ada juga suri rumah yang suka membeli belah melalui internet yalah zaman digital la katakan. zaman sekarang pun surirumah tidak semesti mereka yang tidak berpelajaran dan buta IT. malah ada yang pernah menjawat jawatan professional semasa bujang.

maka setelah berbincang dengan Yang Tersayang maka ainnur mengambil keputusan untuk menyiapkan laman niaga sendiri yang insya Allah sedikit masa lagi akan dapat diakses oleh semua pengguna internet dan sudah pasti ainnur harus bekerja keras untuk promosi laman niaga ainnut tersebut.

Oleh itu sokongan dari kalian amatlah ainnur hargai. Thanks....